Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Saturday, August 23, 2014

Happy Birthday Fatihah!

Syukur Alhamdulillah, anak mama dan abah dah 5 tahun pada 16 Ogos lepas.

Sambutan hari jadi Fatihah diadakan di tadika atas permintaan dia sendiri yang sejak beberapa bulan lepas asyik tanya "Bila hari jadi adik?  Adik nak sambut kat tadika tau mama."

















Kek coklat moist yang ditempah dengan mak usu.  Pilihan kartun animasi Frozen - Elsa dan Anna tu juga atas permintaan Fatihah.


Cenderahati yang tak seberapa ~ Penanda Buku yang dibuat khas untuk semua guru di Tadika Ceria Az-Zahrah.  Juga hasil kreativiti mak usu.  Harga untuk setiap satu juga amatlah berbaloi. 

















Untuk kawan-kawan tadika seramai 105 orang dari umur 4 hingga 6 tahun.  Di dalamnya diletakkan set alatulis, belon dan biskut.























Si cilik yang semakin terserlah kecomelannya ~ Nur Khairin Fatihah binti Hakim yang membawa maksud 'Cahaya Pembuka Kebaikan'. Semoga anak mama dan abah menjadi insan yang seiring dengan maksud nama yang diberi.


Susah nak suruh senyum.  Bila tanya kenapa tak nak senyum, alasan dia "Adik malu." 


3 orang sekaligus sambut 'birthday' pada hari yang sama. 


Potong kek setelah bacaan doa dan nyanyian lagu hari jadi beramai-ramai.


Dengan kawan-kawan sebaya. 























Inas antara kawan yang paling rapat dengan Fatihah.


Di rumah permintaan Fatihah cuma nak kek kecil sahaja.  Kalau bab ni memang Fatihah ok.  Tapi kalau bab menangis dan mengungkit dialah nombor 1.


Doa mama buat Fatihah ~ Moga Fatihah diterangkan hati dalam menuntut ilmu, dilembutkan hati untuk mendengar cakap mama dan abah, dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik serta berjaya di dunia dan akhirat.  

Mama, abah dan kakak sayang Fatihah.





Bulan 'Raya'

Antara aktiviti kami yang dirakam sepanjang bulan 'Raya' ni.  


















Menyiapkan mereka berdua ke jamuan hari raya di sekolah masing-masing.  Baju kurung yang sengaja dibuat 'extra' untuk mereka khusus untuk pakai bila ada jamuan di sekolah.


















Sekolah Khadija memang mensyaratkan supaya pelajar memakai tudung dan kasut sekolah.  Itu yang kakak tak boleh bergaya lebih-lebih tu.  Berbeza dengan adik yang memang suka kalau bab melaram ni yang juga menjadikan dia bersemangat bangun awal nak pergi sekolah.























Kemesraan dan keakraban 2 beradik yang bergelak ketawa, bergaduh dan menangis bersama.























Cukup puashati nampaknya mereka berdua sebab dapat bergaya dengan t-shirt gambar kartun animasi Frozen.

















Makan di Pizza Hut bagi membalas hasrat tak jadi berbuka di restoran tersebut pada akhir Ramadhan yang lepas. Abah Hakim yang beria nak berbuka puasa 6 di sana.

















Gambar yang abah Hakim kata dia suka sebab mama dah nampak 'matured'.


Kakak yang semakin dewasa.  Dah boleh bercerita seperti orang dewasa dengan abah dia.


Adik yang suka meraih perhatian dan cari pasal.  Harap perangai dia ni berubah bila dapat 'adik baru' nanti.


















Rendang kerang yang dimasak bersama-sama bagi meraikan raya puasa 6 abah Hakim.


Kerang antara kegemaran abah Hakim.






Wednesday, August 13, 2014

Berbabeque di Hari Raya

Tibalah giliran rumah kami dikunjungi oleh sanak-saudara sebelah keluarga abah Hakim.  Menu yang paling 'simple' kami pilih untuk dijamu pada hari tersebut iaitu dengan kaedah layan diri secara 'barbeque'.

















Antara anak buah yang dah remaja, Ikmal dan Syahmi.  Mereka ni diarah untuk mengendalikan bakar-bakar ni.
















Dapat sambutan yang menggalakkan, sampaikan terpaksa ke Econmart untuk tambah stok daging dan ayam.  Sebelum tu, semua barang 'barbeque' kami beli di Ramly Burger.  Kambing yang dah diperap pun ada.














'Coleslow' yang memang sedap dan segar hasil perapan di dalam peti sejuk.

















Yang paling seronok dah tentulah Khadija dan Fatihah sebab ramai sepupu kenit dia yang datang.  Habis seluruh kawasan luar rumah kami diterokai oleh mereka ini.

















4 daripada 6 orang menantu perempuan sebelah adik-beradik abah Hakim.

















Biras yang agak 'gila-gila' karakternya especially Kak Kiah (baju kuning).


















Antara adik-beradik dan anak buah sebelah abah Hakim.

















Di hari yang lainnya, meraikan adik bongsu abah Hakim, achik Kod yang tidak turut serta sebelum ini kerana beraya di sebelah keluarga suaminya di Penang.  Kami jamukan dengan menu yang paling istimewa, nasi Arab dan ayam percik.

















Nasi Arab.  Resepi yang terhasil daripada 'google' di internet.  Lebih kurang macam nasi beriyani, cuma resepi nasi Arab ni tidak perlu diletakkan susu sejat.  Memang berpuashati dengan hasilnya kerana mendapat pujian daripada tetamu dan isi rumah sendiri.

















Cili yang dimakan dengan nasi Arab.























Inilah dia tetamu kami.  Achik Zaini yang satu-satunya biras lelaki sebelah abah Hakim dan Ziyad Al-Thaqif yang gebu dan cerdik.

