Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, April 30, 2013

Gambar Di Makkah dan Madinah

Selain mengerjakan Umrah, perjalanan kami ke tanah haram Makkah dan Madinah turut diselangi dengan program ziarah.  

Pogram ziarah di Makkah antaranya ke Jabal Nur (gua Hira'), Jabal Thur (gua Thur), Jabal Rahmah, Padang Arafah, Mina, Muzdalifah, Muaissem, Masjid Ja'aranah dan Hudaibiyah (ladang unta).

Manakala di Madinah pula kami di bawah ziarah ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain (dua kiblat), perkuburan para syuhada, Jabal Uhud, Masjid Tujuh, kebun tamar serta ke kilang percetakan Al-Quran.

















Hotel tempat kami menginap di Makkah, Al-Saraya Iman yang jaraknya lebih kurang 180 meter sahaja dari Masjidil Haram.  Syukur Alhamdulillah, jarak tempat penginapan kami tidak terlalu jauh dan terlalu dekat dengan masjid tersebut. 

Di siar kaki hadapan kedai pula ada waktu-waktunya terdapat penjual yang menjual jubah dan tasbih yang agak murah harganya berbanding di dalam kedai.


















Selesai mengerjakan umrah kali pertama dan tawaf sunat, saya berpeluang berjalan di sekitar deretan kedai di bawah hotel kami di Makkah.  Barangan yang dijual di Makkah dan Madinah lebih kurang sama, cumanya kedai di Madinah lebih banyak pilihan dan teratur susunannya.

Masa ni saya sibuk cari barang mainan untuk Khadija dan Fatihah. 

















Restoran nasi Arab berhampiran dengan hotel kami.  2 kali juga saya dan Hakim makan nasi Arab.  Sekali di Makkah, sekali di Madinah.  Markah penuh saya bagi untuk nasi Arab ni, memang sedap, tiada kekurangan untuk saya ulas.

















Hakim sedang beratur untuk membuat pesanan. 

















Jabal Thur.

















Panorama dari atas Jabal Rahmah.  Berpusu-pusu manusia mendaki dan menuruni Jabal Rahmah ini untuk berdoa.

















Ladang unta.  Saya tak beli pun susu unta ni walaupun telah dipesan oleh Kak Ti suruh rasa.  Takut pula nanti membazir tak tertelan.  Susu unta ni antara minuman kegemaran Nabi Muhammad S.A.W.

















Masjid Nabawi di Madinah.  Sungguh indah masjid ini sehinggakan kebanyakan drama tempatan mengambil lokasi ini untuk penggambaran.

















Gambar 'canopy' atau payung di perkarangan Masjid Nabawi ni saya rakam semasa menunggu giliran untuk masuk ke Raudhah bagi ziarah dalaman ke Raudhah, makam Rasulullah S.A.W., makam Saidina Abu Bakar R.A. dan Saidina Umar R.A.  Payung akan dibuka pada waktu siang.  Sebelah malam, payung ditutup.  Begitu juga dengan bumbung di dalam Masjid Nabawi, dibuka pada waktu-waktu tertentu sahaja.

















Kami berdua.

















Masjid Quba'.

















Berhampiran perkuburan para syuhada.

















Kedai di kebun tamar.  Teruja sungguh bila melihat limpahan pelbagai jenis kurma dan coklat.  Keseluruhan kurma yang saya beli lebih daripada 20 kg untuk diagih kepada saudara-mara dan kawan-kawan.

















Masjid Qiblatain (dua kiblat).

















Hotel Mawaddah Al-Safwah di Madinah.  Kami di Madinah cuma 3 hari sahaja.

















Masa terluang selain solat di Masjid Nabawi, kami habiskan dengan menjelajah dari satu kedai ke satu kedai bagi mencari buah tangan untuk orang-orang tersayang yang menunggu kami di tanahair.

















Anak kesayangan mak.

















Sebelum ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah, kami dibawa ke Masjid Terapung di Laut Merah Jeddah.

















Masjid terapung.

















Kawasan pesisir pantai yang dipenuhi pengunjung.  Di sini terdapat makanan tempatan rakyat Malaysia dijual seperti karipap, buah melaka, bakso dan laksa.

















