Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, May 28, 2013

Fatihah Bersukaneka

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba, memang 'excited' kami bertiga nak tengok Fatihah bersukaneka buat pertama kalinya. 


















Seawal jam 7.30 pagi 'breakfast' di Hotel Impian.  Sebelum sampai ke kafe, sempat lagi 'berposing'.


















Memberi sokongan kepada rumah Jingga, para ibu bersepakat menempah t-shirt.  Masa tempahan di buat di borang, saya memilih t-shirt muslimah.  Tapi disebabkan ketiadaan stok, pihak pembekal telah menggantikannya dengan t-shirt lengan pendek.


















Depan lobby Hotel Impian Morib.


















Bersarapan tanpa Fatihah.  Agak tenang tanpa keriuhan mulut murai Fatihah.


















Keadaan di padang pada pukul 9.00 pagi.  Kelihatan semua pelajar TCAZ beratur di dalam barisan mengikut warna rumah iaitu Biru dan Jingga.  Maskot yang dipilih bagi rumah biru adalah Jerung, manakala rumah jingga adalah Harimau.


















Reaksi Fatihah masa mula-mula nampak kami.  Dia memang ok dan tersangatlah 'cool' tak macam beberapa kawan seusia dia yang lain.  Lelaki terutamanya, terus melalak bila nampak 'parents' mereka.  Fatihah sedikit pun tidak berganjak dari kumpulan untuk menuju ke arah kami.  Memang tersangatlah baik masa tu (good girl).


















Muncung Fatihah yang sedepa.  Sedikit pun tak nak senyum.  Saya tahu dia dah mula rimas, semalaman tanpa kami dan botol susu.


















Bacaan ikrar.  Sungguh 'cute' kawan di sebelah Fatihah.  Kalau tak silap namanya Inas Sabrina.


















Masa ni beratur semula dalam kumpulan sebelum memulakan acara sukan.


















Ada 3 acara sukan untuk pelajar usia 4 tahun.  Semua acara Fatihah main.  Setiap acara ini sebenarnya melibatkan motor halus dan motor kasar serta kemahiran kanak-kanak.

















Acara kedua, golek bola menggunakan gelung.  Fatihah amatlah 'sporting' dan tenang.  Buat dengan penuh fokus.


















Acara ketiga yang Fatihah sertai, kalau tak silap diberi nama 'Kontraktor Rajin'.  Fatihah memang bersemangat.  Sebelum tiba di garis penamat, Fatihah terjatuh.  Mulanya dia tak menangis.  Tapi mungkin disebabkan malu, akhirnya dia menangis.  Kesian anak mama.  Untuk acara umur 4 tahun ni, rumah Jingga dapat tempat kedua.


















Khadija dengan rakan-rakan mengaji Al-Baghdadi di Pra Tahfiz Az-Zahrah.


















Sementara menunggu acara selesai dan penyampaian hadiah, kami bersantai di bawah pokok.  Kami ada juga sertai acara keluarga.  Tapi tidak memenangi sebarang hadiah.  Penyertaan yang hanya suka-suka untuk memenuhi kehendak Khadija yang nak main sama.  


















Acara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Tuan Haji Kamaluddin bin Rahmat, Pengerusi Az-Zahrah Education Network. 

Tahniah Fatihah!  Walaupun rumah Jingga kalah untuk acara 4 tahun tapi mama bangga dengan kamu.  Komited dan bersungguh-sungguh.  

Perkembangan positif selepas program ini, Fatihah sekarang lebih 'confident'.  Dah tak pakai lampin pakai buang lagi pada waktu siang.  






Thursday, May 23, 2013

Apa Yang Fatihah Buat Semasa Di Morib

Program Jejak Musafir Tadika Ceria Az-Zahrah 2013 memang terbaik!  Program yang dimulakan dengan lawatan ke kilang kerepek, kebun kopi serta bermalam dengan guru memberikan pengalaman baru buat Fatihah.  Berbeza dengan pengalaman ditinggalkan saya ketika berkursus dan mengerjakan umrah.

Sebagai seorang ibu, sudah pastilah saya berbangga kerana ini juga merupakan pencapaian yang positif buat Fatihah pada umur 3 tahun 9 bulan (bulan Ogos ni baru genap 4 tahun umur dia).

Pujian diberikan kepada pengurusan TCAZ kerana berusaha mengemaskini dari masa ke semasa perjalanan dan aktiviti anak-anak TCAZ semasa di Morib.  Gambar-gambar ini sebenarnya saya ambil dari facebook Az-Zahrah Education Network.























Di dalam 'group' 13 bersama teacher Fatin.


