Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, January 30, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H Di PASTI Darul Ulum II

Cuti sambutan Maulidur Rasul tahun ni kami penuhi dengan menghadiri program perarakan anjuran PASTI Darul Ulum II.  Maulidur Rasul yang diraikan setiap tahun atau kata lainnya disambut sempena mengingati tarikh kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. iaitu pada 12 Rabiul Awal.

Syukur Alhamdulillah kerana Khadija kami masukkan di PASTI yang agak aktif dengan pelbagai program.  Tambahan pula ianya terletak di DUN Selat Klang yang juga wakil rakyatnya agak prihatin dengan program keagamaan seperti ini. 

Program bermula jam 8.00 pagi.  Kami keluar seawal jam 7.30 pagi, 'breakfast' dulu di kedai. 















Abah sedang buat lawak dan mengusik si kakak dan adik.















Kakak macam biasa tak nak makan apa-apa.  Tak sabar nak jumpa kawan-kawan.  Si adik makan sebiji pisang mentah.  Abah pula makan ubi kayu rebus cicah sambal.















Masa ni saya masih menunggu roti canai yang di 'order'.  















Adik dan kakak.  Tudung adik pakai longgar sebab mama tak sempat nak pin.  Tu yang terkeluar rambut kat depan tu.















Perarakan bermula dari Surau Khusyairiah, Kampung Sungai Udang.  Kami diminta berkumpul di sini.















Khadija dan kawan-kawan.  Comel betul kawan Dija yang bernama Awatif.















Abah dan Fatihah berdiri berhampiran tandas surau.















Ustazah sedang menyusun pelajar sebelum perarakan bermula.  Saya lihat tak semua pelajar yang hadir.  Hanya sebahagian sahaja yang kelihatan.  Mungkin hari cuti, ibu bapa dah ada program lain yang dirancang lebih awal.  Di PASTI Darul Ulum II ni, kalau tak silap ada lebih daripada 100 orang pelajar. 















Perarakan hampir bermula.

 

Berarak sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.















Jarak perjalanan dari surau ke PASTI lebih kurang 500 meter sahaja.















Lalulintas dijaga oleh sukarelawan dari Briged Amal.















Seronok betul Khadija dapat berjalan kaki dengan kawan-kawan.


Para ibu berarak di barisan belakang anak-anak.  Saya dan Fatihah pun turut berarak.  Manakala Hakim sibuk merakam gambar sepanjang perarakan sambil memegang bendera PASTI.















Selain perarakan, terdapat program ceramah agama dan pertandingan mewarna untuk pelajar-pelajar PASTI.  Tu yang ada khemah di perkarangan bangunan PASTI ni.















Sebaik tiba, pelajar diminta berada di dalam barisan.
 














Barisan depan pelajar lelaki, manakala pelajar perempuan disusun di barisan belakang.

 
Entah apa yang Ustazah cakap dekat Dija dan kawan-kawan?















'Backdrop' program.















Antara orang kuat program yang juga selaku ahli jawatankuasa PAS cawangan simpang 3, Jalan Yadi.















Bunga pahar cenderahati untuk para tetamu.















Ustaz Wan Hamidi Wan Mat selaku penceramah pada program ini.  Antara yang disampaikan adalah kelemahan generasi sekarang ini ramai yang tidak mengenali Rasulullah. 















ADUN Selat Klang, Y.B. Dr. Hajjah Halimah binti Ali yang turut hadir bersama-sama mengimarahkan program ini walaupun difahamkan jadual beliau agak padat.

Bersyukur saya kerana menempatkan anak-anak saya di tadika yang berasaskan pendidikan agama.  Bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sentiasa meniti di bibir mereka.  Kadang-kadang dalam bilik mandi pun mereka berzikir.  Mungkin dah terbiasa.  Mudah-mudahan keluarga kami mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad di akhirat kelak.






Tuesday, January 22, 2013

Kelas Mengaji Teknik Al-Baghdadi

Syukur Alhamdulillah, cita-cita kami nak hantar Khadija belajar mengaji di Pra Tahfiz Az-Zahrah akhirnya terlaksana.  Walaupun agak lewat bagi Khadija kerana usia 6 tahun baru nak bermula disini, tetapi saya bangga kerana beliau bakal menjadi Hafiz Junior.  