Di lapangan terbang.  Hadiah dari Arab Saudi iaitu air zam zam.  Setiap seorang mendapat 10 liter air zam zam.  Air zam zam ini tidak boleh dijual beli.  Di Makkah dan Madinah, setiap kali memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi saya pasti minum air zam zam yang banyak disediakan di situ.  Mungkin berkat berdoa setiap kali minum, Alhamdulillah saya sihat sepanjang berada di sana.


Sebelum menaiki pesawat NAS Air.

Tujuan gambar-gambar ini dimasukkan di blog ini bukan untuk berbangga diri.  Pada saya, saat-saat indah di sana hanya dapat saya terjemahkan di dalam bentuk gambar untuk tatapan sendiri dan keluarga.  Saya berharap ianya juga menjadi penggalak atau pendorong khususnya kepada diri saya sendiri, ahli keluarga atau pembaca blog ini untuk menanamkan niat menjejakkan kaki ke tanah haram bagi menunaikan rukun Islam kelima ini.






Wednesday, April 24, 2013

Umrah dan Ziarah Kami

Tiada kata selain lafaz syukur yang dapat saya ungkapkan di atas kurniaan kudrat dan kesihatan yang baik olehNya pada sepanjang saya mengerjakan umrah dan ziarah ke tanah haram Makkah dan Madinah. 

















Tak disangka kami dapat ke sana.  Mungkin sudah ketentuan dariNya.  Benarlah kata orang yang dah ke sana, hati akan sentiasa rasa rindu untuk solat di hadapan Kaabah dan kini saya sudah mula merasai nikmatnya.  Insya'Allah, panjang umur kami akan ke sana lagi bagi mengerjakan haji dan umrah sekali lagi.  Hajat dihati nak bawa anak-anak pula.  Semoga kami dimurahkan rezeki dan dipermudahkan ke sana.

















Kakak ipar (kak Nani), Hakim, mak mertua, saya dan bapak mertua (berkerusi roda).

















Keindahan Masjidil Haram pada waktu malam.  Masjid ini sedang di dalam pembinaan untuk diperbesarkan lagi.  Walaupun ruang masjid sediada agak luas, tapi masih belum dapat menampung jutaan jemaah yang datang bersolat pada setiap waktu di masjid ini.  Saya dapati ruang masjid setiap masa dipenuhi oleh jutaan manusia yang mengejar ganjaran dan pahala solat sunat, mengaji dan sebagainya.  Saya begitu teruja dengan keadaan sebegini.

Perbandingan Ganjaran Solat -



Tempat
Bujang
Kahwin
Solat Bersendirian Ganjaran
(1 x 1 = 1)
Solat Berjemaah Ganjaran
(1 x 27 = 27)
Solat Bersendirian Ganjaran 
(1 x 70 = 70)
Solat Berjemaah Ganjaran   
(1 x 70 x 27       = 1890)
Surau/Rumah/Mana-Mana Masjid Kecuali
1
27
70
1890
Masjidil Aqsa Palestine (Ganjaran 500)
500
13,500
35,000
845,000
Masjidil Nabawi Madinah (Ganjaran 1000)
1,000
27,000
70,000
1,890,000
Masjidil Haram Makkah (Ganjaran 100,000)
100,000
2,700,000
7,000,000
189,000,000

Besarkan ganjaran solat di Masjidil Haram, Makkah ini?  Ganjaran pahala untuk yang telah berkahwin dan solat secara berjemaah di masjid ini adalah sebanyak 189,000,000.

















Wajah ketenangan.  Berlatar belakangkan lautan manusia yang sentiasa keluar masuk ke Masjidil Haram.  Bangunan di belakang saya adalah Zam Zam Tower.  Bangunan ini berhadapan dengan Masjidil Haram.  Bahagian bawahnya merupakan sebuah 'shopping mall' yang kalau di Malaysia setaraf KLCC atau lebih.  Manakala di bahagian atasnya merupakan hotel.  Sekali lagi saya begitu kagum dengan masyarakat disini.  Mendahulukan tanggungjawab sebagai umat Islam dengan meninggalkan semua aktiviti bila masuk sahaja waktu solat.

















Anak mithali, panggilan yang diberikan oleh mutawif kami kepada Hakim.  Beliau bukan sahaja seorang suami yang sempurna bagi saya tetapi juga seorang anak yang taat kepada ibubapanya.  Syukur Alhamdulillah.

















