Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, March 20, 2015

Hot Air Balloon @ Putrajaya

Jalan-jalan ke Putrajaya kali ni khusus sebab nak tengok belon panas. Memang tak rancang, lepas solat subuh pagi Sabtu hari pertama cuti sekolah, terus abah Hakim suruh kami cepat-cepat siap sebab kononnya nak tengok belon panas yang terbang pada awal pagi. 


Muhammad Harraz memang budak bijak.  Seakan-akan dah faham nak dibawa berjalan, punyalah dia suka. Dalam kereta paling 'best' dia memang tak meragam.  Tidur di sepanjang perjalanan kami ke sana.














Sampai di Putrajaya lebih kurang pukul 8.15 pagi.  Tak sempat nak tengok belon panas berterbangan di ruang udara Putrajaya.  Mujur Khadija dan Fatihah ok, taklah merengek atau mengungkit.














Kami siap tapau makanan, kononnya nak duduk berkelah tapi tikar lupa nak bawa.  Nasib baik ada banyak kerusi disediakan di tepi tasik Putrajaya ni.

Tasik Putrajaya yang terletak di sebelah Masjid Sultan Mizan @ masjid besi ni memang 'best'.  Kami terhibur dan rasa macam nak berbasikal sama bila lihat ramai yang menunggang basikal di sini. 



Seterusnya kami berjalan sehingga ke jeti cruise Putrajaya.  Melepasi jeti ni ada taman yang memang 'happening' dengan aktiviti.  Saya agak teruja dengan keadaan sebegini.  Rasa tenang dan damai betul suasana di sini walaupun kehangatan cuaca pagi mula terasa.  Disini ada pemuzik jalanan @ busker yang sedang menjadi fenomena di Malaysia ketika ini sedang bermain alat muzik cuba mempamerkan bakat mereka melalui persembahan jalanan.  



Di salah satu bahagian taman ada 'canopy @ booth' yang menjual peralatan buih sabun.  Kami tak beli set yang ditawarkan tetapi hanya menyewa 2 peralatan dan buih sabun dengan bayaran RM5.00 setiap satu. 













Salah satu bahagian padang yang dipenuhi pengunjung.  Rasanya ada majlis hari keluarga @ 'reunion' sebabnya mereka datang bersama ahli keluarga dengan memakai t-shirt yang sama.  



Abah Hakim melayan anak-anak main buih sabun.














Kali kedua bermain 'giant bubble' selepas pernah bermain di padang Setia City Mall tak lama dulu.














'Best'kan?  Kami sengaja main di tempat tak ramai orang.














Dah puas main buih sabun, kami ke tapak belon panas diletakkan. Gambar tak rakam barangkali. Disebabkan cuaca agak panas, abah Hakim putuskan nak lepak-lepak jaga 'baby' Muhammad.  Apa lagi, kami bertiga meneruskan jalan-jalan cari makan di tapak gerai yang ada. 














'Very good boy'.  'Like father, like son'.  Alhamdulillah, memang 'enjoy' ke Putrajaya walaupun tak dapat tengok belon panas berterbangan di ruang udara.  Akan datang, kalau ada lagi nak datang waktu petang pula tengok belon panas.  Tapi tunggu Muhammad Harraz besar sikit.  Boleh jalan puas-puas.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...