Program pembelajaran tilawah dan tahfiz ni sini adalah untuk kanak-kanak bermula seawal usia 5 tahun yang bermatlamat untuk melahirkan generasi Khadimul Quran (berkhidmat kepada Al-Quran) yang menggunakan kaedah Al-Baghdadi untuk tilawah Al-Quran dan kaedah 4T untuk hafazan.  Kelas diadakan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 3.00 hingga 5.30 petang dengan bayaran yuran bulanan sebanyak RM120.00.

Info yang saya berikan ini boleh dilayari di Pra Tahfiz Az-Zahrah. Kelas untuk golongan dewasa dan Hafiz Junior (7 - 15 tahun) turut disediakan.















Gambar dirakam semasa menghantar Khadija ke kelas mengaji yang mana jelas kelihatan beliau 'excited'.  Walaupun 'start' agak lambat, tapi Khadija dah ada asas Iqra' yang dipelajari dengan ustazah di PASTI.  Khadija ni sebenarnya dah boleh mengaji tapi masih belum lancar.















Dalam kelas.  Comel wajah anak-anak kecil ini ditambah dengan uniform putih yang dibekalkan kepada mereka.















Pada 19 Januari pula, kami hadir pada majlis pembukaan ALC (Al-Baghdadi Learning Centre) bertempat di deretan kedai berhampiran Pangsapuri Amazing Height, Sungai Udang yang mana merupakan cawangan baru.  Khadija yang sebenarnya beria-ia benar mengajak kami hadir ke majlis ni.  Katanya, ustaz pesan suruh bawa keluarga datang.  Khadija ni kalau cakap cikgu memang dia patuh dan ambil ingatan.















Risalah mengenai program yang ditawarkan.













Ucapan ringkas oleh Ustaz Ahmad Zulfadhli, salah seorang pengajar.















Khemah jamuan makan yang dipenuhi tetamu yang datang.  Menu utama yang dihidangkan adalah satay.















Artis daripada kumpulan nasyid yang dijemput bagi memeriahkan majlis iaitu Hafiz Hamidun.

 

Kelas ALC berada di tingkat 1.  Oleh kerana di bawah khemah dipenuhi ramai tetamu yang hadir, kami makan di kaki lima kedai.  Masa ni, Khadija tengah merengek minta dibelikan ice blended.  Fatihah pula kononnya malu-malu kucing, pandang belakang sebab teacher-teachernya berada tak jauh dari kami. 

Harapan mama dan abah, semoga Khadija dapat menghafal Al-Quran dengan baik dan tanpa jemu membacanya secara berterusan.  Insya'Allah, Fatihah juga akan kami masukkan ke kelas ini pada tahun hadapan  bila usianya mencecah 5 tahun nanti.






Monday, January 21, 2013

Chapati

Menyahut seruan untuk menjaga pemakanan, Hakim beria-ia sangat nak makan chapati.




















Tepung khusus untuk chapati.  Harga RM3.50 untuk 1 kg.  Boleh dapat berkeping-keping chapati untuk lebih dari sekali adunan.















Adunan chapati ni kami ambil dari hasil 'google' di internet. 
 














Adunan dibahagikan kepada bebola kecil sebelum dicanai.

 













Proses mencanai sebelum ditebar di atas kuali leper.















Menunggu sebelah lapisan garing sebelum diterbalikkan.















Rupa paras hasil chapati yang telah masak.  Chapati ni lebih kurang macam lempeng, boleh dimakan dengan apa-apa kuah atau sambal.

Sebenarnya chapati ni adalah hasil dari air tangan Hakim sendiri.  Ya!  sebagai seorang isteri, saya cukup bertuah dan bersyukur kerana punya suami yang ringan tangan membantu saya khususnya tugas di dapur.  Terima kasih, sayang!






Thursday, January 17, 2013

Dija Yang Rajin

'Mood' rajin Khadija sukar dijangka.  Ni antara gambar yang saya rakam bila mana Dija beria-ia nak membantu mengemop rumah.















Mama harap Dija akan terus rajin. 















Rajin tolong kerja rumah mama dan rajin buat kerja sekolah.

Bila tengok Dija rajin macam ni, sejuk hati mama dan abah.  Moga kerajinan Dija ni menjadi contoh kepada adik Fatihah.