Keunikan senibina Masjidil Haram Makkah.

















Kakak ipar dan mak mertua yang sentiasa bersama saya.  Sebahagian besar masa kami dihabiskan di dalam masjid ini.  Pengalaman kedua buat mak mertua yang telah menunaikan fardhu haji sebelum ini.

Masjidil Haram inilah tempat penyatuan semua umat Islam dari seluruh pelusuk dunia.  Tak kira bangsa, warna kulit, bahasa dan taraf kehidupan. Semuanya tertumpu di sini, untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima.
   















Umrah mabrur......

Pengalaman mengerjakan umrah di Makkah sungguh bermakna buat saya dan Hakim.  Masih teringat satu ketika dahulu, semasa dibangku sekolah, bila ditanya apa impian saya, jawapan yang pasti saya sebut 'ke Makkah menunaikan haji'.  Tak sangka kata-kata itu menjadi kenyataan, sampai juga saya ke sana.  Dari situ saya belajar, yang niat dan kata-kata yang sering diungkap merupakan satu doa.  Lambat atau cepat ianya bergantung kepada usaha dan kesungguhan kita sendiri. Saranan saya buat diri sendiri dan kawan-kawan pembaca blog ini, pergilah ke mana pun kita hendak pergi tapi tak sama dengan lokasi yang satu ini, penuh dengan ketenangan dan penyucian.

Makna tanah haram dari hasil 'google' adalah berdasarkan para ulama yang mengatakan di dalam tanah itu berlaku berbagai ketentuan yang mengharamkan kita daripada melakukan pelbagai hal seperti berburu, mengangkat senjata, mematahkan tumbuhan dan juga diharamkan kepada non muslim/kafir untuk memasuki wilayah ini.  






Monday, April 22, 2013

Tetamu Allah

Sujud syukur kami kepadaNya kerana telah menjadi tetamuNya bagi mengerjakan ibadah umrah di tanah haram pada 9 hingga 19 April 2013.  Antara hadiah  yang paling bermakna buat diri ini yang mana pada bulan April juga merupakan bulan kelahiran saya.

Anak-anak kami tinggalkan, tidak turut serta untuk umrah kali pertama ini. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada mak dan adik-adik saya yang sudi menjaga anak-anak kami sepanjang kami berada di sana.


















Bersama suami yang juga mahram saya.  Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan suami yang terbaik buat saya.  Terima kasih sayang kerana tanpa beliau mana mungkin saya sampai ke sana.  


















Tiram Travel Sdn. Bhd. menjadi pilihan kami.  Mungkin kerana pakej yang ditawarkan membuat kami memilih syarikat ini tetapi saya percaya ianya merupakan ketentuanNya sejak dari Azali lagi.  Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun terdapat penundaan tarikh berangkat sebanyak 2 kali.   Siapalah kita?  Insan yang hanya mampu merancang, yang menentukan segalanya adalah 'Dia'.  Terima kasih kepada mutawif pihak syarikat iaitu Tuan Haji Mohd Aji bin Bujal yang telah banyak membantu memberi tunjuk ajar dan mengambil berat sepanjang kami berada di sana sehinggalah tiba di KLIA. Bertuah sungguh kami diletakkan di bawah 'Kumpulan 5' yang terdiri daripada 42 orang jemaah di bawah mutawif berkenaan.  Saya difahamkan lebih kurang 250 orang jemaah keseluruhannya yang berangkat mengerjakan umrah di bawah agensi yang sama pada tarikh tersebut.


















Beg-beg kami.  Kakak ipar, mak dan bapak mertua turut bersama-sama kami mengerjakan umrah. 























Bersama passport, visa dan tiket penerbangan NAS Air (Charter).Terus memakai telekung selepas solat di KLIA bagi memudahkan saya.

















Memakai ihram di KLIA kerana perjalanan kami terus ke Makkah.























Lafaz Talbiyah mengiringi perjalanan kami ke tanah haram Makkah bagi mengerjakan umrah.






Wednesday, April 3, 2013

Menggembirakan Anak-Anak

Mengambil kesempatan cuti sekolah selama seminggu baru-baru ni, mama ambil 'half day'.  Selain untuk 'renew' insurans dan cukai jalan kereta, kami sepakat membawa Khadija dan Fatihah ke AEON Bukit Tinggi, Klang.  Tujuan kami hanya satu untuk menggembirakan anak-anak.


