Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, April 22, 2015

Kesayangan Kakak ~ Muhammad Harraz

Alhamdulillah, Muhammad Harraz dah 6 bulan.  Dah pandai macam-macam.  Sama bijak macam kakak-kakaknya juga.




Dah hampir-hampir nak merangkak.  Meniarap dah sampai separuh rumah.  Jadi kena pastikan lantai dalam keadaan bersih sebab Muhammad Harraz akan meneroka.  Selalunya bila ada 'sesuatu' yang dia tertarik dia akan cuba untuk sampai ke lokasi itu, contohnya macam kakak sedang main, dia akan usaha untuk sama-sama 'join'.














Muhammad Harraz bukan seorang yang 'pemakan' agaknya.  Tak berapa gemar bila disuapkan bubur.  Mungkin kena rajin buat puri buah-buahan kot.  Tunggulah bila mama rajin dan ada kelapangan masa.


Boleh bermain seorang bila ditinggalkan sendirian.














Tak banyak ragam.  Amatlah senang menjaga Muhammad Harraz.














Sangat disayangi oleh kakak-kakaknya.  Muhammad Harraz lah yang dicari kakak sebaik bangun dari tidur.  Tak henti-henti juga dicium kakak sebelum mereka ke sekolah.























Kalau Muhammad Harraz bangun seawal 5.00 pagi, dialah yang temankan abah duduk di tikar sembahyang.  Teman abah mengaji Al-Quran.  Mudah-mudahan surah-surah yang dibaca dapat meresap di jiwa Muhammad Harraz.























Muhammad Harraz yang disayangi.  Semoga kamu menjadi anak soleh yang berjaya di dunia dan akhirat.  Kamulah kebanggaan mama dan abah.






Monday, April 20, 2015

Laman Kami

Sekarang ni saya dah tak risau lagi bila hujan lebat.  Sebabnya, laluan keluar masuk ke rumah kami dah berturap.  Alhamdulillah.  Kalau dulu, asal hujan lebat sikit, habislah kereta dan tayar yang bersih dipenuhi air becak.

Saya dan abah Hakim terbuka hati nak turap laluan ni setelah selesai kenduri akikah yang mana disebabkan banyak kenderaan yang keluar masuk, telah menerukkan lagi struktur tanah di situ.














Akhirnya, pada awal April kami cukupkan juga bajet untuk tujuan turapan ini.  Hanya dengan 2 lori besar dan bajet tak sampai RM2,000.00 termasuk JCB untuk meratakan tar ini.














Agak luas pemandangan hadapan rumah kami yang juga merupakan tanah @ bahagian Kak Ti, kakak sulung saya.  Oleh kerana kami yang duduk di sini, jadi urusan pembersihan semak-samun adalah di bawah tanggungjawab kami.  Jadi, hampir setiap hujung minggu, abah Hakim terpaksa menghabiskan masa untuk membersihkan samada rumput @ semak-samun di bahagian hadapan atau belakang rumah.


Pandangan dari arah hadapan laluan menuju ke rumah kami.














Alhamdulillah, syukur di atas kurniaan rezeki dari Ilahi.  Rumah yang akan kami duduki sehingga ke hari-hari tua kami.  Insya'Allah.  Semoga Allah berikan kami sekeluarga kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia.  Amin.






Saturday, April 18, 2015

Temasya Sukan Al-Farabi 2015

Diam tak diam, pejam celik, dah 2 tahun Khadija di Sekolah Islam Al-Farabi.  Makanya, 2 kali jugalah kami hadir ke temasya sukan yang diadakan.  Selain untuk memberikan semangat kepada Khadija, hadirnya kami sebagai ibubapa juga adalah bagi memberikan sokongan kepada aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pada saya, penat lelah tenaga pengajar melatih anak-anak ini selama hampir sebulan perlu dibayar sekurang-kurangnya dengan meramaikan majlis yang dianjurkan.  Pasti mereka akan tersenyum puas apabila melihat majlis yang dianjurkan mendapat sambutan, meskipun jelas mereka keletihan. 














Suasana di temasya sukan yang diadakan pada Sabtu, 11 April 2015 bertempat di Stadium Sultan Sulaiman, Klang.  Bagi saya anak jati Klang, stadium ini antara kebanggaan kami di Klang.

