Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, September 21, 2014

Gigi Oh Gigi

Khadija dan Fatihah boleh dikatakan rajin juga gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.  Cuti sekolah yang hanya seminggu baru-baru ni, saya tak lepaskan peluang bawa mereka ke Klinik Pergigian, Pandamaran yang mana kebetulan gigi susu mereka berdua di bahagian hadapan dah bergoyang dan perlu dicabut. 

















Fatihah gigi susu dia agak rapuh berbanding Khadija.  Ada yang dah berlubang dan terpaksa ditampal. Kakak Dija pula, terpaksa cabut gigi susu yang tinggal separuh di bahagian hadapan sebab dah ada gigi baru yang keluar. 

















Mulut mereka berdua ni tak reti diam masa doktor dan nurse jalankan tugas nak tampal dan cabut gigi mereka.  Ada sahaja soalan yang mereka tanya kat nurse, "Ni apa?  Tu apa?  Sakit tak?".  Mama yang tengok dan dengar perbualan mereka, senyumkan je.

Mama harap gigi kekal kamu berdua nanti tersusun rapi.






2 comments:

JALAN REBUNG said...

salam perkenalan, saya dok google tajuk pondok pokok orkid, tu yg dpt blog puan ni. Nampak banyak persamaan antara family puan dan saya. Saya dok bukit kapar dan ada few pakcik yg bertugas di MPK. Satu blog yang sangat menarik. Tahniah dah ada rumah yang selesa sangat pada usia muda ...teruskan berblog dan saya akan selalu visit. isteri saya pun ada blog www.rawiwa.blogspot.com

Rizal

Shima said...

Terima kasih atas kunjungan ke blog saya ni. Alhamdulillah, rezeki dari 'Dia'. Insya'Allah saya akan follow blog encik Rizal pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...