Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, March 20, 2015

Kami dan Cicak Man 3

Sempena cuti sekolah, banyaklah 'movie' yang ditayangkan di pawagam untuk kanak-kanak.  Oleh kerana dah sekian lama kami tak menonton wayang, apalagi bila ada je cerita yang menepati piawaian kami (ada terselit jenaka, aksi dan kasih-sayang), makanya kami pun menontonlah Cicak Man 3.














Balik dari Putrajaya, mandi segarkan badan, tukar baju dan terus kami ke MBO, Harbour Place, Klang.



Mak cik Ain ikut serta.  Baby Muhammad Harraz kami tinggalkan dengan wan kejap.























Mereka ni agak berbelah  bagi sebab nak tengok cerita Cinderella, tapi disebabkan keputusan di tangan abah Hakim, makanya semua akur dengan pilihan cerita Cicak Man 3.














Tak menyesal pilih Cicak Man, sebab tak bosan menonton dari mula hingga akhir.  Berbeza dengan Cicak Man sebelum-sebelum ini.  Kalau suruh bagi bintang, saya nilaikan 9/10 bintang kepada filem ini.














Mereka yang langsung tak bosan.  Tak pula mengungkit @ menuntut nak tengok cerita Cinderella.  Siap minta tengok cerita yang sama lagi lepas ni. Tahniah Yusry KRU, 'best' cerita ni.  Kualiti gambar dan animasi terbaik. Setanding filem luar negara.  Bangga dengan cerita-cerita terbitan KRU Films.  Boleh dikatakan tak pernah mengecewakan bila keluar panggung.







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...