Insya'Allah, ada rezeki dan kudrat yang lebih memang kami berhasrat nak jamu mereka dengan kambing golek @ bakar nanti.






Monday, August 11, 2014

Hari Ke-2 Syawal

Raya kedua giliran kami beraya di kampung sebelah abah Hakim pula iaitu di Kampung Bukit Kerayong, Kuala Selangor.  Seawal jam 8.00 pagi kami dah 'ready' untuk ke sana.


















Sebelum tu bergambar dulu dengan baju warna sedondon kami iaitu 'Royal Blue'.


















Masih berempat.  Insya'Allah, tahun depan beraya berlima pula. 

















Keluarga sebelah abah Hakim yang memang 'happening'.  Manakan tidak, adik-beradik abah Hakim je dah 8 orang, cucu yang ada termasuk Khadija dan Fatihah setakat ni 24 orang.  Sebab tu, kalau beraya di sebelah abah Hakim terpaksa korbankan lebih masa sebab dalam kampung tu je boleh dikatakan rata-ratanya merupakan saudara mereka.  Menurut abah Hakim, adik-beradik bapak mertua saya sahaja ada 14 orang, tapi sebahagian daripadanya telah meninggal dunia. 


















Saya menantu perempuan yang bongsu.  Bergambar bersama sebahagian daripada biras, kak Dil, kak Asza, kak Nira dan Kak Kiah beserta anak saudara perempuan.

















Di hari lainnya, beraya di rumah abang sulung abah Hakim @ abang Aci di Bukit Kapar.  Khadija dan Fatihah cukup suka dengan suasana rumah ni sebab sejuk, luas , banyak pokok, banyak rama-rama, ada kolam ikan dan yang pasti menunya setiap tahun memang meletup. 

















Masih gambar di rumah yang sama.  Khadija kalau datang sini mesti nak petik gitar abang sepupunya, Faiq.  

















Gambar mereka berdua yang dah pandai melawa.  Mama pun memang sukakan mereka nampak cantik dan sempurna bila keluar rumah.  Si adik yang masih boleh ikut apa yang mama pilih untuk dia pakai, berbeza dengan kakak yang dah pandai cerewet.  Terutama dalam bertudung.  Kalau dia kata nak pakai tudung bawal, kenalah mama gosok dan pakaikan.  Janji dia seronok dan suka bertudung.























Adik yang susah nak suruh senyum bila bergambar sebab nak sorok gigi depan dia yang rongak.  Apa pun, adik tetap 'cute'.






Friday, August 8, 2014

1 Syawal 1435H

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dan menyambut Syawal 1435H.  Cerita 1 Syawal kami tahun ni berbeza sedikit kerana sepanjang hari tersebut kami beraya di sebelah keluarga saya disebabkan tuntutan tugas abah Hakim yang berkehendakkan beliau 'standby' untuk hari tersebut.

















Kami mengambil peluang merakam kenangan di pagi 1 Syawal sebelum abah Hakim menunaikan solat sunat Aidilfitri.  Abah berjubah, mama berkurung Pahang, kakak dan adik ber'peplum' di Aidilfitri tahun ini.

















Kami.

















Sesi bermaaf-maafan di rumah sendiri lebih 'privacy' bagi kami.

















Giliran kakak Dija pula.


















Ciuman mesra seorang abah kepada anak kesayangannya.


















Fatihah yang tak berapa nak serius bermaafan dengan abah Hakim.























Kakak dengan mama pulak.























Giliran adik dengan mama pula.  Mereka berdua dapat duit raya daripada abah dan mama secara sama rata walaupun adik tak habis puasa penuh sebulan.

















Penyeri hidup kami. 

Selesai sesi bergambar dan bermaaf-maafan, kami ke rumah mak di Telok Gadong.

















Kat rumah wan dan atuk memang 'happening' pagi tu.  Riuh rendah dengan suara si kecil yang comel bergaya dengan baju raya masing-masing beserta laungan takbir raya dari masjid di sebelah rumah wan.


















Bergambar dengan wan dan Wan Alang.  Cucu kecil mak, si Puteri masa ni belum sampai.  Cucu sulung dan kedua iaitu abang Naim dan kakak Sarah juga tidak bersama seperti tahun-tahun sebelumnya yang mana mereka akan beraya terlebih dahulu di Selama, Perak.

















Sesi bermaafan dan pemberian duit raya.


















Bersalaman dengan atuk dan dapat duit raya lagi.

















Adik agak 'ngam' dengan atuk sebab setiapkali merajuk mesti ke bilik atuk minta simpati.

















Bergambar dengan Nurdeen Sani dan Yusuf iaitu 2 pupu mereka.

Rumah mak semakin riuh menjelang tengahari dengan kehadiran adik beradik mak @ mak sedara @ pak sedara kami.  Lebih 'happening' bila mereka datang dengan anak menantu dan cucu mereka untuk menjenguk mak yang juga merupakan kakak sulung mereka.


Bergambar di halaman rumah pusaka.  Inilah sebahagian daripada keluarga besar kami yang agak "mesra kamera".  Ada lagi yang lain, tengah menjamu selera.























Petang raya, kami berbesar hati menerima kunjungan daripada sepupu sebelah saya.  Memang 'happening' masa ni.



Gambar adik-beradik saya bersama keluarga masing-masing.  Hanya kakak sulung yang tidak bersama kami di 1 Syawal.  Kiriman gambar mereka dihantar melalui WhatsApp kepada kami.























Keluarga bahagia di dunia hingga ke syurga.  Insya'Allah.

Doa saya, semoga kami diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia untuk bertemu dan berkumpul di Syawal tahun-tahun akan datang.  Amin.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...