Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Saturday, August 31, 2013

Semangat Kemerdekaan

Bagi menanam semangat kemerdekaan di hati generasi baru, sambutan hari merdeka disambut di tadika Fatihah sehari lebih awal. 30 Ogos memang hari yang dinanti-nantikan Fatihah sebab dia tahu, hari tu nanti dia akan dipakaikan dengan baju bendera.


Fatihah yang 'moody'.  Walhal, malam sebelumnya 'excited' sampai susah nak tidur.  Siap dia cakap, "Mama adik tak sabarlah, lambat sangat".  Dia 'moody' lepas pakai baju ni.  Kami beranggapan yang dia malu. Kakak Dija pulak pagi tu pun buat perangai sebab dia 'jealous' tengok adik pakai baju bendera dan mama mekapkan sikit muka adik.

Baju bendera tu saya minta mak usu jahitkan.  Biasalah, saya cuma boleh memasang angan-angan je nak jahit tapi masih tak dapat lagi nak penuhinya sebab kekangan masa.  Apa lagi, minta tolong mak usulah akhirnya.  Terima kasih, mak usu sebab memahami anak buahnya yang agak "malas" ini.

















'Mood' berubah bila sampai tadika bila Fatihah tengok ramai kawan-kawan yang pakai baju bendera.  Baru nampak dia 'happy' sikit.

















Rupanya ramai 'parents' yang sangat 'sporting' memberikan sokongan kepada program tadika ini.  Semuanya kreatif belaka, pakaikan anak mereka dengan jalur gemilang dengan pelbagai cara.

Pihak pengurusan TCAZ sebenarnya ada menjanjikan hadiah bagi pakaian yang paling kreatif pada hari tersebut.  Bagi saya bukanlah hadiah yang menjadi ukuran, sokongan dan semangat yang penting bagi menaikkan rasa kecintaan pada negara di hati anak-anak sejak kecil lagi.


















Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Fatihah yang paling cinonet di hujung.  Saya tak pasti siapa pemenang utama untuk pakaian yang paling kreatif.  Tapi yang saya tahu, Fatihah ada bawa balik set alatulis sama seperti Damia Hani.  Mungkin hadiah saguhatilah tu......  

Bagi saya yang lahir selepas negara kita mendapat kemerdekaan, saya amatlah berbangga dan bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia yang murah rezeki dan maju ini.  Cumanya, aman dan makmur perkataan yang suatu masa dahulu sering digunapakai tu, saya rasa sudah tidak relevan lagi dengan adanya jenayah dan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  Faktor utama yang saya lihat, kebanjiran pendatang asing ke negara inilah penyumbang kepada perkara tersebut.  Doa dan harapan saya semoga perkara ini tidak berlarutan demi masa depan anak cucu saya nanti. Insya' Allah.






Sunday, August 25, 2013

Fatihah Potong Kek Dengan Kawan TCAZ

Atas permintaan Fatihah sendiri, nak sambut hari jadi di TCAZ akhirnya terlunas sudah.  Bersekali dengan majlis Riang Ria Raya yang diraikan di TCAZ pada 23 Ogos, saya bawakan kek untuk Fatihah potong dan berkongsi rasa dengan kawan-kawan dia.   

















Seperti biasa, kek ditempah dengan mak usu saya @ wan usu mereka.  Kali ni saya pilih kek chiffon vanila berlapis jem strawberry di tengah.  Dekorasi kek ditabur dengan coklat M & M adalah atas permintaan saya.  Rasanya?  Memang sedap bagi saya, sekali-sekala berubah rasa dari kek coklat ke rasa yang lain.

















Fatihah yang memang susah nak suruh senyum di hadapan kamera. Berbeza sungguh karakter dia bila berada di tadika ni.  Pandai betul 'control' perangai dia.

















Diiringi bacaan doa dan lagu selamat hari jadi, akhirnya kek pun dipotong. 

















