Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, June 21, 2015

Kisah Kakak Khairin Fatihah

Alhamdulillah, syukur dapat bersua lagi Ramadhan 1436H.  'Entry' bulan Ramadhan yang pertama tahun ni mengenai kakak Fatihah.
















Kakak Fatihah semasa baby.  Lebih kurang macam Harraz kan?













Wajah Harraz yang banyak mirip kakak Fatihah.  

Bercerita mengenai Fatihah, perkembangan Fatihah setakat ini bagi saya amat membanggakan.  Fatihah dapat nombor 12 daripada 30 pelajar di kelas Impian Firdaus di PASTI Darul Ulum II.  Tahniah Fatihah! Satu permulaan yang di luar jangkaan kerana peratusan bagi setiap pelajaran yang dia perolehi kebanyakannya 90% ke atas.  Bagi saya, perkembangan dia selama 5 bulan berada di PASTI dengan nombor 12 itu memang boleh dibanggakan.  Khususnya bila dia boleh 'score' untuk matapelajaran Jawi dan Bahasa Arab yang dia tak pernah belajar pun sebelum ini.  Menurut ustazah yang mengajar Fatihah semasa sesi perjumpaan untuk mengambil rekod prestasi, pelajar di dalam kelas Fatihah iaitu Impian Firdaus majoritinya pelajar yang bijak. Kebanyakannya telah belajar di PASTI semenjak usia 5 tahun lagi.

Pesan kami buat Fatihah, usaha lagi untuk mendapat markah yang lebih tinggi dalam peperiksaan akhir tahun nanti.  Insya' Allah.














Fatihah ni sikapnya tak boleh kurang daripada kakak Khadija.  Apa yang kakak dapat atau buat mesti dia pun nak.  Contohnya gunting rambut.  Baru-baru ni kedua-dua rambut mereka kami gunting. Rambut pendek lebih mudah diurus menjelang bulan Ramadhan yang panas.


Makan-makan di McDonald's sebelum puasa supaya bila dah puasa nanti tak teringat-ingat nak makan McD.  

Semoga Fatihah dilapangkan dada dan diterangkan hati untuk mudah menerima ilmu.  Mama, abah, kakak dan adik sayang Fatihah. 






Sunday, June 14, 2015

Last Day Cuti-Cuti ~ Day 3 @ Melaka

Selesai 'check out' rumah rehat seawal jam 9.00 pagi, kami ke lokasi seterusnya iaitu Melaka.  Sebenarnya ke Melaka ni, tiada dalam perancangan awal.  Kami hanya putuskan nak ke Melaka bila mana rasanya di Port Dickson ni tak ada apa-apa yang menarik untuk dibawa balik ke Klang.  Kalau di Melaka, ada belacan, cencaluk dan kudap-kudapan yang menarik.

Sebelum bercerita mengenai Melaka, ingin saya anugerahkan 4 daripada 5 bintang bagi penginapan kami di rumah rehat Sime Darby. Keluasan, kebersihan, kemudahan dan yang paling penting keselesaan di rumah rehat ini memang terbaik.  Tetapi ada beberapa yang perlu ditambahbaik oleh pihak pengurusan iaitu dari segi hiasan dalaman, kemudahan astro dan wifi.  Namun secara keseluruhannya kami semua berpuashati dan mungkin akan 'repeat' lagi ke sini.  Insya' Allah.




Pusat bandaraya Melaka satu-satunya lokasi yang sempat kami singgah.  Maklum sahajalah dengan keadaan Melaka yang jalannya agak sesak di sana-sini telah membataskan perjalanan kami dalam beberapa jam di sana.


Dataran Pahlawan.


Rugi rasanya kalau ke Melaka tak rakam gambar di kota A' Famosa.














Susah betul nak ambil 'mood' budak-budak ni dalam keadaan cuaca yang panas dan bahang.














Kami.


Budak-budak bergambar di beca.


Kami sekeluarga, family Pak Ngah Hakim dan Mak Ngah Shima.


Family Pak Lang Aswadi dan Mak Lang Saleha.


















