Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, August 6, 2014

Dekorasi Rumahku Syurgaku

'Entry' mengenai sambutan Aidilfitri dimulakan dengan deko-deko segenap ruang yang ada dalam rumah kami.  Minat nak mendeko ni membara dan bertambah bersemangat bila saya mula turut serta 'group facebook' Deko Rumahku Syurgaku.


















Perabot dalam rumah masih 'maintain' seperti tahun lepas.  Cuma ada satu penambahan yang saya buat iaitu 'trolley' kayu jati ni.  Dalam kepala memang dah 'aim' dengan 'trolley' ni sejak mula buat tempahan melalui facebook bagi barangan 'decoupage' untuk saya susun di atasnya.  Konsep warna barang decoupage hanya kombinasi pink dan hijau sahaja.  


















Alas 'coffee table' saya juga berubah tahun ni.  Juga dibuat tempahan melalui rakan alam maya di dalam 'facebook'.















Lapik tisu tu pun ditempah dengan orang yang sama.























'Cupcake' dan 'donut felt' yang menghiasi coffee table sering menjadi tumpuan anak kecil yang bertandang ke rumah kami tu juga ditempah dengan orang yang sama.

















Deko di meja makan yang masih menggunakan meja berkerusi empat lagi tahun ini.  Rasanya perlu ditukar ke meja lain tahun depan bila mana bilangan tetamu yang datang melebihi daripada bilangan kerusi yang ada.  Tambahan pula saiz mejanya yang kecil tidak dapat memuatkan juadah yang ada.

















Pandangan dari sudut dapur.  Nampaknya saya mula sukakan warna hijau kerana warna ni memang 'segar dan sejuk' bagi saya.

















Ruangan menonton kami.  Masih 'simple' kerana ruang ini tidak terlalu luas.  Tambahan yang dibuat dengan hanya memasang 'wallpaper' 3D bercorak batu-bata yang dibeli di GM Klang.

















Antara ruangan yang diletakkan 'wallpaper' yang dipasang sendiri oleh superhero saya, Mr. Hakim.

















Kedudukan kerusi rotan pula beralih tahun ini dari kedudukan sebelumnya iaitu di 'trolley' kayu ke laluan menuju ke dapur.  Saya sukakan ruangan ini kerana terasa suasana yang 'lembut dan sejuk' sahaja bila duduk disini.


















Antara ruangan dinding yang turut dipasang 'wallpaper' 3D yang bercorak bunga berlatarkan warna 'gold'.


















Ruang tamu kami yang sederhana.  Masih menggunakan langsir tahun pertama kami beraya di rumah ini.  Langsir yang saya sangat sukakan warnanya iaitu 'Emerald Green', 'pattern' butangnya yang memang nampak eksklusif hasil jahitan mak usu saya.


















Antara penambahan yang kami buat untuk menambah seri ruang tamu kami iaitu pemasangan 'wooden divider'.  Pemasangan 'wooden divider' ni nampaknya tak menjejaskan keluasan antara ruang tamu dan ruang makan kami.

















Deko-deko tak lupa juga dengan ruang dapur.  Untuk menaikkan seri, saya letakkan di setiap pintu kabinet di bahagian bawah dengan tuala kecil ini.  Idea diperolehi daripada blog penggemar hiasan rumah juga.


















Alas oven juga ditukar baru tahun ni.
Bersekali dengan alas peti sejuk.

 
'Fridge Magnet Board' yang turut ditempah melalui 'facebook' menjadi penyeri laluan ke dapur kami di samping pemasangan 'wallpaper' di ruangan tersebut.

Antara koleksi 'fridge magnet' kami yang antaranya dibeli ketika kami melancong dan pemberian adik-beradik serta rakan pejabat.  Disebabkan ukuran 'board' ini agak besar iaitu 2' x 4', nampak macam sikit pula bilangan magnet yang ada.  Padahal sebelum ini, sampai tak cukup ruang nak susun.

Alhamdulillah, minat mendeko dan menjaga kebersihan serta kekemasan dalaman rumah ni mendapat sokongan dan kerjasama daripada abah Hakim, Khadija dan Fatihah.  

Rumahku adalah "Syurga Duniaku".






4 comments:

Lynda @ Speaker @ Rabbit said...

cantik rumah shima..

Our Story said...

cantik....

Shima said...

Terima kasih, suka2 yg sekarang ni dah jadi hobi.

Oshin said...

cantiknya rumah... =)
tenang je tengok..
hehe..
kreatif sangat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...