Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, April 27, 2014

Hari Sukan Khadija @ SIIAF

19 April, jadual pagi mama dan abah Hakim agak sibuk.  Tarikh yang sama, Khadija dan Fatihah ada program dengan tadika dan sekolah mereka.






















Hari yang dinanti-nanti akhirnya tiba.  Khadija yang 'excited' setelah 2 minggu berturut-turut menjalani latihan sukan di sekolah.  Sepanjang 2 minggu tu juga dia seronok sebab ke sekolah berpakaian sukan dan hanya belajar untuk kelas sesi selepas 2.00 petang sahaja.


















Kami hantar Khadija terlebih dahulu ke Stadium Sultan Suleiman, Klang mengikut jadual yang diberi iaitu 7.30 pagi.  Tinggalkan dia di sini dan kemudian bergegas ke tadika untuk menghantar Fatihah pula.

















Program sukan hanya bermula jam 10.30 pagi iaitu setelah majlis perasmian.  Kesian Khadija dan kawan-kawan kena berpanas untuk bersiap sedia dengan acara mereka.  Dari tinjauan dan pemerhatian saya, Khadija memang ikut nasihat kami, tidak merayau dan hanya duduk di satu tempat sehingga dipanggil oleh ustazah.  Memang patuh dan berdisiplin Khadija ni.  

















Khadija dalam rumah biru @ AZRAQ.  Bagi pelajar tahun 1, acara yang dipertandingkan adalah lari dalam guni.

















Giliran Khadija.  Nampak dia dan kawan-kawannya bersungguh-sungguh untuk mendapat tempat pertama dalam acara kategori pelajar perempuan ni.  Bagi kategori pelajar lelaki rumah biru untuk tahun 1 agak mengecewakan kerana hanya mendapat tempat keempat.  

















Wajah kepenatan.  Masa ni kalau tak silap dah hampir pukul 11.30 pagi.  Bertambah gelaplah kulit Khadija nampaknya.























Tahniah Khadija, rumah biru menjadi Johan dengan membawa pulang 'medal' emas untuk acara lari dalam guni.  Bertambah lagi 'medal' yang dikumpul Khadija.























Bersama Awatif yang juga dalam rumah biru.























Acara kedua yang boleh saya katakan, acara 'bidan terjun' untuk Khadija.  Masa tengah bergambar dengan Awatif, tiba-tiba ustazah panggil mereka berdua untuk cukupkan bilangan peserta untuk acara pelajar tahun 2 iaitu 'skipping'.  Kesian mereka, acara ni rumah biru dapat tempat keempat.  Memang nampak Khadija tak pandai main 'skipping'.  Apa pun mama dan abah Hakim bangga sebab Khadija telah menunjukkan sikap yang baik memberikan kerjasama kepada ustazah dan rumah biru.

Syabas Khadija, sikap yang harus mama beri pujian sebab sepanjang latihan jelas dia bersemangat dan memberikan komitmen yang tinggi kepada pasukan.






Wednesday, April 23, 2014

Fatihah Belajar Berdikari @ Hotel De Palma

19 dan 20 April, Fatihah mengikuti program Kembara Alam anjuran Tadika Ceria Az-Zahrah selama 2 hari 1 malam bertempat di Kuala Selangor.  Program yang memang ditunggu-tunggu oleh Fatihah sebab dapat tidur hotel dengan teacher dan kawan-kawan seperti tahun lepas.


















Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi bagi mengumpulkan anak-anak di dalam beberapa kumpulan.  Taklimat serba-sedikit diberikan kepada ibubapa.  Kali ni tak seperti tahun lepas, kami tidak turut serta ke hotel kerana program yang diatur 100% untuk anak-anak sahaja.  Tidak seperti program tahun lepas di Morib yang mana turut diadakan sukaneka.


















Malam sebelumnya Fatihah batuk teruk.  Sampai termuntah di tempat tidur.  Bangun je pagi tu, berat rasa hati nak benarkan dia turut serta.  Tapi tetap berdegil nak ikut serta program.  Memang dia terlebih 'excited'.























Fatihah disusun dalam kumpulan Arnab.























Masa dalam bas.  Teacher sengaja atur Fatihah dalam satu kumpulan dengan 'best friend' dia Inas Sabrina.  Mungkin sebab dah tahu pe'el mereka berdua yang tak boleh berenggang.


















Gambar-gambar sepanjang aktiviti yang dirakam oleh teacher dan di'update' dari masa ke semasa melalui facebook.