Di hadapan bangunan hotel yang dikhaskan untuk pelajar TCAZ. Sepatutnya 5 orang pelajar dalam 'group' ini, tapi saya difahamkan seorang daripadanya mengikuti kereta keluarga ke sini.


















Makan tengahari sebaik sahaja tiba di hotel.  Lega rasa hati, makan dan minum dijaga setiap waktu.

















Dalam bilik bersama kawan-kawan.  Fatihah paling 'junior', yang lain umur 5 dan 6 tahun.  
















Gambar ni tak tau masa bila dan dalam bilik siapa.  Fatihah yang berdiri di hujung katil.



Sejuk mata dan hati bila tengok gambar mereka beramai-ramai solat Maghrib berjemaah.  Fatihah juga ada di dalam jemaah ini.

















Bersujud.
















Tertidur atas sofa.  Cerita sebenar memang saya tak tahu.  Cuma saya andaikan masa ni mungkin dah lepas solat Isyak kot.  Memang 'time' tidur Fatihah kalau di rumah.  Waktu paling lewat Fatihah tidur sebelum jam 10.00 malam.  Mujur boleh lena walaupun takde botol susu.

Tahniah kepada pihak pengurusan TCAZ di atas penganjuran program yang terbaik untuk anak-anak ini.  Program yang bukan sahaja meninggalkan kenangan tetapi juga memberikan pengalaman kepada mereka untuk berdikari pada usia seawal 4 tahun lagi.  






Wednesday, May 22, 2013

Percutian 2 Dalam 1

Bukan sahaja Fatihah yang 'excited' tapi kami juga.  Terutamanya Khadija, teruja untuk melihat Fatihah bersukaneka. 
 
Secara tidak langsung, kami juga memgambil kesempatan untuk sama bercuti di sana.  Syukur Alhamdulillah, rezeki dan nasib berpihak kepada kami walaupun pada mulanya bilik hotel memang dah 'fully booked'.
 
















Oleh kerana 'check in' di Hotel Impian, Morib hanya bermula jam 3.00 petang..... kami singgah di AEON Bukit Tinggi, Klang.  Khadija beria-ia nakkan belon yang diedar oleh maskot Hush Puppies.  Diambilnya sampai 4.  Kononnya nak bagi adik dan kawan-kawan.

















Teringin nak pakai beg saya. 

















Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja masuk ke bilik hotel...... melompat atas katil.  Mentang-mentanglah adik Fatihah tak ada. 

















Sebaik selesai solat Asar, tak sabar-sabar Khadija nak terjun kolam.  Ikut program, anak-anak TCAZ akan berada di kolam renang yang sama.  Itu yang Khadija tak sabar tu.  Nak jumpa adik dan kawan-kawan.  Bukan sahaja Khadija, saya pun sama.  Tak sabar nak melihat reaksi Fatihah.

















Pandangan dari kolam renang.  Bilik kami di tingkat atas bangunan hotel ini.  Ada beberapa bangunan 1 tingkat yang menempatkan bilik hotel.  Terdapat juga bilik di dalam bentuk 'chalet'.

















Wajah keriangan dan kebebasan.  Masa ni kolam belum penuh lagi dengan budak-budak.


Kolam mula dipenuhi anak-anak TCAZ.  'Group' Fatihah turun lambat sikit.  Apa yang saya perasan dari jauh, mata Fatihah melilau.  Mungkin tercari-cari kami.  Yang kelakar, bila nampak je si kakak, Fatihah terus menjerit memanggil kakaknya.  Mungkin dia dah mula rasa 'kehilangan' kami setelah berpisah hampir 9 jam lamanya. 

















Fatihah yang bermain sorang-sorang.  Fatihah tidak seramah Khadija.  Suka bermain sendiri atau dengan kakaknya sahaja.

















Khadija bila dah jumpa kawan, apa lagi adiknya Fatihah langsung tak dihiraukan.  Kawan-kawan Fatihah di TCAZ yang berumur 5 dan 6 tahun kebanyakkannya juga merupakan kawan Khadija yang belajar mengaji bersama di Pra Tahfiz Az-Zahrah.

















Teacher Fatin yang bertudung coklat.

















Fatihah ada juga datang kepada kami.  Masa tu dia mengadu lapar.  Apa lagi, saya cepat-cepat masuk bilik buat susu untuk dia dalam botol susu yang ada kami bawa bersama.  Sempat juga Fatihah minum sebotol susu petang tu sebelum dia balik ke bilik hotel.  Itu pun minum secara sorok-sorok.  Konon malu dengan kawan-kawan.

Abah @ Hakim di kolam renang dewasa.

















