Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, June 12, 2015

Mandi Manda Pantai Port Dickson ~ Day 1

Aktiviti kami petang yang sama diteruskan bermandi manda di pantai Port Dickson.  Bila mengimbau kenangan lebih sedekad yang lalu ketika menuntut di Politeknik PD, rupanya inilah pantai yang seringkali menjadi tempat lepak saya dan rakan sekursus.  Memang berubah sama sekali keadaan persekitaran di situ yang mana laluan yang saya dan rakan-rakan rentasi dahulunya merupakan belukar telah bertukar menjadi bangunan resort yang tumbuh bagai cendawan. Memang 'happening'.  

Rumah rehat @ banglo yang kami duduki bukanlah terletak betul-betul di tepi pantai.  Jarak di antara banglo dan pantai adalah lebih kurang 200 meter.  Maka berjalanlah kami beramai-ramai dengan perasaan teruja yang nyata jelas tergambar di wajah anak-anak yang tak sabar nak mandi laut.


Rupa-rupanya bukan Khadija dan Fatihah sahaja yang tak takut air. Sepupu yang lain pun sama kecuali Faris yang agak cerewet.  Tak suka air laut kononnya sebab kotor dan berbau ikan, kata dia.  














Muhammad Harraz pun nampaknya suka dengan air. 














Mereka yang suka main pasir.  Nak bina istana pasir kononnya.


Pak cik Ajib, mak cik Nor dan Firdaus.  














Like father, like son.  Mama love both of you.














Khadija yang dah pandai berenang tapi teringin juga nak pakai pelampung.














Adik yang lebih banyak di daratan berbanding di dalam air.  Ada geng yang sekepala dengan dia iaitu Aqilah dan Angah.  














One happy family.

Aktiviti kami pada petang hari pertama berakhir sebelum pukul 6.30 petang.  Kena tinggalkan laut awal sebab si kecil dah mula meragam. Makanya, bergeraklah kami ke rumah rehat kembali untuk bersihkan diri dan persediaan untuk program pada sebelah malamnya pula.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...