Majlis sambutan Riang Ria Raya diserikan dengan 4 anak-anak TCAZ yang menyambut hari jadi. 

















Syukur Alhamdulillah, jelas terpancar kepuasan di wajah Fatihah.

















Dengan Inas Sabrina Aqilah yang 'cute'.

















Rakan-rakan sebaya yang sama dalam Pink Class.

















Tengoklah Fatihah susah nak senyum.  Muncung je sedepa.

















Saya dan Khadija pun turut serta meraikan majlis ni.  'Sporting' bergambar dengan anak-anak dan 'teacher' yang pakai baju warna 'peach' dan 'pink'.

Majlis yang sederhana tetapi dihidupkan dengan telatah anak-anak yang comel bergaya dengan baju raya masing-masing.  Tiada 'goodies' saya berikan untuk anak-anak ini.  'Goodies' digantikan dengan duit raya yang bagi saya lebih memberikan makna walaupun kecil nilainya.

Buat Fatihah............ mama, abah dan kakak Dija sayang kamu. Jadilah anak, adik dan khalifah yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Insya'Allah, panjang umur dan ada rezeki kamu, tahun depan kita raikan lagi majlis seperti ini.






Friday, August 23, 2013

Fatihah Dah 4 Tahun

Fatihah dengan rasminya dah masuk umur 4 tahun pada 16 Ogos lepas.  Syukur Alhamdulillah.  Kami raikan hari tersebut bersederhana di McDonald's Telok Gadong. 

















Ayat yang dikarang oleh Khadija - 

hari jadi adik memang bes sebab makan dekat mc donald tapi tak dapat makan ais krim tapi tak apa lah  

















Fatihah semenjak dah masuk tadika ni, seringkali bertanyakan bila hari jadi dia.  Manakan tidak, hampir setiap hari Jumaat di tadika ada sahaja kawan-kawan yang sambut hari jadi, potong kek.  Itu yang membuatkan dia tak sabar nak potong kek.



Ayat Khadija lagi -

adik ni senyum konon dalah lah kawan sikit

Khadija sekarang ni pantang betul tengok saya 'update' blog.  Mulalah dia merengek nak tulis cerita sendiri. Bila bagi peluang, buat sekerat jalan pula.

















Nampak benar adik 'excited' nak sambut 'birthday' dia.  Tak dihirau langsung dengan nugget dan ayam goreng McD.  Yang dimakannya malam tu hanyalah kek.  

















Rupanya masa ni dia tengah tahan kencing.  Sabar ajelah.

















Kakak Dija yang sekarang ni kalau bergambar suka buat aksi macam ni.  Ingat cantiklah tu.

















Mereka berdua makan cepat-cepat sebab nak main kat 'playground' dalam McD ni.

















Hadiah dari mama untuk adik.

















Untuk bersikap adil dan tak pilih kasih, Khadija pun dapat juga.  Sama macam 'birthday' Dija sebelum ni, apa yang Dija dapat, adik pun akan dapat juga.

















Wajah riang 2 beradik.  Malam tu terus pakai baju ni pergi beraya rumah achik Jikin.

















Mama doakan adik panjang usia, sihat tubuh badan, terang hati, menjadi anak solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.  

Mama harap kasih sayang kamu 2 beradik berpanjangan sehingga bila-bila.  Amin.






Monday, August 19, 2013

Syawal 1434H Kami

Syawal kami yang diraikan dengan penuh kesederhanaan.  

















Tema warna baju kami pada hari raya pertama adalah hijau.  Baju mereka berdua saya buatkan fesyen 'peplum'.  'Border lace' tu saya jahit sendiri.

















Bergambar di pagi 1 Syawal sebelum kami bertolak ke Kampung Bukit Kerayong. 