Monday, January 7, 2013

Sharing Is Caring

'Sharing is Charing' yang membawa maksud di dalam bahasa melayu adalah 'Perkongsian Penyayang'.  Tajuk yang mama beri untuk menghuraikan keakraban kamu 2 beradik, Khadija dan Fatihah.  Saling bersama walau di mana, makan, mandi, bermain dan tidur.  Semua dilakukan  berdua.  Salah seorang akan bertanya sekiranya salah seorang tiada yang mana si adik akan tercari-cari si kakak kalau si kakak tiada di depan mata.   















Gambar mereka berdua semasa menaiki komuter ke Sentul baru-baru ini.



















Kami ke Sentul pada hari yang sama dengan hari taklimat/orientasi Tadika Ceria Az-Zahra.  Fatihah kelihatan agak keletihan.



















"Ingat kita orang budak kecik ke?".  Ungkapan yang seringkali Fatihah beritahu saya.  Oleh kerana mereka beranggapan mereka dah besar sedikit, itu yang mereka berdua nak duduk berasingan dengan mama dan abah di dalam komuter.  Kakak Dija pula ungkap "Biar mama dengan abah duduk berdua, mama dengan abahkan bercinta".















Separuh perjalanan, si adik tertidur di peha kakak Dija. 















Suka benar kami melihat Khadija meriba adiknya Fatihah.















Bertukar 'train' komuter di stesen Kuala Lumpur untuk ke destinasi tujuan kami iaitu Sentul.















Tujuan kami ke Sentul adalah untuk mengambil kereta baru abah.  Wajah kegembiraan 2 beradik menaiki kereta baru abah.  Manakan tidak, ada televisyen dalam kereta baru ni.















Syukur Alhamdulillah, anak-anak seronok dengan apa yang ada.  Bertepatan dengan tajuk 'entry' ini, 'Perkongsian Penyayang'.  Ketahuilah wahai Khadija dan Fatihah, apa yang mama dan abah buat adalah untuk insan yang kami sayang iaitu kamu berdua.







Thursday, January 3, 2013

Kakak & Adik Ke Tadika

Syukur Alhamdulillah, dah memasuki tahun 2013.  Tugasan awal tahun dimulakan dengan menguruskan persekolahan kedua-dua puteri kesayangan kami.  Si kakak Khadija masih di alam tadika di PASTI untuk usia 6 tahun dan tahun ni merupakan tahun terakhir beliau disini.  Manakala, si adik Fatihah yang baru 3 ++ tahun saya masukkan ke Tadika Ceria Az-Zahra (TCAZ) untuk usia 4 tahun.

Kedua-duanya tiada masalah, 'excited' dan tidak sabar untuk ke sekolah.  Paling tak sabar si kakak sebab nak berjumpa kawan-kawan lama katanya.  Seperti juga di mana-mana tadika atau kemasukan ke darjah 1 akan diadakan hari taklimat/orientasi lebih awal.  Gambar hari taklimat Fatihah di TCAZ pada hari Sabtu, 29 Disember 2012 saya tidak rakam kerana merasa agak segan di tambah dengan ruang yang agak terhad untuk saya merakam sepanjang taklimat berlangsung.















Ni gambar semasa hari taklimat di bangunan PASTI Darul Ulum II yang baru di Sungai Udang pada hari Ahad, 30 Disember 2012.  Ramai ibubapa yang hadir.















Backdrop.
 














Gambar bangunan baru PASTI Darul Ulum II.  Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa saya tidak masukkan Fatihah ke sini?  Jawabnya bukanlah sistem pendidikan disini tidak bagus.  Ianya terbaik bagi saya, cuma saya risaukan Fatihah yang masih keanak-anakan dan berfizikal yang agak comel berbanding Khadija semasa usia 4 tahun yang bersikap lebih dewasa.  Jadi, saya putuskan biarlah Fatihah di TCAZ sebab di sana juga pendidikan agama dilebihkan.



















Gambar di 'bunting' yang comel.















Senang nak urus Khadija ni.  Dia mudah menyesuaikan diri dengan keadaan.  Nampak je kawan-kawan, dia terus menegur mereka.















Kelincahan Khadija dan Fatihah.















Sebelum taklimat berlangsung.















