Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, October 18, 2013

Korban 2013

Syukur Alhamdulillah, beberapa hari sebelum menjelang raya korban, seekor lembu milik Hakim terjual.


















Saya suka pakai selendang macam ni.  Masa ni saya dekat kereta abah, adik saya ni dahlah ada taik lalat dekat bontot iiiii...... macam nak cubit je.... tapi gigi ye busuk sangat - sangat dia cakap saya gigi busuk padahal gigi dia yang busuk.

Pantang ditinggal sekejap, Khadija mulalah menaip cerita dia sendiri. Ayat di atas semua dia yang taip. Kalau Fatihah dah tau baca, habislah kena si kakak Dija ni.... 

















Inilah lembu milik kami yang terjual.  Berusia kira-kira 4 tahun atau lebih.  Lembu jantan untuk korban di hari raya aidiladha tahun ni.

















Lelaki baju biru tulah yang membeli lembu kami.  Insya' Allah, duit hasil jualan lembu ini akan kami kembangkan lagi ternakan lembu kami.  Dalam perancangan nak tambah 2 ekor lagi.

















Di pagi aidiladha 2013.  Pertanyaan Khadija, kenapa raya tapi tak pula kena puasa?  Susah juga nak terangkan, saya cuma ceritakan lebih kurang sahaja.  Raya aidiladha ni berkaitan dengan menunaikan haji di Mekah dan ibadah korban.  Bila dah cerita macam tu, terus dibukanya buku kisah Nabi bagi mencari cerita tentang kaabah dan air zam-zam. Nampak benar pemikiran dia berjalan, sedang 'explore' mencari jawapan di atas setiap persoalan yang bermain dalam fikiran. 

















Jubah coklat ala-ala punjabi ni dibeli di Makkah semasa kami menunaikan umrah bulan April lepas. Sebenarnya saya berhajat nak pakai jubah ni pada hari pertama aidilfitri tahun ni, warna coklat sedondon anak beranak.  Tapi tak jadi kerana beberapa sebab.

















Jubah saya yang agak besar dan labuh.  Malas nak 'alter' sebab sikit je besarnya.

















Di rumah wan di Telok Gadong. Si kecil Faris, anak achik Nor yang agak lasak.

















Menceriakan suasana walaupun 3 cucu mak yang lain iaitu anak mak lang Leha tak balik Klang raya korban tahun ni.  2 lagi cucu atuk Ariff dan Wan Ani iaitu kakak Sarah dan Abang Naim yang dah memasuki usia remaja, memang susah nak diajak bergambar. 

















Syukur Alhamdulillah, tahun ni Hakim buatkan saya korban.  Saya memilih untuk menyempurnakan ibadat korban di surau kariah saya tinggal iaitu Surau Haji Sulaiman, Kampung Delek Kiri.

















Surau ni tumbangkan 9 ekor lembu korban tahun ni.  Ramai penduduk kampung yang datang membantu petugas/AJK menyempurnakan penyembelihan sejurus selepas solat sunat aidiladha.

















Kira-kira jam 10.30 pagi, kesemua 9 ekor lembu telah selamat disembelih.  Begitu lancar proses penyembelihan dilaksanakan. Selesai melihat lembu bahagian saya disembelih, saya terus bergegas ke Dewan Hamzah, MPK.



Abah Hakim yang memasuki korban di MPK turut bertugas pada hari tersebut.  Syukur Alhamdulillah, mudah-mudahan ibadat korban kami berdua diterima oleh Allah.  Dengan harapan, setiap tahun biarlah ia menjadi amalan yang berterusan.

















Semasa proses penyembelihan dijalankan di tempat letak motosikal, belakang Dewan Hamzah.  Hakim memang komited dengan tugas yang diamanahkan sehinggakan beliau mendapat demam sehari selepas raya.
  














'Twin' @ kembar - Diha dan Dina.  Nama penuh panjang sangat.  Kalau tak silap Dhiya Madiha Sofea dan Dhiya Medina Aisyah.  Anak kepada sepupu saya Umi @ Asilah Rahim.

Khadija dan Fatihah serta Faris yang teruja dengan si kembar yang baru nak masuk 5 bulan.















Memang comel mereka berdua ni.  Sungguh sempurna anugerah yang Allah beri, sihat, putih, mancung dan gebu.

Bagi Khadija dan Fatihah, ni dah dikira peringkat 2 pupu mereka. Semoga silaturrahim anak-anak kecil ini terus terjalin sehingga ke generasi yang seterusnya.  Insya'Allah. 

Itulah coretan di hari raya korban kami.





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...