Aturcara 1 Syawal kami setiap tahun adalah sama, pagi Syawal di rumah sebelah mertua, bermula jam 11.00 pagi pada hari yang sama, kami dah berada di rumah ibu bapa saya di Telok Gadong.  Sangat bersyukur kerana dikurniakan jodoh dengan pasangan yang dekat kampung halamannya.  























Pagi 2 Syawal, tema raya kedua kami tahun ni berjubah.  Seluruh ahli keluarga sebelah mertua memakai jubah hitam untuk perempuan dan putih untuk lelaki. 























Kami yang masih berempat tahun ni.  Mudah-mudahan Allah tambahkan lagi zuriat kami tahun hadapan. 

















Doa kami, semoga Allah memanjangkan usia dan jodoh kami supaya dapat bersama-sama lagi di Syawal yang akan datang dan seterusnya. Amin.  






Sunday, August 18, 2013

Hasil Cerita Yang Ditulis Sendiri Oleh Dija

Seronokya raya dapat pakai baju peplum kali ni dija dah pandai buat cerita sendiri lepas itu saya raya rumah orang lepas itu saya dapat duit raya duit dija banyak lepas tu pulak dija beli kereta kontrol bes sangat raya sebab dapat jumpa kawan kawan ada juga yang tak dapat datang macam kawan saya dia janji nak datang tapi dia tak datang nama dia aisyah sofiya dengan aisyah tihani tapi saya nak raya rumah kawan saya nama dia nurul awatif tapi saya segan sebab dia pakai tudung saya tak pakai tudung lepastu saya ada bela ikan emas dengan ikan kaloi saja je untuk cantik kan rumah tapi masa mula mula beli masa dah sampai rumah lepas tu saya pegang ikan tu ikan kaloi lah saya pegang sikit ikannya lasak sangat 

















Dija semenjak dah pandai mengeja ni, amat ketara sekali dia mereka perkataan dan ayat.  Cerita di atas tu hasil daripada apa yang Dija taip sendiri.  Ejaan 'peplum' tu Dija ada tanya saya, manakala ejaan bagi perkataan yang lain-lain semua dia taip sendiri.  Sibuk sangat ganggu saya nak 'update' cerita pasal raya kami, akhirnya saya biarkan sahaja dia taip apa yang dia nak.

















Cerita yang tanpa henti, tiada koma dan noktah.  Budak masih baru belajar, 'atleast' ejaan dia betul.  Abah dia ada cadangkan, kalau Dija suka menulis, buatkan satu blog untuk dia menulis apa yang terlintas di fikiran dia.  

Sebagai mama, saya amat bangga kerana pada usia 6 tahun dah pandai membina ayat walaupun masih belum betul tatabahasanya.






Thursday, August 15, 2013

Deko Aidilfitri 2013

Gambar susunatur kediaman kami yang saya rakam untuk dijadikan kenangan kerana mungkin setiap tahun akan ada perubahan serba sedikit.

















Tahun ni saya tak gunakan karpet berbulu, sebaliknya tukar kesemuanya kepada 'quilted carpet'.  Memudahkan kerja saya kerana tidak perlu vakum setiap hari.  Bila dah ada beberapa helaian 'carpet', tanpa saya sedar, saya ni peminat 'carpet' rupanya.

3 'quilted carpet' saya beli kali ni.  2 daripadanya menerusi 'online', 1 lagi di GM Klang. 

















'Quilted carpet' yang dipasang di set sofa kami.

















Kalau ada yang perasan, 'entry' tahun lepas saya impikan untuk menukar set meja makan kami.  Tapi tak terlaksana sebab tak dapat sokongan daripada tuan rumah.  Masih elok katanya, buat apa nak membazirkan?

















Koleksi bantal kecil @ bantal kusyen kami dah bertambah lagi.  Saya masih mengekalkan minat sarung kusyen dari material kain velvet dan sulaman riben.  Kali ni dari hasil tangan mak usu pula.  Tak perlu lagi nampaknya saya tempah menerusi Mak Lang @ Halina Abdul Hadi.