Family Pak Cik Ajib dan Mak Cik Nor.



Family Pak Usu Meor dan Mak Usu Anis.














Abah Hakim yang 'sporting' dan sangat 'caring'.  T-shirt yang mereka pakai ni kami beli kat karnival di pantai Teluk Kemang sebagai kenang-kenangan.  Walhal, kat GM Klang pun ada jual t-shirt macam ni.













Abah Hakim tunaikan janji dengan mereka berdua yang merengek nak naik basikal ni.














Kakak dan adik yang saling memerlukan.














Puteri tumpang sekaki naik sekali basikal yang dikayuh kakak Khadija.

Sebelum bertolak balik ke Klang, kami makan tengahari di salah satu restoran asam pedas berhampiran dengan Dataran Pahlawan. 

Diakhiri dengan gambar kakak Khadija yang kepenatan.  Masuk je kereta terus dia 'booking' tempat paling selesa.  Tak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling, dia tidur sepanjang perjalanan kami balik ke Klang.

Alhamdulillah, percutian yang santai dan seronok.  Walaupun agak penat melayan kerenah anak-anak tetapi kami bersyukur kerana percutian ini pun dirancang untuk menggembirakan mereka.  Lain kali kami 'plan' nak bercuti beramai-ramai lagi.  Yang pasti lokasi seterusnya mesti ada 'swimming pool', permintaan dari Khadija dan Fatihah.






Barbeque ~ 2nd Night @ Port Dickson

Kami berbarbeque pada malam kedua kami di PD.  Aktiviti yang memang kami dah rancang sebelum ke sana.














Lepas solat Maghrib, para suami sibuk menyediakan peralatan untuk berbarbeque di luar.  Kami pula lepak-lepak sambil menonton televisyen di dalam.














Ayam dan  bahan-bahan lain barbeque semua beli di PD kecuali tempat bakar kami bawa sendiri.  Ayam ni kami perap sejak pagi lagi dengan sos barbeque.  Memang 'best' rasa dia, tak perlu susah-susah nak merempah bila nak berbarbeque, hanya beli sos yang memang khas untuk barbeque.  Senang saja kan?














Fatihah main buih sabun.  Budak-budak ni memang suka dapat main kat luar.  Disebabkan susah nak kawal, Puteri Hasya anak Pak Usu Meor jatuh berdebum malam tu kat tepi longkang.  Mujur tak ada kecederaan yang serius.














'Best' dapat suami yang memahami.  Selesai bakar, mereka siap hidangkan kat dalam untuk kami. Alhamdulillah.






Muzium Tentera Darat Port Dickson ~ Day 2

Aktiviti petang hari kedua kami diteruskan dengan ronda-ronda sekitar Port Dickson.  Lokasi utama yang kami 'plan' mesti pergi adalah Muzium Tentera Darat yang terletak di Kem Si Rusa yang mana tiada sebarang bayaran dikenakan untuk memasuki muzium ini.

Berpandukan 'waze', perjalanan dari Batu 9, PD ke Kem Si Rusa mengambil masa yang singkat yang mana kami tidak melalui jalan utama tetapi melalui jalan pintas atau jalan dalam.  Mujur juga 'waze' memberi panduan tidak berdasarkan laluan jalan utama PD yang sememangnya sesak dengan kenderaan pada hujung minggu.














7 daripada 11 cucu Atuk Ariff dan Wan Ani.


Mereka yang teruja.  Bagus juga bila mereka berpakaian sama, senang nak awasi ke mana mereka pergi.  























Mama dan 3 buah hati anugerah Ilahi.














Kedua-duanya semakin cerewet bila dah besar ni.  Ada sahaja yang tak puashati antara satu sama lain.























Kami lagi.














Macam-macam ada di muzium ni.  Memang berbaloi bawa anak-anak ke sini sebab selain dapat jalan-jalan cuci mata, semangat cintakan keamanan negara dapat disemai dijiwa mereka sejak kecil lagi.














