Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, November 26, 2014

Khairin Fatihah Di Hari Bakat TCAZ

Majlis Hari Bakat dan Anugerah Tadika Ceria Az-Zahrah tahun ni saya tak dapat turut serta.  Hanya abah Hakim dan kakak Khadija menyaksikan Fatihah beraksi di atas pentas.  Majlis yang berlangsung pada 26 Oktober 2014 di Hotel Crystal Crown, Klang adalah bagi meraikan pelajar 6 tahun.  Fatihah yang baru 5 tahun hanya hadir untuk membuat persembahan sahaja.























Buku aturcara dan senarai penerima anugerah.  Seperti kebiasaannya, program yang dianjurkan oleh TCAZ memang terbaik.  Dari segi pemberian 'goodies' untuk pelajar dan ibubapa juga tidak terkecuali mendapat cenderahati.  Kali ni majlis bertemakan alam di dasar laut.  Oleh kerana saya dari awal memang tahu tak dapat hadir, maka saya tidak teruja untuk buat apa-apa persediaan untuk mengikut tema hari tersebut.

















Kakak Khadija yang setia menemani abah Hakim.  























Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki tetamu jemputan bagi perasmi majlis tersebut.























Ibu Zarah yang boleh dijadikan contoh seorang ibu, pendidik, majikan dan pemimpin yang baik.  Saya tabik dengan sikap beliau yang peramah dan pandai menyantuni semua peringkat umur.


















Persembahan pertama Fatihah iaitu nasyid mengenai Nabi Yunus dan ikan nun. 

















Fatihah saya lihat cenderung kepada hafalan.  Tak kira lagu atau surah apa yang didengar mudah sahaja dia menghafal.


















Selesai persembahan pertama.



'Ready' untuk persembahan kedua.  Semua gambar Fatihah di belakang pentas dirakam oleh kakak Khadija.

















Muka agak masam.  Rasanya masa ni, Fatihah mula tak selesa sebab tiba-tiba suhu badan naik.  Fatihah demam.

















Menari dengan diiringi lagu 'Under The Sea'. 


Mujur ada kawan.  Kalau tak dah tentu sepanjang majlis kakak Dija boring.  Aisyah Sufea anak teacher Shikin peneman kakak Dija.

Tahun terakhir Fatihah di TCAZ.  Insya' Allah tahun hadapan, Fatihah berhijrah ke tadika lain pula.  Bukan kerana TCAZ tidak bagus tetapi 2 tahun di sana, Fatihah kami lihat terlalu 'selesa' dengan suasana di sana. TCAZ terbaik bagi kami.  Terima kasih kepada semua pendidik di TCAZ di atas ilmu yang telah dicurahkan buat Fatihah.  Doa kami, semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala yang berterusan untuk guru-guru ini hendaknya.






Tuesday, November 25, 2014

Baby Muhammad

Introducing our new baby ~ Muhammad Harraz bin Hakim yang membawa maksud 'Yang Terpuji, Amat Warak'.  Nama yang dipilih bersama oleh kami setelah imbasan beberapakali semasa membuat pemeriksaan menyatakan kami bakal mendapat baby boy.   



Dilahirkan beberapa hari sebelum 'due date' yang dijangkakan iaitu hari Rabu, 15 Oktober 2014, jam 4.31 petang dengan berat 2.87 kg di Hospital Bersalin Razif, Klang.  Alhamdulillah, bersalin secara normal dengan melalui proses 'induced' selama beberapa jam.  






















Bersama wan sementara menunggu proses 'discharged'.  Raut muka Muhammad saling tak tumpah macam kakak Fatihah semasa baby, kata wan.


















Ini merupakan kali kedua saya bersalin di hospital ini.  Kenapa kami memilih Hospital Bersalin Razif?  Apa yang boleh saya katakan, saya bersyukur kerana mendapat perkhidmatan dan layanan serta pulangan yang memuaskan dari apa yang kami bayar disini.  Alhamdulillah, saya tidak melalui pengalaman yang buruk disini. Saya amat berpuashati dengan doktor yang merawat semasa membuat pemeriksaan rutin sehinggalah ke proses bersalin. 

Dan yang bestnya dua kali  bersalin disini, banyak juga 'sample' barangan yang diberikan oleh hospital ini. Kali ni siap dapat kain bedung dan topi untuk baby.

















Baby Muhammad Harraz di hari ketujuh.






















Bertahnik yang dilakukan pada hari ketujuh iaitu selepas abah Hakim solat sunat Dhuha. Ditahnik dengan sedikit madu, tamar dan air zam zam.

Semoga Muhammad Harraz membesar dengan sihat dan menjadi anak kebanggaan mama dan abah dengan ketinggian agama, akademik yang cemerlang dan akhlak yang baik seiring dengan maksud nama yang diberi. Amin.





Alhamdulillah


Alhamdulillah, Syukur sangat-sangat...... dengan kurniaan daripadaNya, seorang Putera buat penyeri hidup kami.  Terima kasih Allah.

















Inilah dia Putera kami yang bakal menjadi penghafaz 30 juzuk Al-Quran, imam, pemimpin dan pelindung kami.  Itu impian abah Hakim.  






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...