Luahan hati seorang abah.  Mula terasa bosan berendam dalam kolam sorang-sorang bila mana anak-anak dah semakin dewasa.  Paling lama saya lihat Hakim berada dalam kolam ni 5 minit.  Lepas tu dia akan keluar, duduk di tepi kolam kanak-kanak sambil memerhati gelagat anak-anaknya.

















Khadija yang dikerumuni kawan-kawan lelaki.


















Lebih kurang pukul 6.00 petang, semua teacher dah mula memanggil anak-anak keluar dari kolam.  Masa ni kami cepat-cepat menjauhkan diri dari pandangan mata Fatihah.  Takut-takut kalau dia tiba-tiba nak mengikut kami.  Dari kejauhan juga, kami lihat Fatihah sangatlah ok.  Mengikut arahan teacher Fatin.  Beratur dalam kumpulan dan jalan berpimpin tangan dengan teacher untuk balik ke bilik hotel.  Lega hati saya.


















Khadija beralih ke kolam renang dewasa bila semua kawan-kawan dah balik bilik.

Cerita kami pada sebelah malam pula...... menghabiskan masa kira-kira 1 jam di Dataran Pantai Morib.

















Geram tengok Khadija.  Pantang nampak 'playground'.  Mesti nak menyinggah.

















Dapat perhatian lebih bila adik Fatihah tak ada.

















Medan selera di Dataran Pantai Morib ni boleh dikatakan 90% makanan yang dijual adalah ikan bakar.

















Melayan kerenah Khadija.

















Kesian tengok Khadija boring, kami belikan dia mainan ni.  Mainan yang bila di'on' akan berbunyi muzik 'Gangnam Style' dan mengeluarkan cahaya berwarna-warni.

















Burger double daging yang biasa-biasa je rasanya tapi harga boleh tahan juga.

Saya ada juga menunggu panggilan atau sms dari teacher yang menjaga Fatihah.  Manalah tahu kalau Fatihah meragam sebab tak dibekalkan botol dan susu.  Oleh kerana bimbang panggilan saya akan mengganggu mereka, akhirnya saya terlupa sama sekali nak melefon mahu pun sms teacher Fatin.  Syukur tiada apa-apa yang berlaku.





 

Monday, May 20, 2013

Pertama Kali Bagi Fatihah

Selesai sudah program yang ditunggu-tunggu Fatihah iaitu sukaneka Tadika Ceria Az-Zahrah atau nama lainnya Program Jejak Musafir Cilik pada 18 dan 19 Mei 2013 bertempat di Hotel Impian, Morib, Kuala Langat. 

Seminggu sebelum program, Fatihah nampak benar-benar 'excited'. Setiap malam sebelum tidur, ada dilihat dia tiba-tiba buat senaman ringan, tekan tubi (kelakar kalau tengok cara dia) dan membaca ikrar sukaneka.  Mulut pula tak henti bercerita kepada kami yang dia bakal menaiki bas dan tidur bersama teacher di hotel.  Apa yang boleh saya katakan, dia memang beria-ia dan tak sabar nak bersukan.


Seawal jam 8.30 pagi, Fatihah sudah dihantar ke tadika untuk berkumpul sebelum menaiki bas.

















Puan Hajjah Zaharah Awang sedang memberikan taklimat kepada ibu bapa.  Saya tidak berasa bimbang sangat untuk membenarkan Fatihah turut serta di dalam program ini kerana beliau pernah saya tinggalkan beberapa kali ketika berkursus dan menunaikan umrah baru-baru ini.

















Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar dan seorang teacher.

















Fatihah bersama rakan di bawah kumpulan 13.  Kumpulan ini diletakkan dibawah pengawasan teacher Fatin.  Kelihatan mereka tak sabar nak keluar menaiki bas.

















Khadija membantu Fatihah memakai kasut.  Pada ketika ini, Fatihah memang 'cool' dan 'relax' je.  


Khadija masa ni merengek nak ikut serta naik bas.  'Jealous' mungkin dengan adiknya.  

















Berada di dalam kumpulan sebelum diarah menaiki bas.

















2 buah bas membawa hampir 100 orang pelajar TCAZ dan lebih kurang 15 orang teacher.

















Dalam bas.

Saya boleh katakan yang Fatihah ni pandai 'control' diri dia bila di khalayak ramai.  Berbeza dengan perwatakan dia di rumah.  Pandai menyesuaikan diri, nampak lebih dewasa, malu nak menangis dan patuh kepada arahan dan peraturan.  Syukur Alhamdulillah, lega rasa hati untuk melepaskan dia ke program tersebut.  

Dan..... inilah yang dikatakan pertama kali bagi Fatihah.  Pengalaman beliau berseorangan mengikuti program 2 hari 1 malam tanpa ditemani kami. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...