Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, January 12, 2015

School Holiday ~ Part 5

Sepanjang cuti ni juga berkali-kali Khadija dan Fatihah meminta dibawakan mereka ke Perpustakaan Komuniti Sungai Udang.  Namun, disebabkan kekangan masa, minggu terakhir cuti baru dapat saya bawa mereka ke sana.  Sebanyak 2 kali juga saya berulang ke perpustakaan ini, itu pun atas desakan mereka berdua.

Perpustakaan ini walaupun telah dirasmikan semenjak tahun 2013, namun baru beberapa bulan yang lepas ianya beroperasi mengikut jadual yang tertera.  Perpustakaan ini dikendalikan di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.  Maklumat lanjut mengenai perpustakaan ini boleh diperolehi di sini

Bertuah kami penduduk di kawasan DUN Selat Klang ini kerana mempunyai perpustakaan yang didirikan berhampiran.  Banyak manfaat yang boleh diperolehi bukan sahaja untuk pelajar tetapi juga golongan dewasa.  Kemudahan wifi secara percuma juga disediakan di perpustakaan ini.



































Perpustakaan yang jaraknya kurang 5 minit perjalanan dari rumah wan di Telok Gadong.  Memang 'best' dan mesra pengguna sebab pelbagai kemudahan disediakan disini.  Bagi saya untuk memupuk anak-anak suka membaca, aktiviti sebegini seeloknya dimulakan dari kecil yang mana jika tidak berkesempatan membawa mereka pada hari bekerja, perpustakaan ini juga dibuka pada hari Sabtu minggu tertentu sehingga jam 5.00 petang.







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...