Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, November 5, 2013

Kawan Baru ~ Kaka dan Kiki

Kaka dan Kiki nama diberi kepada sepasang anak angsa yang saya gelarkan kawan baru kepada Khadija dan Fatihah.  Semata-mata diambil untuk berkhidmat sebagai 'pengawal' halaman rumah kami.

Ayat yang ditaip Khadija :-

Kaka dan Kiki awak tengah buat apa?  Tak adalah Kaka dan Kiki itu nama dia.  Ang, ang itu bunyi dia. Sebenarnya taik dia busuk tapi tak apalah sebab itu haiwan saya.  Ini pertama kali saya menjaga haiwan. 

Bagi can sikit dekat Khadija tulis untuk 'entry' mengenai kawan baru dia ni.  Ok, anak angsa ni kami ambil/beli dari sepupu abah Hakim sendiri yang memang menternak beberapa jenis haiwan di Ijok, Kuala Selangor.

















Suasana di belakang rumah Titon (nama sebenar sepupu abah Hakim ni memang saya tak tahu).  Kelihatan ada beberapa ekor itik yang dikurung dalam reban.  Ada juga yang dibiarkan berkeliaran bebas di luar tetapi dari spesis yang berlainan.

















Nilah dia anak angsa.  Menurut Titon usia anak angsa ni lebih kurang sebulan.  Dalam usia sekecil ni, lebih baik dikurung dalam reban kata dia.

















Kalau tak silap saya ni ayam turki.  Berat untuk setiap seekor ayam turki ni boleh mencecah sehingga 8 kg. Bayangkan harga seekor kalau sekilo sahaja dikira RM30.00.  Ayam turki ni mendapat permintaan yang tinggi dari kaum India bila ada perayaan.  Pernah dia jualkan beberapa ekor dengan harga hampir RM2,000.00.  



Proses mengalihkan anak angsa dari reban ke dalam kotak dilakukan oleh isteri Titon yang dah biasa dengan haiwan-haiwan ni.  Punyalah riuh bunyi angsa-angsa besar bila nampak kami ambil angsa kecil ni.

















Khadija dan Fatihah yang teruja dan  tak sabar nak bawa balik Kaka dan Kiki ke rumah.

















Pertama kali bela binatang.  Lebih kurang 1 jam juga mereka berdua duduk depan Kaka dan Kiki.  Melihat setiap pergerakan anak angsa ini.  Lagi pun Titon dah pesan, minta kami kerap tunjukkan muka dekat angsa ni supaya dia kenal tuan dia.  Taklah nanti bila dah lepas bebas, tuan sendiri yang disudu @ dikejar.

















Buat sementara ni, mungkin sehingga anak-anak angsa ni mencecah usia 5 hingga 6 bulan (tengok tahap kebesaran) kami akan letakkan dalam sangkar ni dulu.  Dalam perancangan, abah Hakim akan bina reban kecil di luar pagar kami untuk menempatkan angsa-angsa ini.



Mulanya saya ingat nak ikat riben berlainan warna kat kaki Kaka dan Kiki bagi membezakan mereka.  Yang si Kaka ni milik Khadija, manakala Kiki milik Fatihah.  Mujur seekor tinggi, seekor rendah. Terus sahaja saya menentukan yang tinggi tu Kaka dan yang rendah tu Kiki.

















Satu malam je anak angsa ni kami letak di 'porch' ni.  Pagi esoknya, abah Hakim terus alihkan di ruang kosong berbumbung di belakang rumah.  Angsa rupanya kerap buang najis.  Memang jijik dan busuk. Bagi mengelakkan bau busuk, lebih baik letak di jarak yang jauh.

Hingga ke hari ni, dah 2 minggu Kaka dan Kiki bersama kami. Alhamdulillah, mereka agak ok.  Yang pasti, bila Kaka dan Kiki dah menjadi angsa besar nanti, saya tak nak dibiarkan lepas dalam kawasan berpagar kami, biarlah mereka berkurung di dalam reban yang bakal dibina nanti.  Moga Kaka dan Kiki dapat menjadi kawan baik dan penghibur buat Khadija dan Fatihah serta berkhidmat menjadi pengawal rumah kami.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...