Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, May 3, 2013

Program 'Fun English At The Park'

Program pertama yang kami turut serta sebaik sahaja balik dari Umrah adalah program 'Fun English At The Park' bersama Tadika Ceria Az-Zahrah (TCAZ) pada 21 April 2013 bertempat di Taman Bandar DiRaja, Klang.  Sebagai ibubapa, kami kena 'support' program tadika anak-anak sekiranya kami berkelapangan masa.  Tambahan pula, program ini menjanjikan pemberian tambahan 10 bintang untuk Fatihah sekiranya ibubapa turut serta pada hari tersebut.


















Ibu bapa dan teacher TCAZ sedang menikmati 'breakfast' yang dibawa masing-masing sebelum penerangan  mengenai program 'Fun English At The Park' oleh Pengurus TCAZ, Puan Hajjah Zaharah binti Awang.

















Taman Bandar DiRaja ini terletak di 'area' Bulatan Simpang 7.  Kawasan ini dulunya dikenali sebagai Simpang 5. 

















Ragam Khadija dan Fatihah.  'Playground' nilah yang dituju oleh mereka dahulu sebaik kami tiba di sini.

















Santai di pagi Ahad.  Kalau tak ada program ni, kami masih di rumah.  Saya seperti biasa pada pagi Ahad kalau tidak ke mana-mana, meneruskan rutin membersihkan bahagian dalam rumah.  Manakala Hakim sibuk membersihkan laman kami.

















Makan pun tak nak duduk.  Entah apa yang mereka berdua sibuk.

















Konsep 'Fun English At The Park' ini dicetuskan oleh Ibu Zarah adalah bagi memberi idea dan memudahkan ibu bapa untuk mengajar 5 perkataan english setiap minggu.  Tidak terhad hanya dengan penyediaan gambar, tetapi juga menggunakan objek/bahan yang terdapat di sekeliling kita dengan mudah.  Contoh, di taman ini terdapat pelbagai jenis daun, bunga dan ranting pokok.  Ibu bapa bersama anak-anak boleh menggunakan bahan ini untuk pembelajaran pada minggu tersebut. 

















Kami memilih daun (leaf) sebagai tema pelajaran english minggu tersebut.  Khadija diminta membantu Fatihah mengumpul daun-daun dari jenis dan saiz yang sama sebanyak 15 helai.  Daun kemudiannya di susun oleh Fatihah sendiri di dalam buku dengan tunjuk ajar kami.........one leaf, two leaves, three leaves, four leaves, five leaves.  Mudahkan?

Ibu Zarah dan teacher Edzati memberikan idea ini supaya ibu bapa tidak merasa terbeban dengan program 'Fun English' ini.

















Selesai tugasan tersebut, mereka berdua teruskan aktiviti menjelajah dan bermain di sekitar Taman Bandar DiRaja ini.

Taman Bandar DiRaja ni memang 'best'.  Panorama di sini begitu indah, 'parking' juga mudah.  Sesuai untuk ibu bapa yang tercari-cari lokasi untuk membawa anak-anak beriadah.  Sambil-sambil anak bermain, di sini juga boleh ber'jogging'.  Sebenarnya saya sendiri tak pernah naik ke bahagian atas bukit taman ini.  Selalunya kami dibawa hanya di bahagian berhampiran air pancut sahaja.  Rupa-rupanya di bahagian atas bukit lebih luas kawasannya.  Lepas ni, bolehlah selalu-selalu kami ke sini.   







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...