Sebenarnya kami datang agak lewat, hampir jam 10.00 pagi. Mendahulukan Khadija ke sana dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak sekolah bagi memberikan laluan kepada saya untuk menyelesaikan tugas rutin pagi Sabtu iaitu mengemas, menggosok dan menguruskan baby Muhammad Harraz.  Mujur wan tak ke mana-mana, baby Muhammad kami tinggalkan pagi tu dengan wan.  Dalam pada tu, sempat juga abah Hakim, mama dan Fatihah 'breakfast' di Baba dan Ayu Corner, tepi sungai.



Khadija yang semakin hitam merelit (kata orang utara).



Rasanya ada lebih 10 buah gerai yang mana rata-ratanya menjual air minuman. Budak-budak memanglah suka sebab dapat bebas berbelanja kalau diberikan wang saku berlebihan pada hari tersebut.



Tak terkecuali dengan Khadija.  Habis basah tudung masa dia hisap ais krim Malaysia ni.



Abah Hakim yang setia merakam setiap aksi anak kesayangan dia ni. Tak cukup dengan ais krim, diteguk pula dia air sarsi yang kami bawa.



Khadija sertai 2 acara.  Acara pertama dinamakan 'tarik bola'.  Acara ni memang untuk pelajar perempuan tahun 2.

Pada saya yang setiap hari sepulangnya Khadija dari sekolah akan bertanyakan soalan yang sama, "Macam mana latihan hari ni? Seronok tak?"  Khadija pasti jawab, "Seronok mama, rumah biru selalu menang nombor satu masa latihan."



Khadija memang komited dengan sesuatu tugasan.  Nampak dia adalah harapan untuk rumah biru.  Khadija diletakkan sebagai peserta terakhir untuk menamatkan perlawanan.



Untuk acara ni, Khadija agak tertekan.  Pada saya, rezeki tidak menyebelahi rumah biru.  Tiada sebarang pingat untuk rumah biru bagi acara ini.  Disebabkan ketegasan sukarelawan yang menjaga rumah biru berbanding rumah yang lain, ada beberapakali rakan yang gilirannya sebelum Khadija diminta mengulang berbanding rumah lain. Kesian Khadija, menangis sebab kalah.  



Acara kedua yang Khadija sertai adalah acara untuk tahun 3.  Acara yang dinamakan 'pasangan bola'. Alhamdulillah, dapat pingat emas. 














Khadija yang hebat bagi kami.























Khadija dengan pingat emas yang dimenanginya.  Walaupun hanya 1 pingat yang dibawa balik, tapi mama dan abah Hakim amat berbangga dengan kamu.  

Alhamdulillah, keputusan Ujian Prestasi 1 (UP1) bulan Mac baru-baru ni, Khadija masih mengekalkan tempat pertama di dalam kelas 2 Bestari dan keseluruhan tahun 2.  Mumtaz untuk Khadija.  Mama dan abah amat berharap kejayaan ini berterusan buat kamu Khadija, Fatihah dan Muhammad Harraz.

*** Khadija semakin dikenali di sekolahnya sebab ada beberapa kakak dan ustazah yang dah baca blog mama ni.  Khadija ada cerita yang kakak Nur Ain Nadhira, tahun 5 Bestari ada tanyakan dah 'update' cerita sukan ke belum.  Nampaknya mama kena rajin 'update' blog ni, kalau tak kakak Dija kena tolong mama nanti.












Sunday, April 12, 2015

Kami Berbarbeque

Sekali sekala berubah selera makan bakar-bakar pula.  Menu pilihan kami yang paling mudah dan senang sebab hanya kami sekeluarga yang berbarbeque.  Ikan cencaru, ikan kembung, sosej dan daging burger sahaja.  Mujur pak usu Meor sekeluarga datang 'join', kalau tak mesti berlebihan.













Abah Hakim yang setia membakar dari mula hingga selesai.


Ikan cencaru yang diperap dengan rempah resepi sendiri.  Asalkan ada rasa, kira oklah tukan.  Lagi pun ikan yang dibakar dipadankan dengan air asam.














Nampak macam sikit.  Tapi bila dah makan, terasa kekenyangannya.














Katil baby Muhammad Harraz yang kami tolak hingga ke depan pintu. Kesian.  Kami yang lain di luar, dia sorang kena duduk dalam rumah. Tu pun dia dah pandai merengek minta diangkat.