Fatihah dan kumpulannya tengah kutip kulit kerang kat Pantai Remis, Kuala Selangor.


















Masa ni rasanya 'mood' dia masih ok dan tenaga masih ada.


















Bersama teacher @ ibu Miza yang ditugaskan untuk menjaga anak-anak dalam kumpulan Arnab.

















Bergambar beramai-ramai dengan kincir angin yang dibuat sendiri.























Solat Zohor di masjid di Kuala Selangor.


















Menaiki trem di Bukit Melawati.


















Rambut dah mula terkeluar dari tudung.  Masa ni dah dapat agak dia penat.


















Berjalan dalam kumpulan.

















Comotnya Fatihah.























Dah sampai hotel.


















Bersedia nak mandi kolam.


















Aktiviti yang Fatihah paling 'enjoy'.  Dapat mandi kolam yang ada gelongsor kata dia.  Kakak Khadija punyalah 'jealous' bila tengok gambar ni kat facebook, meraung-raung minta kami bawa dia ke hotel petang tu jugak.


















Gambar yang dirakam oleh ibu Miza sebelum semua anak-anak tidur.  Masa saya 'call' ibu Miza tanya keadaan Fatihah, katanya dia ok sahaja cuma ada batuk sedikit.  Mujur dah dibekalkan ubat batuk.

Naluri saya masih kurang selesa sebab dapat rasa Fatihah mesti muntah.  Memang betul, balik je dia cerita dia muntah dan merengek ingatkan mama.














Waktu 'breakfast'.  Fatihah barangkali tak ada 'mood' pagi tu sebab malamnya tak tidur lena.

















Aktiviti sepanjang pagi Ahad di Hotel De Palma.  Menyiapkan gambar dalam kumpulan bersama ibu Miza.

 





















Comelkan gambar ni, hasil daripada tangan anak-anak comel yang dibawa balik untuk ditunjukkan kepada ibubapa masing-masing.  Bila ditunjuknya gambar ini, kami sangatlah berbesar hati sebab ianya hasil daripada usaha Fatihah sendiri.

Fatihah bila saya tanya, nak tidur hotel lagi ke dengan 'teacher' minggu depan?  (soalan acah-acah).  'Respond' dia, tak nak sebab nanti tak boleh tidur, mimpikan mama.  Memang kelakar, sebelum pergi punyalah sombong dengan mama dan abah, bila sampai rumah peluk kami erat-erat.






Monday, April 21, 2014

Ber'Camping' @ Cameron Highland

Perkhemahan pada 12 dan 13 April 2014 di Kem Sungai Pauh, Cameron Highland ni sebenarnya merupakan program 'gathering' bagi keluarga sebelah abah Hakim @ Bukit Kerayong.

Kami sekeluarga turut serta agak lewat kerana Khadija menyertai program di sekolahnya pada pagi Sabtu tersebut.  Kira-kira jam 5.00 petang, baru kami sampai di tapak perkhemahan.  Yang lainnya difahamkan berkonvoi ke sana dan tiba seawal jam 4.00 pagi di tapak perkhemahan ini. 


















Khadija dan Fatihah paling tak sabar nak ke Cameron ni.  Mana taknya, nak jumpa sepupu-sepupu yang majoriti hampir sebaya dengan mereka terutama yang paling rapat si Aqilah.

















Saya dan hero selamanya di hati ini.  Bergambar berlatar belakangkan kawasan tapak perkhemahan.

















Masa ni Khadija dan Fatihah tengah minum petang.  Lebih kurang 10 khemah @ keluarga yang keseluruhannya lebih daripada 40 orang anak cucu Haji Ardani di bawah khemah ini.  Oleh kerana hujan berpanjangan semenjak tengahari, kanvas di pasang di antara khemah bagi memudahkan pergerakan dan aktiviti memasak dijalankan.

















Biras dan kakak ipar yang sibuk menyediakan makan malam.


















Sebahagian sepupu Khadija sebelah abah Hakim yang kalau tak silap semuanya ada 24 orang.

















Masa ni lebih kurang pukul 6.30 petang.  Budak-budak ni disuruh cari kayu nak buat unggun api.

















Menjelang Maghrib, duduk dalam khemah sambil minum susu dalam botol.

















'Game' untuk budak-budak diadakan pada keesokan pagi setelah selesai bersarapan dan khemah masing-masing dikemas.

















Abah Hakim telah diarah untuk mengendalikan 'game' ini.






















