Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, February 15, 2015

Uji Bakat Qari Junior Musim 4 @ Sri Pentas, TV3

Satu pengalaman yang baru buat Khadija bila mana dia menghadiri uji bakat rancangan Qari Junior musim 4. Uji bakat ini dijalankan di stesen televisyen terkemuka negara TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama, Damansara yang berlangsung pada 7 Februari 2015 telah melakar sejarah di dalam diari zaman kecil Khadija.

Mulanya, kami mengetahui mengenai pencarian peserta bagi rancangan Qari Junior ini daripada Ustaz Ahmad menerusi facebook beliau.  Ustaz Ahmad, mantan mudir Khadija semasa belajar mengaji teknik Al-Baghdadi di Pra-Tahfiz Az-Zahrah mempelawa bekas pelajar beliau yang berbakat dan berminat untuk menyertai uji bakat tersebut. Bila kami tanyakan kepada Khadija, 'respond' yang diberikan amat positif, beliau dengan yakin dan berani ingin mencuba.


Gambar terkini Khadija yang kami kepilkan bersama Profil yang perlu dibawa pada hari uji bakat.  

Melalui pencapaian Khadija yang telah beberapakali menyertai pertandingan hafazan mewakili tadika PASTI dan Pra-Tahfiz Az-Zahrah dengan membawa pulang beberapa anugerah beserta pencapaian di dalam kelas tilawah di tahfiz Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Farabi, kami yakin bakat yang ada tidak seharusnya disia-siakan.  Apa salahnya mencuba?  Bukan kemenangan atau glamour yang kami mahu, tetapi pengalaman baru dan berharga itu yang penting buat Khadija untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi kelak. 























Khadija dan Fatihah.  

Uji bakat bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.  Kami tiba agak lewat sekitar jam 2.30 petang kerana abah Hakim mendahulukan Mesyuarat PIBG sekolah Khadija.























Khadija yang bersemangat dan teruja untuk mencuba sesuatu yang baru.  Mama lagilah teruja sebab sebenarnya baru pertama kali menjejakkan kaki ke Sri Pentas, TV3 ini.



Bergambar di hadapan bangunan Sri Pentas, TV3.

Sebenarnya, berlaku insiden semasa kami hendak memasuki bangunan ini.  Kami dan lebih kurang 10 keluarga lagi telah dihalang memasuki bangunan dengan alasan peserta uji bakat melebihi daripada sasaran. Penerbit khuatir sesi uji bakat tidak dapat dihabiskan sekiranya tiada had untuk peserta yang masuk.  Mujur dalam ramai-ramai, ada seorang dua ibu yang bertegas untuk masuk dan akhirnya dengan izinNya, kami semua dapat mendaftar untuk uji bakat ini.  


Alhamdulillah.  Khadija dapat nombor 200 daripada 235 peserta keseluruhan yang mendaftar untuk sesi uji bakat ini.

Saya ada terdengar beberapa ibubapa yang bertanya di meja urusetia yang mana sesi uji bakat Qari Junior untuk musim sebelum ini hanya dihadiri tidak lebih daripada 70 peserta dan uji bakat berakhir awal. Tahun ini penerbit tidak sangka mendapat sambutan penyertaan melebihi daripada yang disasarkan.  Itu yang daripada sepatutnya pendaftaran ditutup pada jam 5.00 petang diawalkan ke jam 2.00 petang.  Bukan silap kamilah yang datang lewat nikan?














Adik yang setia menemani kakak dari mula sampai akhir.  Bila nak daftarkan dia sekali untuk saja 'test' keupayaan dia, cepat-cepat Fatihah kata tak nak.  Tak 'sporting' langsung si adik.  Sangat berbeza dengan kakak Khadija.  Tapi mama dan abah Hakim tahu, Fatihah ni malu tapi mahu.  'Next time' kalau ada lagi, kita cuba pula ya, adik!


Kami melepak dan makan-makan di kafetaria yang tersedia di lobi Sri Pentas.  Mujur ada kafe kalau tak memang boring.  Nak 'window shopping' di One Utama sebenarnya boleh je, tapi disebabkan malas nak menapak dan susah nak mencari 'parking', adalah lebih baik kami lepak disini sahaja.  

Masa ni lebih kurang pukul 6.00 petang, peserta yang baru diuji bakat baru sampai 120 orang.  Bayangkan, giliran Khadija pukul berapa agaknya?














Khadija bergambar dengan abang Elly Iskandar.  Sungguh peramah dan boleh diajak berborak.  

Sesi uji bakat berhenti untuk solat Maghrib dan Isyak dan bersambung sekitar jam 8.30 malam.  Dimulai dengan nombor sekitar 140 ke atas. Kali ni nampaknya agak laju uji bakat yang dijalankan memandangkan masa telah lewat malam.  Saya dapati ramai juga peserta yang telah lama menunggu menarik diri dari uji bakat ini.














Giliran Khadija tiba akhirnya lebih kurang pukul 9.50 malam. Alhamdulillah.    


Khadija diminta memperkenalkan diri dan menceritakan serba sedikit latar belakang beliau.  Nampak Khadija agak tertekan juga, manakan tidak biasanya pukul 10.00 malam ni, dia dah tidur. 


Khadija nampak begitu yakin dengan lantunan suara yang nyaring mengalunkan surah Al-Fatihah seperti yang diminta oleh Elly Iskandar. Dalam masa lebih kurang 5 minit juga Khadija di temuramah.  

Syabas Khadija! Mama dan abah amat bangga dengan kamu. Menghadiri sesi uji bakat dengan berani dan yakin sudah membuatkan kami bangga dengan kamu.  

Keputusan uji bakat ini sekiranya terpilih akan diberitahu kemudian oleh pihak penerbit rancangan.  Jika tidak terpilih sekali pun di sesi yang seterusnya, mama dan abah dah cukup berpuashati dengan pencapaian kamu kerana kami tahu semua peserta yang hadir termasuk kamu adalah anak-anak yang hebat pencapaiannya. Tambahan pula, peserta yang dipilih kena lengkap kriteria yang dikehendaki oleh penerbit seperti boleh bertaranum, menghafaz, ceria, comel dan bijak.

Kalau terpilih, Syukur Alhamdulillah...... tapi kena fikir juga sebab dengarnya peserta kena beri komitmen penuh setiap hujung minggu untuk rakaman rancangan Qari Junior musim 4 sepanjang bulan April dan Mei ini.

*** Mujur tak bawa baby Muhammad Harraz, kalau tak mesti tak selesa.






1 comments:

cempakabiru said...

Wahh..bestnyer boleh join qari junior?tahun ni dah lepas ke?mcamner nak join uji bakat ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...