Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Saturday, March 28, 2015

Muhammad Harraz @ 5 Months

Alhamdulillah, baby Muhammad Harraz, cinta hati mama dah 5 bulan. Muhammad Harraz nampaknya membesar dengan sihat, bijak dan aktif. Setakat ni, perkembangan dia juga mengikut usia dan dah pandai macam-macam ~
  • Meniarap, terlentang sendiri, dah mengundur dan pandai depangkan tangan dan sedang usaha nak angkat bontot.  Rasanya tak lama lagi dah boleh merangkak.
  • Dah pandai minta diangkat @ dukung bila nampak kami.
  • Mulut agak riuh.  Rasanya cepat juga dia ni bercakap.
  • Senang sangat nak jaga terutama pada waktu malam.  Tidur seawal jam 9.00 malam dan hanya bangun bila menjelang subuh. Setakat ni, tak pernah lagi meragam tengah malam minta susu. Akan datang tak taulah bila dah banyak akal.
  • Kuat menyusu di siang hari sebab menyusu botol dengan susu Anmum (sedap barangkali rasa susu Anmum dari S26 sebelum  ni).
  













Gambar ni abah Hakim rakam sebelum bawa Muhammad Harraz ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan bulanan.  Kami dapatkan pemeriksaan dan imunisasi untuk Muhammad Harraz di klinik kesihatan kerajaan sepertimana kakak Khadija dan Fatihah. Walaupun agak menguji kesabaran kerana perlu menunggu giliran yang lama, tetapi berbaloi dengan perkhidmatan yang diterima kerana tiada sebarang bayaran yang dikenakan.

Cuaca panas sepanjang bulan Mac ni juga menguji tahap kesabaran kami, Muhammad Harraz demam, batuk dan ruam yang teruk di sekitar muka.  Kesian dia.  Hanya dengan 'Calamine lotion' yang diharapkan untuk mengurangkan kegatalan ruam tu.














Berat badan tak berapa nak naik, hanya 6.4 kg.  Takpe, janji sihat dan ada kenaikan.


Anak mama yang bijak, baik dan 'handsome'.  Sayang Muhammad Harraz.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...