Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Saturday, October 26, 2013

Kebun Kami

Aktiviti menanam pokok durian musang king, rambutan gading dan kedondong ni berlaku pada awal bulan Oktober.  Semestinya saya ingin rakamkan peristiwa pokok ini ditanam supaya nanti kami mudah ingat bila pokok ini mengambil masa untuk membuahkan hasil.

















Lokasi kebun ni hanya di belakang rumah kami.

















Khadija dan Fatihah yang sentiasa 'excited' bila ada aktiviti baru. Masa ni abah Hakim sedang menggali lubang untuk tanam pokok durian musang king.

















Anak-anak pisang yang kebanyakannya pisang lang dan pisang tanduk.

















Belakang Khadija tu pokok mata kucing.  Dah hampir 2 tahun kami tanam, tapi masih rendah pokok mata kucing ni.  Ada juga kami bubuh baja tahi ayam, tapi nampak macam lambat je perkembangannya nak berbuah.

















Ni pula di dalam kawasan pagar rumah kami.  Kami ada tanam pokok mata kucing, daun limau purut dan limau kasturi.  Ada juga pokok daun kari dan serai.  Pokok mata kucing ni pun dah hampir 2 tahun ditanam tapi masih belum nampak hasilnya.    

















Budak berdua yang tak sabar menanti abah mereka selesai mengorek lubang.

















Proses menanam pokok musang king yang disempurnakan oleh tangan Khadija.  Dengan dimulai bacaan selawat dan petua daripada penjual pokok ni supaya letak sedikit batu kecil di bahagian bawah, kemudian ditabur segenggam gula dan sedikit garam, barulah anak pokok diletakkan.



Rajin 2 beradik ni tolong tanam pokok sehingga selesai ketiga-tiga pokok tadi ditanam.  Dah siap kambus, semua pokok tadi mereka jirus pula dengan sedikit air.  Syukur Alhamdulillah.

Mudah-mudahan, pokok-pokok yang kami tanam ni akan membuahkan hasil nanti.  Setakat ni pokok yang dah tanam adalah pokok mempelam, mata kucing, durian musang king, rambutan gading dan kedondong.  Akan datang, dalam perancangan nak tanam pokok buah delima, nangka dan cempedak pula.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...