Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Saturday, February 14, 2015

Selera Makan

Cara pemakanan sehari-harian kita memang perlu dijaga jika inginkan tubuh badan yang sihat.  Apa yang paling ditakuti bila makanan menjadi punca kepada penyakit yang dihidapi seperti diabetes dan darah tinggi. Pada saya, cara pemakanan juga perlu dikawal selain daripada untuk mengelakkan daripada penyakit tetapi juga daripada perkara yang paling saya takuti iaitu pertambahan berat badan @ obesiti.  Alhamdulillah, berat badan saya masih tidak banyak beza dengan berat badan dahulu.  Cara pemakanan yang paling saya jaga ialah makan malam tidak melebihi jam 8.30 malam setiap hari dan tiada istilah makan/minum lewat malam atau 'supper' di rumah kami.

Kadang-kadang terfikir juga, baik makan sahaja selagi berselera kerana bila dah sakit, nikmat makan itu dah tiada rasa apa-apa. Namun, pesan saya pada diri sendiri dan pembaca, makanlah selagi berselera tetapi biarlah secara berpada-pada atau tidak terlalu berlebihan kerana apa yang kita kerap makan di dalam kuantiti yang banyak itulah yang menjadi punca kepada setiap penyakit yang kita hidapi.  'Entry' kali ni khusus gambar berkaitan dengan selera mata hingga turun ke perut ~














Tanaman kami yang menjadi bulan Februari ni ialah pisang tanduk dan pisang nangka.














Berkali-kali kami buat pisang goreng cheese.  Oleh kerana buat sendiri, habis keseluruhan pisang disira dengan taburan cheese dan susu pekat beserta coklat rice.  Sungguh puas menikmatinya berbanding dengan pisang goreng cheese yang kami beli sebelum-sebelum ini.  Dahlah harganya boleh tahan, segala-galanya kurang, baik dari segi pisang yang belum cukup masak hinggalah ke taburan sira di atasnya.



Pokok daun bawang yang terhasil daripada semaian bawang merah.














Lauk gulai @ kari ayam yang sekarang ni dah jadi kesukaan Khadija dan Fatihah.  Tak puas makan di rumah wan, saya masak sendiri. Saya memang gemarkan lauk yang berkuah seperti ini.  Memang 'best' sebab selain dari makan dengan nasi boleh juga diratah makan bersama roti atau paling tidak dengan biskut kering empat segi.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...