Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, May 16, 2013

Terima Kasih Cikgu!

Tak terbalas rasanya jasa guru-guru yang mendidik Khadija dan Fatihah.  Bermula dengan mengenal huruf ABC, 123, Alif, Ba, Ta.....One, Two, Three.....cara mengerjakan solat, doa harian, peribadi muslim dan banyak lagi yang saya dan Hakim tak dapat nak ajar. Terima kasih.   Hanya itu yang dapat diungkap oleh kami.  Yang pasti jasa dan pengorbanan kalian, hanya ganjaran pahala daripada Allah S.W.T yang selayaknya.

















Hadiah untuk ustazah-ustazah yang mengajar Khadija di PASTI Darul Ulum II.  Oleh kerana Khadija belajar tahun akhir di PASTI, hadiah yang diberikan agak 'special' sikit untuk mereka.

















Penanda buku hasil karya saya sendiri khusus untuk 14 orang teacher Fatihah di Tadika Ceria Az-Zahrah.  


Untuk guru tuisyen dan ustazah/ustazah yang mengajar di Pra Tahfiz pun ada.  Jumlah keseluruhan guru Khadija dan Fatihah ada hampir seramai 30 orang.  Oleh kerana terlalu ramai, saya hanya terfikir untuk berikan penanda buku sahaja.  Harap mereka sukakannya.

















Tanpa guru, siapalah kita pada hari ini? 

Entry ini diakhiri dengan lagu kesukaan Khadija dan Fatihah yang ditujukan khas untuk para guru yang pernah mendidik saya dan sedang mendidik anak-anak saya.  "Terima Kasih Cikgu".





















2 comments:

Mya said...

alahaiii... comel2 hadiah tu semua..

Shima said...

Mya ~ TQ, comel mcm kami kan? heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...