Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Saturday, April 18, 2015

Temasya Sukan Al-Farabi 2015

Diam tak diam, pejam celik, dah 2 tahun Khadija di Sekolah Islam Al-Farabi.  Makanya, 2 kali jugalah kami hadir ke temasya sukan yang diadakan.  Selain untuk memberikan semangat kepada Khadija, hadirnya kami sebagai ibubapa juga adalah bagi memberikan sokongan kepada aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pada saya, penat lelah tenaga pengajar melatih anak-anak ini selama hampir sebulan perlu dibayar sekurang-kurangnya dengan meramaikan majlis yang dianjurkan.  Pasti mereka akan tersenyum puas apabila melihat majlis yang dianjurkan mendapat sambutan, meskipun jelas mereka keletihan. 














Suasana di temasya sukan yang diadakan pada Sabtu, 11 April 2015 bertempat di Stadium Sultan Sulaiman, Klang.  Bagi saya anak jati Klang, stadium ini antara kebanggaan kami di Klang.

Sebenarnya kami datang agak lewat, hampir jam 10.00 pagi. Mendahulukan Khadija ke sana dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak sekolah bagi memberikan laluan kepada saya untuk menyelesaikan tugas rutin pagi Sabtu iaitu mengemas, menggosok dan menguruskan baby Muhammad Harraz.  Mujur wan tak ke mana-mana, baby Muhammad kami tinggalkan pagi tu dengan wan.  Dalam pada tu, sempat juga abah Hakim, mama dan Fatihah 'breakfast' di Baba dan Ayu Corner, tepi sungai.



Khadija yang semakin hitam merelit (kata orang utara).



Rasanya ada lebih 10 buah gerai yang mana rata-ratanya menjual air minuman. Budak-budak memanglah suka sebab dapat bebas berbelanja kalau diberikan wang saku berlebihan pada hari tersebut.



Tak terkecuali dengan Khadija.  Habis basah tudung masa dia hisap ais krim Malaysia ni.



Abah Hakim yang setia merakam setiap aksi anak kesayangan dia ni. Tak cukup dengan ais krim, diteguk pula dia air sarsi yang kami bawa.



Khadija sertai 2 acara.  Acara pertama dinamakan 'tarik bola'.  Acara ni memang untuk pelajar perempuan tahun 2.

Pada saya yang setiap hari sepulangnya Khadija dari sekolah akan bertanyakan soalan yang sama, "Macam mana latihan hari ni? Seronok tak?"  Khadija pasti jawab, "Seronok mama, rumah biru selalu menang nombor satu masa latihan."



Khadija memang komited dengan sesuatu tugasan.  Nampak dia adalah harapan untuk rumah biru.  Khadija diletakkan sebagai peserta terakhir untuk menamatkan perlawanan.



Untuk acara ni, Khadija agak tertekan.  Pada saya, rezeki tidak menyebelahi rumah biru.  Tiada sebarang pingat untuk rumah biru bagi acara ini.  Disebabkan ketegasan sukarelawan yang menjaga rumah biru berbanding rumah yang lain, ada beberapakali rakan yang gilirannya sebelum Khadija diminta mengulang berbanding rumah lain. Kesian Khadija, menangis sebab kalah.  



Acara kedua yang Khadija sertai adalah acara untuk tahun 3.  Acara yang dinamakan 'pasangan bola'. Alhamdulillah, dapat pingat emas. 














Khadija yang hebat bagi kami.























Khadija dengan pingat emas yang dimenanginya.  Walaupun hanya 1 pingat yang dibawa balik, tapi mama dan abah Hakim amat berbangga dengan kamu.  

Alhamdulillah, keputusan Ujian Prestasi 1 (UP1) bulan Mac baru-baru ni, Khadija masih mengekalkan tempat pertama di dalam kelas 2 Bestari dan keseluruhan tahun 2.  Mumtaz untuk Khadija.  Mama dan abah amat berharap kejayaan ini berterusan buat kamu Khadija, Fatihah dan Muhammad Harraz.

*** Khadija semakin dikenali di sekolahnya sebab ada beberapa kakak dan ustazah yang dah baca blog mama ni.  Khadija ada cerita yang kakak Nur Ain Nadhira, tahun 5 Bestari ada tanyakan dah 'update' cerita sukan ke belum.  Nampaknya mama kena rajin 'update' blog ni, kalau tak kakak Dija kena tolong mama nanti.












0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...