Sementara menunggu taklimat dan ceramah agama disampaikan, pelajar-pelajar dibawa masuk ke dalam kelas.  Mungkin hanya sebahagian sahaja pelajar yang turut serta, sebahagian lagi masih berkepit dengan mak ayah masing-masing.















Mereka diberi gambar dan pensil warna untuk mengisi masa terluang sementara ibubapa mendengar ceramah yang disampaikan.  Untuk makluman juga, PASTI Darul Ulum II difahamkan pada tahun 2013 menerima 110 orang pelajar keseluruhannya.  Syukur Alhamdulillah, semakin ramai ibubapa yang sedar tentang perlunya ditanamkan asas agama seawal dari usia kecil seperti kata pepatah 'Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya'.

Ada 2 sesi pelajaran disini.  Ibubapa yang mendaftar boleh memilih samada sesi pagi atau petang.  Kami sepakat memilih sesi pagi supaya mudah untuk menghantar Khadija.  Tambahan pula, kami telah mendaftarkan Khadija untuk belajar mengaji teknik Al-Baghdadi/tahfiz pada sebelah petang di bawah TCAZ.















Seperti taklimat pada tahun 2011 dan 2012, program akan diselitkan dengan ceramah agama.  Kali ini, ceramah disampaikan oleh Ustaz Uda Kasim dengan membawa tajuk pendidikan anak-anak.  Ceramah yang disampaikan amat berkesan dan tidak boring.  Syukur Alhamdulillah, saya dan Hakim dilembutkan hati untuk mendengar ceramah-ceramah agama seperti ini yang mana selain untuk menambahkan ilmu dan memberi peringatan, terdapat kelebihan yang tersembunyi seperti yang saya petik dari kata-kata berikut -

Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin "barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan" :-

1.  Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.
2.  Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.
3.  Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahmat ke atasnya.
4.  Apabila duduk dia di sisi orang alim  tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.
5.  Selama dia mendengar ilmu tersebut, nescaya dituliskan baginya kebajikan.
6.  Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.
7.  Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.















Bersama kawan-kawan.















Gambar hari pertama Fatihah ke sekolah.  Sesi persekolahan Fatihah bermula pada hari Rabu, 2 Januari 2013.  Fatihah memakai baju biasa kerana pakaian seragam masih belum dibekalkan kerana belum dibuat ukuran.  Mungkin dalam bulan Februari nanti baru pakaian seragam diterima.  Teacher di TCAZ telah berpesan pakaian mestilah menutup aurat.  Cuma kasut tu je berlainan warna, saya tak tahu di TCAZ pakai kasut hitam.  Saya dah terbeli awal kasut putih yang juga bersaiz agak besar untuk kaki Fatihah yang comel.  Tunggulah bulan Februari nanti, sekali harung dengan pakaian seragam saya pakaikan Fatihah kasut warna hitam.
 














Bergambar di kereta baru abah.















Beg gambar Mickey Mouse ni Fatihah pilih sendiri.  Mujur Fatihah pilih beg yang murah je.















Pegang tangan kawan sambil menyanyikan lagu.  















Masa ni kalau tak silap saya muzik 'Chicken Dance' sedang dimainkan.















Mak-mak yang 'excited' hari pertama anak-anak di sekolah.  Mereka juga seperti saya, ingin merakam detik dan sejarah baru bagi anak kami.















Fatihah duduk di hadapan sekali, fokus mendengar penerangan dari ibu Zarah.  Kalau nak tahu, antara faktor saya memilih TCAZ ni adalah kerana aktivitinya yang pelbagai.  Sesuai dengan Fatihah yang saya lihat cepat bosan dengan sesuatu, suka bercerita dan menyanyi.  Berlainan dengan Khadija yang agak fokus.















Hari pertama kakak di PASTI yang bermula pada 3 Januari 2013.  Kakak adalah pelajar pertama yang sampai di sekolah ni.  















Wajah bakal seorang doktor pakar. Cita-cita kami dan Khadija juga.  Mama harap Khadija terus cemerlang.















Gambar hari kedua Fatihah di TCAZ.  Ceria, sampai terus sahaja bermain.















Mama harap Fatihah rajin belajar seperti kakak.  Mama tahu Fatihah ni banyak bakat tersembunyi, paling ketara bercakap @ berpidato dan bernyanyi.  Insya'Allah cemerlang pendidikan dunia dan akhirat kamu berdoa mama dan abah doakan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...