Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Saturday, August 31, 2013

Semangat Kemerdekaan

Bagi menanam semangat kemerdekaan di hati generasi baru, sambutan hari merdeka disambut di tadika Fatihah sehari lebih awal. 30 Ogos memang hari yang dinanti-nantikan Fatihah sebab dia tahu, hari tu nanti dia akan dipakaikan dengan baju bendera.


Fatihah yang 'moody'.  Walhal, malam sebelumnya 'excited' sampai susah nak tidur.  Siap dia cakap, "Mama adik tak sabarlah, lambat sangat".  Dia 'moody' lepas pakai baju ni.  Kami beranggapan yang dia malu. Kakak Dija pulak pagi tu pun buat perangai sebab dia 'jealous' tengok adik pakai baju bendera dan mama mekapkan sikit muka adik.

Baju bendera tu saya minta mak usu jahitkan.  Biasalah, saya cuma boleh memasang angan-angan je nak jahit tapi masih tak dapat lagi nak penuhinya sebab kekangan masa.  Apa lagi, minta tolong mak usulah akhirnya.  Terima kasih, mak usu sebab memahami anak buahnya yang agak "malas" ini.

















'Mood' berubah bila sampai tadika bila Fatihah tengok ramai kawan-kawan yang pakai baju bendera.  Baru nampak dia 'happy' sikit.

















Rupanya ramai 'parents' yang sangat 'sporting' memberikan sokongan kepada program tadika ini.  Semuanya kreatif belaka, pakaikan anak mereka dengan jalur gemilang dengan pelbagai cara.

Pihak pengurusan TCAZ sebenarnya ada menjanjikan hadiah bagi pakaian yang paling kreatif pada hari tersebut.  Bagi saya bukanlah hadiah yang menjadi ukuran, sokongan dan semangat yang penting bagi menaikkan rasa kecintaan pada negara di hati anak-anak sejak kecil lagi.


















Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Fatihah yang paling cinonet di hujung.  Saya tak pasti siapa pemenang utama untuk pakaian yang paling kreatif.  Tapi yang saya tahu, Fatihah ada bawa balik set alatulis sama seperti Damia Hani.  Mungkin hadiah saguhatilah tu......  

Bagi saya yang lahir selepas negara kita mendapat kemerdekaan, saya amatlah berbangga dan bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia yang murah rezeki dan maju ini.  Cumanya, aman dan makmur perkataan yang suatu masa dahulu sering digunapakai tu, saya rasa sudah tidak relevan lagi dengan adanya jenayah dan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  Faktor utama yang saya lihat, kebanjiran pendatang asing ke negara inilah penyumbang kepada perkara tersebut.  Doa dan harapan saya semoga perkara ini tidak berlarutan demi masa depan anak cucu saya nanti. Insya' Allah.






3 comments:

iedajenny said...

same la cam damia hani, mlm sblm hari sambutan tuh bukan main eksited, bila pagi hari jumaat tuh, moody sket, bl smp sekolah nmpk ok sbb nmpk ramai pakai bj bendera, tp dpt tahu dia nanges bila kena usik ngan kawan2 gara2 sticker kat pipi tuh, heee....

Shima said...

Ida, kita yg mak2 ni sbnrnya terlbeih 'excited' kan?

iedajenny said...

hehe..bese nye camtu la kan kak, hewhew...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...