Anak-anak bapaklah katakan.  Kedua-duanya nak berpimpin tangan dengan abah.  Tak mau jalan dengan mama sebab mama jalan laju.  Khadija yang masih belum diwajibkan oleh kami pakai tudung selain di tadika.  Masih keanak-anakan bagi saya sebab setiapkali lepas mandi, apa yang hendak dipakainya masih merujuk kepada kami.  Tambahan pula, koleksi pakaian Khadija banyak seluar jenis 'legging' 3/4 panjangnya.  Insya'Allah, biar bila dia dah mula bertudung nanti, ianya jadi berterusan.

















Sementara saya ke Pejabat Pos di dalam Jusco bagi urusan pembaharuan 'road tax' dan lesen memandu, Khadija dan Fatihah ditemani abahnya bermain di 'playground' di situ.  Dengan bayaran RM8.00 seorang, tiada had masa diberikan.  Kalau dah keluar dari sini masih boleh masuk semula selagi tag ditangan tidak dibuka.


Bukan main seronok lagi Fatihah.

Budak 'cute' yang agak cerewet dan garang.

















Puas betul budak berdua ni bermain kat sini.  Mana taknya hampir 2 jam mereka berada disini.

















Si manja mama dan abah.

















Khadija mula merengek bila permintaannya tak dihirau oleh abah.

















Geram betul masa ni.  Kakak yang ada kala manjanya melebihi si adik.

















Dapat ais krim Mc'D baru ok.

















Kenny Rogers menjadi pilihan kami.  Agak mengecewakan sebab set ayam Kenny Rogers ni 'kureng' rasanya.  Terlebih garing.  Tak seperti mula-mula Kenny Rogers dahulu.  Bak kata Hakim, sedap lagi ayam panggang yang jual kat tepi jalan.

















Adik yang 'mood' nya agak ok pada hari tersebut.

















Dengan gaya masing-masing.

















Anak abah.  Selesai makan, Khadija 'start' balik merengek.  Tuntut semula apa yang dia minta tadi.  Terpaksa saya pancing dia, bungkuskan Mc'D pula.

Walaupun hanya di Jusco, saya berpuashati kerana dapat menggembirakan mereka berdua pada petang tersebut. 






Monday, April 1, 2013

Memantapkan Ilmu Fadhu Ain

Insya'Allah diizinkan olehNya......saya dan Hakim serta mak, bapak mertua dan kakak ipar bakal mengerjakan ibadah umrah sedikit masa lagi.  Sebagai persediaan kami, ada juga kami hadiri kursus yang dianjurkan oleh travel agent yang kami pilih.















Sementara menunggu program mula.  Khadija dan Fatihah kami bawa bersama.  Belakang tu bapak mertua saya yang berusia hampir 80 tahun, Haji Md. Ardani.  Kunjungan kali kedua ke tanah haram selepas menunaikan haji lebih kurang 10 tahun lepas.















Khadija yang anak bapak.















Sedang mendengar taklimat dan cara-cara mengerjakan umrah.















Mereka berdua yang agak tidak tahu duduk diam.  Mereka agak bertuah kerana seringkali di bawa abah bersama ke surau.















Ramai juga yang bakal mengerjakan umrah.  Cuma mungkin tarikh mereka ini berbeza antara satu sama lain.















Akhirnya Khadija tertidur.



Diikuti pula dengan adik.  Adalah lebih kurang 1 jam lebih mereka ini tidur.  Lepas terjaga je, terus ligat semula.  Kali ni dah jumpa kawan, mereka bermain kat kaki lima surau pulak.















Sedang menunjukkan cara-cara tawaf.



Peserta program.  Gambar ni Khadija yang tolong ambilkan.















Ni pula gambar semasa saya dan Hakim mengikuti Bengkel Pemantapan Ibadah Solat yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Agama Islam Daerah.















Kursus diadakan di Masjid Bandar DiRaja.















Kertas ringkasan penerangan oleh ustaz yang diedarkan.















Secara sukarela, Hakim membantu ustaz untuk menunjukkan demo cara solat ketika perang.

Sedikit sebanyak kursus-kursus yang kami hadir ni dapat memperbaiki dan menambah ilmu fadhu ain kami.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...