Kakak Khadija yang kononnya nak bakar sendiri daging burger.














Akhirnya, abah juga yang tolong.

'Best'.  Lain kali boleh buat lagi tapi kena cari satu masa yang semua ahli keluarga boleh 'join'.






Thursday, April 9, 2015

Apa Mereka Buat?

Karakter yang berbeza di antara Khadija dan Fatihah.  Khadija lebih gemar membaca atau menulis jika masa terluang selain menonton televisyen.  Berbeza dengan Fatihah yang suka bermain anak patung atau masak-masak. 

Hujung minggu, celik je mata perkara pertama yang Fatihah cari adalah mainan.  Memang berbeza dengan Khadija yang akan mencari bahan bacaan atau paling tidak pegang pensil dan buku nota.  Entah apa-apa cerita pendek yang akan ditulisnya.


Khadija dah boleh harap susukan adiknya, Muhammad Harraz.  Tapi dalam pada menyusukan adiknya, dia sibuk membaca buku cerita yang dipinjam di Perpustakaan Sungai Udang.

Fatihah pula dengan aktivitinya bermain sorang-sorang disebabkan Khadija memang tak minat langsung main anak patung atau masak-masak.  Tak pernah saya lihat Khadija belai anak patung atau pun main olok-olok sedang memasak.  Tak suka kata dia.














Selesai habis sebotol susu, adik Muhammad Harraz ditinggalkan keseorangan.  Mana kakak-kakak ni?














Oh, kakak Khadija tolong Fatihah.  Tolong ke main sama?














Baca buku, baca buku juga.  Tapi kalau dah namanya budak, sekejap je boleh bertahan.  Dalam 15 minit dengan sesuatu keadaan.  Bosan membaca, bermain juga dia akhirnya.

Inilah aktiviti kakak Khadija dan kakak Fatihah yang mana tak lama lagi adik Muhammad Harraz pun akan ikut 'join'.






Tuesday, April 7, 2015

Bunga-Bunga Cinta

Gambar bunga-bunga orkid yang sedang berkembang di halaman kami yang dirakam dari sudut berbeza.































Terus terang saya katakan, saya tidaklah menjaga terlalu rapi atau membelai pokok orkid ni.  Namun, kerap pula ianya berbunga.  Salah satu tips yang boleh saya kongsikan ialah hanya dengan jirusan air basuhan beras yang dilakukan setiap hari sahaja telah menampakkan hasil yang pokok-pokok ini kerap mengeluarkan bunganya.  Alhamdulillah.  






Saturday, April 4, 2015

Our Golden Time

Dengan adanya 'smart phone', tablet atau iPad, saya dapati masa bersama di rumah lebih ke arah menghayati 'gadjet' berbanding berbual.  Situasi ni tak terkecuali di dalam keluarga kami.  Jadi, saya rasakan masa yang terbaik dan fokus untuk bersembang, bertanyakan aktiviti seharian atau apa-apa sahaja adalah di meja makan dan semasa di dalam kereta.  Untuk itu, saya sarankan sementara anak-anak masih kecil ini, mulakanlah dengan membudayakan makan bersama-sama sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.  Kalau tak dapat semasa sarapan, sekurang-kurangnya makan malam perlulah bersama-sama duduk di meja makan.  Situasi ini perlu dibudayakan dari sekarang bagi mengelakkan ianya 'janggal' bila masing-masing dah dewasa kelak.  














Gambar ni saya rakam semasa kami duduk lepak sambil  makan aiskrim di McDonald's AEON Bukit Tinggi.  Jalan-jalan yang tidak 'plan'.  Tu pasal masing-masing taklah bersiap rapi. 














Budak bijak yang tersangatlah baik.  Senang dibawa berjalan. Tinggalkan sahaja dia dengan abah, mama dan kakak-kakak boleh jalan-jalan 'shopping' berjam-jam lamanya tanpa Muhammad Harraz.














Makan aiskrim di McD, makan ayam di KFC.  Adilkan?  Dapat duduk di dua restoran dalam hari yang sama.














Mereka berdua yang akrab.  Teman bergaduh, ketawa dan menangis bersama.

Hargailah detik bersama anak-anak terutama semasa mereka masih kecil ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...