Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Saturday, January 10, 2015

School Holiday ~ Part 3

Makan tengahari di Restoran Warisan, Bayu Perdana antara aktiviti mereka yang sempat dirakam pada cuti sekolah kali ni.














Restoran ni agak selesa dan ada pelbagai menu disediakan. Sementara menunggu menu yang di 'order' siap, makan pengat pisang dulu.


Aqilah Anis pun turut serta kami.  Aqilah ni sebaya usianya dengan Fatihah.  Cuti sekolah kali ni Aqilah dan Angah duduk rumah wan lebih kurang sebulan.  Dalam tempoh tu, banyak masa Aqilah dihabiskan di rumah kami.  Seronok kata dia sebab dapat main dengan kakak Khadija dan Fatihah.














Selepas makan, kedai buku Popular di AEON Bukit Tinggi menjadi lokasi singgahan kami.  Tujuan abah Hakim bawa anak-anak untuk beli buku latihan buat mereka.














Muhammad Harraz yang tersangatlah baik.  Tak meragam langsung. Good boy.  Alhamdulillah, ketiga-tiga anak mama sewaktu usia kecil begini tak banyak ragamnya.

Kena beringat juga bila berjalan bawa anak kecil ni.  Jalan tak boleh terlalu lama dan sebaiknya dah berada di rumah sebelum menjelang lewat petang.  Itu antara yang kami praktikkan dari dulu.


Hanya Khadija yang bersungguh-sungguh memilih buku.  Fatihah dan Aqilah lebihnya main.























Kakak Khadija yang sudah boleh diharap untuk menjaga adik-adik. Cuma adakalanya dia akan merungut bila dia dah terlalu penat melayan kerenah adik-adik yang tak dengar kata.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...