Langsir pula kami pakai langsir yang dibuat semasa mula-mula pindah ke sini.  Bagi saya, coklat gold warna yang sesuai dengan semua keadaan.

















Bantal kusyen, alas 'coffee table' dan 'frame' tu hasil tangan mak lang Lina.  Terbaik bagi saya kerana telah buat saya jatuh cinta dengan sulam riben sehingga ke hari ini.  Insya'Allah, saya akan tambah lagi koleksi sulam riben dari masa ke semasa.

Kalau nak tahu, saya dah dapatkan koleksi 2 buah buku cara sulaman riben dari mak lang Lina, tapi tak cuba @ praktik langsung.  Yang dapat ilmunya mak usu saya yang dah tentu kreatif tangannya kerana dia kalau buat apa sekalipun pasti jadi, berbeza dengan jari-jemari saya ni.

















Hiasan ruang santai yang agak ringkas.  Lantai beralaskan tikar yang dibeli semasa kami bercuti di Sarawak beberapa tahun lepas.  Mungkin ada yang perasan, kenapa kami tak gantungkan gambar kami di dinding rumah.  Dahulu di rumah lama, memang banyak kami pasang di dinding gambar kami sekeluarga.  Tapi tidak disini, atas kehendak tuan rumah juga, Encik Hakim.  Terpaksalah saya akur.

Di ruang ini juga kami bercadang nak jadikan ruang 'mini library'.  Perancangan kami, semua bahan ilmiah akan ditempatkan disini bagi menimbulkan rasa minat anak-anak dengan buku. 

















Hamparan 'guilted carpet' lagi.

Insya'Allah, ada rezeki lebih lagi tahun hadapan......... saya impikan langsir ala-ala 'english style' pula menghiasi rumah kami.  Manakala di ruang santai pula, saya angan-angan nak tukar kepada sofa atau 'wing chair' yang bercorak 'english style' juga.  Mudah-mudahan terlaksana.






Wednesday, August 14, 2013

Iftar 29 Ramadhan 1434H

Syukur Alhamdulillah, kami berpeluang juga berbuka puasa di luar pada hari terakhir Ramadhan 2013.  Lokasi yang menjadi pilihan kami adalah di Seoul Garden, Setia City Mall, Shah Alam.

















Sampai 1 jam sebelum berbuka sebab nak 'booking' dulu, takut nanti kalau dah penuh, tak ke susah.  Selesai 'booking', apa lagi kami teruslah 'window shopping' dari satu kedai ke satu kedai sementara nak tunggu waktu berbuka.

















Seawal jam 7.00 petang kami dah bersedia di meja yang telah di 'reserved' untuk kami.

















Sabar menunggu lagi beberapa minit je masuk waktu berbuka.  Khadija dan Fatihah yang pandai pula duduk diam.

















Puas betul makan 'steamboat' kat sini, manakan tidak untuk kami bertiga je, bayaran yang dikenakan RM130 ++ (Fatihah tak dikenakan bayaran).  Rugi kalau tak merasa semua makanan yang disediakan.

















Dah kenyang makan, mulalah melilau sana-sini.  Seluar Fatihah dah senteng, menunjukkan Fatihah dah semakin tinggi.

















Khadija berbuka makan taklah banyak mana.  Yang paling dia nak rasa, ais krim dan ABC je.

















Senyum sampai ke telinga.  Dapat juga kami semua berbuka di luar, itu pun dah malam raya sebab dah tak ada solat terawikh.

















Dah puas makan, dalam pukul 8.30 malam baru kami gerak keluar.  Khadija dan Fatihah memang pantang nampak mainan ni.  Mesti dia orang nak naik punya.

















Janji korang bedua 'happy'.

"Ya Allah, kau limpahkanlah kami kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, kasih sayang yang tiada penghujungnya dan dipanjangkan usia supaya kami dapat bertemu lagi Ramadhan yang akan datang.  Amin".






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...