Mereka yang comel.  Sama seperti kanak-kanak lain, akan meragam bila dah penat berjalan.  Mulalah merengek nakkan air minuman, nak didokong dan macam-macam lagilah.














Khadija jadi ketua sebab dia paling 'kakak' dalam group ni.














Seronok dapat bebas.


Nak masuk dalam kapal terbang, tak dibenarkan.  Jadilah mereka dapat bergambar di luar.























Abah Hakim dengan anak-anak.



'Selfie'.

Bagi yang merancang bercuti ke PD, bolehlah jadikan Muzium Tentera Darat ini sebagai salah satu lokasi yang 'mesti' dilawati kerana memang  berbaloi.  Macam-macam tinggalan sejarah ada disini.






Saturday, June 13, 2015

Bercanda Di Tepian Pantai ~ Day 2

Lepas 'breakfast', pagi hari kedua kami di Port Dickson diteruskan dengan aktiviti mandi manda di pantai. Seawal jam 8.00 pagi dalam suasana yang agak nyaman dan sejuk, kami dah berada di tepi pantai. Semuanya teruja dan bersemangat.  Saya yang petang sebelumnya tak berendam dalam air menyimpan hasrat nak turut sama membasahkan diri pagi tersebut.














Semangat betul abah Hakim dan kakak Khadija.  Manakan tidak, dah pandai berenanglah katakan.














Sementara menunggu giliran nak berendam dalam air, kami duduk santai-santai melayan anak-anak main pasir.














Istana pasir.  Aqilah ni bila diamati betul-betul, agak cenderung dengan aktiviti seni.  Diam-diam ubi berisi dia ni.














Agak ke tengah laut juga mereka ni.  Punyalah bising mulut saya menjerit mengingatkan mereka jangan berenang terlalu jauh. 














Si busuk mama yang turut sama berendam.














Abah Hakim mengawasi setiap gerak geri Khadija di dalam air. 


Pak Lang Aswadi yang 'enjoy' berendam sorang-sorang bila ketiga-tiga anak dia sibuk main pasir.














Pak Cik Ajib dan Firdaus.  Abang Faris memang tak 'sporting', langsung tak nak main air.














Mereka yang suka sangat-sangat dapat bebas main pasir.  Kalau kat rumah memang takde can punya dapat pegang pasir.

Kami 4 beradik.  Siapa paling 'cute'?  Kalau tanya kat abah Hakim, tentulah sayakan?

















Si bapak-bapak dengan anak masing-masing.  Alhamdulillah, semua dikurniakan pasangan yang 'sporting' dan soleh.























Kami.























Disebabkan terlampau suka main pasir,  mereka main sekejap-sekejap saja kecuali Khadija.  Bila kami kata, cepat kemas, nak balik rumah rehat.  Masing-masing mula bising nak sambung mandi.  

















Alhamdulillah.  Legasi Atuk Ariff dan Wan Ani.






Celebrate Birthday Khadija ~ 1st Night @ Port Dickson

Aktiviti sebelah malam pula, kami hanya menghabiskan masa bersantai di rumah rehat sahaja.  Oleh kerana tarikh birthday Khadija yang ke - 8 tahun beberapa hari sebelum kami ke PD, saya memang dah rancang nak sambut birthday dia di sana.  Makanya, aktiviti kami malam itu di rumah rehat agak riuh rendah dengan sambutan birthday kakak Khadija.














Kek yang didatangkan khas dari Klang.  Hasil tangan wan usu. Semuanya atas permintaan Khadija sendiri.


Mereka yang teruja. 














Dah besar kakak Khadija.  Mama doakan kakak sentiasa menjadi yang pertama.  Anak pertama mama dan abah, pertama dalam segala urusan dunia dan akhirat.  Semoga Khadija terus cemerlang, panjang umur, sihat tubuh badan dan murah rezeki.














Acara bertukar-tukar hadiah.  Hadiah kami berjaya dimiliki oleh keluarga Pak Usu Meor.  Manakala kami pula dapat hadiah daripada keluarga Pak Cik Ajib.  Syukur Alhamdulillah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...