Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, March 29, 2015

Dalam 1 Hari

Hari yang sama bawa Muhammad Harraz pemeriksaan bulanan, mama ambil cuti.  Cuti khusus untuk luangkan masa sepenuhnya dengan anak-anak disebabkan cuti sekolah seminggu.























Selesai urusan Muhammad Harraz, kami bawa kakak Khadija dan Fatihah buat pemeriksaan gigi pula. Berurusan lebih mudah sebab baby Muhammad kami tinggalkan dengan wan.























Dengan nombor giliran masing-masing.  Urusan kami pagi tu berjalan lancar.  Lokasi seterusnya memperbaharui insurans dan 'road tax' kereta mama.  Urusan juga dipermudahkan dengan mengambil masa kurang 15 minit.

Disebabkan kelapangan masa, abah Hakim putuskan untuk ke Pejabat Pos I City, Shah Alam.  Bersekali mengambil baucer skim TAWAS yang kami daftarkan untuk baby Muhammad Harraz.  Urusan perbaharui 'road tax' juga lancar di Pejabat Pos I City yang tiada orang.














Bila dah sampai di I City.  Mereka berdua terlalu 'excited' tak nak balik.  Apa lagi?  Bergambarlah kami sepuas-puasnya di sana.




























Hampir 1 jam kami di dalam kawasan taman tema I City, hanya untuk bergambar.  Jadilah kan?  Hiburkan hati Khadija dan Fatihah.



'On the way' balik, kami singgah makan cendol dan rojak di tepi jalan di Seksyen 7, Shah Alam.  Sekali-sekala menikmati suasana makan di kawasan terbuka.  























Memang 'enjoy' sampai bertambah-tambah.


Aktiviti hari tu tak berakhir di situ sahaja sebab Khadija dan Fatihah masih tak puas berjalan.  Ambil baby Muhammad Harraz terus kami bawakan mereka berdua ke Perpustakaan Komuniti, Sungai Udang.














Khadija siap kena 'sound' dengan 'Librarian' sebab buka 'game'.  Ni semua abah Hakim sebab ikutkan sangat cakap Khadija.  














Suasana dan keadaan dalam perpustakaan waktu cuti sekolah ni dipenuhi dengan pelajar sekolah rendah yang bukannya datang untuk membaca atau mengulangkaji tetapi bermain game.  Kesian dengan 'Librarian' yang bertugas sibuk menegur budak-budak yang membuat bising tapi tak diendahkan mereka.























Mama dan Muhammad Harraz yang hanya duduk memerhati aktiviti kakak Khadija dan Fatihah. Pengawasan yang lebih dilakukan oleh abah Hakim.  Kalau tak mereka berdua pun sama buat bising juga dalam 'library' ni.

Jadilah, walaupun tak berjalan jauh, tapi aktiviti yang kami lakukan bersama-sama amat bermakna.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...