Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, February 3, 2015

Kenapa Saya Berblog?

Ada ustazah sekolah Khadija dah jumpa blog ni!  Malu dan segan, takut nanti dianggap 'poyo' dan 'riak' bila cerita dan gambar yang dimasukkan di dalam blog ini diketahui ramai.  Kenapa saya berblog? Apa yang boleh saya katakan, saya berblog ini hanyalah untuk merakam detik indah perjalanan kehidupan kami yang penuh warna-warni ini. Dari menulis juga, dapat membangkitkan semangat dan motivasi kepada diri sendiri, suami dan anak-anak. Kata-kata pujian bagi saya merupakan doa yang adakalanya tak dapat diluahkan dengan butiran tutur kata tetapi lebih jujur diluahkan di dalam bentuk penulisan.  Ada juga 'entry' yang saya selitkan info atau maklumat sebagai panduan kepada pembaca.  Mungkin juga ada yang perasan, setiap cerita dalam blog ini hanyalah cerita mengenai keluarga kami, saya memang tidak akan selitkan cerita-cerita lain yang bimbang akan menyentuh sensitiviti orang lain.  Saya hanya akan menulis perkara yang baik-baik sahaja kerana saya tahu satu hari nanti anak-anak saya juga akan membaca setiap cerita di dalam blog ini.

Kalau ada yang perasan juga, setiap 'entry' saya tak sah kalau tak secara bergambar.  Jadi, 'entry' kali ni, saya kongsikan mengenai ~














Buku-buku aktiviti yang diedarkan oleh Tadika PASTI.



Memang berbaloi, dengan yuran tahunan yang tidak sampai RM600.00, pelajar akan diberikan buku-buku ini.  Yuran tu juga termasuk dengan pakaian seragam dan bayaran untuk aktiviti sepanjang tahun.  Reaksi Fatihah bila dapat buku-buku ni, dia nampak begitu teruja.  Bersemangat nak belajar dan ada perubahan, Fatihah dah semakin lancar membaca tapi masih untuk perkataan dua suku kata.


Jadual kakak Khadija.  Dengan mengambil idea daripada blogger lain, kaedah ini mama gunakan bagi membantu jimatkan masa Khadija semasa susun buku mengikut jadual setiap hari.  


Label tu sengaja tak dilekatkan di bahagian tulang buku supaya Khadija akan turut semak tajuk buku sebelum simpan di dalam beg.














Alhamdulillah, Khadija dilantik sebagai Penolong Ketua Kelas.  Satu permulaan yang baik untuk Khadija. Memang impian dia nak pegang jawatan ini.  Mulanya kawan rapat Khadija iaitu Shahirah yang dilantik memegang jawatan ini tetapi disebabkan Shahirah menolak jawatan tersebut, Khadija pula dipilih ustazah. Dah rezeki Khadija barangkali. Abah dan mama memang galakkan Khadija pegang apa-apa jawatan dan aktif di sekolah.  Diharap Khadija terus konsisten dan komited dengan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada dia.














Dah lama tak menggunakan oven.  Bila baca blog Miza Zamani Ahmad tentang kesedapan Lasagna Roti, terus sahaja 'plan' nak  buat.  Lagi pun bahan-bahannya agak mudah.  Cara buat pun senang dan tak ambil masa yang lama.



Sedap.  Boleh buat lagi.  Cumanya Khadija dan Fatihah tak gemar makanan seperti ini.  Yang akan habiskan cuma mama dan abah.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...