Khadija dalam kumpulannya sedang mencari jawapan bagi soalan yang diberi.























Kumpulan Khadija merupakan kumpulan pertama yang berjaya mendapatkan kaca mata hitam seperti yang diarahkan.























Hadiah disampaikan oleh abang Aci @ abang sulung dalam keluarga abah Hakim.  Hadiah untuk 'game' ada, hadiah untuk 'family' pun ada.























Diakhiri dengan gambar si cantik jelita, Nur Khairin Fatihah yang tak lama lagi akan jadi kakak.

Sedikit info tentang Kem Sungai Pauh ~ berlokasi di dalam Jabatan Hutan yang terletak berhampiran Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highland.  Caj RM3.00 seorang dikenakan beserta caj penggunaan elektrik kepada penyewa tapak perkhemahan ini.  Untuk mendapatkan gambar dan maklumat lanjut mengenai tapak perkhemahan ini bolehlah dilayari di Kem Sungai Pauh.




Friday, April 18, 2014

Si Bijak & Si Cerdik Kami

Si bijak gelaran dari kecil abah Hakim untuk anak kami Khadija. Manakala Fatihah pula digelarnya cerdik. Mudah-mudahan panggilan itu menjadi doa buat mereka.























Memenuhi masa cuti sekolah mereka yang terluang dengan menyertai program di E-Library MPK, Jalan Tengku Kelana.



Saya tinggalkan mereka dengan aktiviti yang disediakan oleh staff E-Library.  Sekurang-kurangnya mereka tidak hanya menghabiskan masa menonton tv di rumah wan.  


Cuba menerapkan rasa tanggungjawab, kerjasama dan sukakan persekitaran yang bersih.  Amalan menyuruh anak membantu serba sedikit kerja di rumah pada saya harus dimulakan sejak kecil supaya ia sebati di dalam diri mereka.

Alhamdulillah, walaupun hanya selepas beberapa kali disuruh dan tidaklah terlalu bersih.  Tetapi sekurang-kurangnya ada pelajaran yang diperolehi daripada aktiviti ini.   


Khadija yang sememangnya ringan tulang bagi saya.  Dia ni amat disenangi oleh kawan-kawan bukan sahaja dalam kelas 1 Bestari tapi hinggakan kelas-kelas yang lain turut mengenali Khadija.  Pesanan abah Hakim yang seringkali mama dengar buat Khadija, kalau nak orang hormat kepada kita, kita kena buat baik dengan semua orang, hormat pada kawan-kawan dan guru.  Dari situ saya dapat lihat, Khadija memang berfikiran positif.  Pernah dicerita kepada kami, seminggu selepas masuk tahun 1, beliau telah dipukul di tangan oleh seorang ustaz atas alasan tidak membawa telekung.  Bagi kami kalau atas kesalahan itu, dan selagi tidak mencederakan anak kami.  Kami ambil ia sebagai teguran membina.  

Khadija juga nampak positif, bersemangat ke sekolah setiap hari. Alhamdulillah, mendapat peratusan yang cemerlang (Mumtaz), berada di tempat ke-4 di dalam kelas 1 Bestari dan nombor yang sama daripada keseluruhan 103 orang pelajar tahun 1 untuk peperiksaan prestasi baru-baru ini. 


Adik yang juga akan bersemangat nak tolong kalau kakak ada sama. Kali ni tolong kacau bancuhan tepung cekodok pisang yang diadun oleh abah Hakim.  Kedua-dua mereka memang rajin kalau abah Hakim yang masuk dapur.























Fatihah berpakaian tahfiz.  Ada peningkatan kerana sudah boleh menghafal beberapa ayat awal surah Yasin dalam sebutan yang pelat. Bacaan surah dalam solat juga dapat dihafal dengan baik.  Surah-surah pendek seperti Al-Fatihah, 3 Qul dan beberapa surah lagi juga sering dibaca Fatihah.  Alhamdulillah, semoga Fatihah diterangkan hati dan dilapangkan dada untuk mudah menghafal. 

















Aktiviti baru-baru ini di tadika, anak-anak Yellow Class dapat belajar buat roti.























Seronok dapat main tepung dan uli adunan roti.














Bila tanya Fatihah, mana satu roti yang dia buat.  Jawapan dia agak keliru, tak kenal mana satu.  Yang dia tahu roti dia yang panjang dan bulat.

Seronok dan senang hati bila melihat kedua-duanya 'enjoy' dengan sekolah.  






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...