Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Saturday, January 31, 2015

Abah Hakim Yang Superb!

Awal tahun ni kami ditinggalkan dalam 5 hari bila mana abah Hakim dengan rela hati memenuhi tuntutan tugas beliau menyertai misi sukarelawan membantu mangsa banjir di Kelantan.  Mujur misi yang diatur oleh pihak Kerajaan Negeri ini berakhir sehari sebelum sesi persekolahan 2015 dibuka.  Kalau tidak menangislah kami dan yang paling utama mestilah mama sebab terpaksa menguruskan sendirian anak-anak.


Abah Hakim ditugaskan mengetuai pasukan dari Majlis Perbandaran Klang.  Menurut abah Hakim, pihak Kerajaan Negeri telah berhubung dengan PBT di sana sebelum pasukan dari PBT negeri Selangor tiba. 














Bajet hotel, tempat penginapan mereka selama berada di sana.


Skop tugasan mereka khusus tertumpu kepada pembersihan.

Apa yang abah Hakim ceritakan, keadaan di sana amat menyedihkan dan tidak boleh digambarkan dengan perkataan.

Mama dan anak-anak amat berbangga dengan abah.  Walaupun bantuan yang diberikan hanyalah tenaga, bukan wang ringgit tetapi cukup bermakna kepada mangsa-mangsa tersebut.

Sesungguhnya kami amat berbangga punya insan yang 'superb' di mata dan hati kami.  Alhamdulillah.






Wednesday, January 21, 2015

Day 2 @ Colmar Tropicale

Cerita dan gambar hari kedua kami di Bukit Tinggi, Pahang.














Pilihan hotel juga mestilah terdapat 'breakfast' sekiranya harga bilik yang kami pilih RM200.00 ke atas. Barulah berbaloi.  Masa ni kami berjalan menuju ke kafe.  Nak ke kafe perlu melalui deretan bangunan @ "pekan" ni juga.














Nasib agak baik.  Macam-macam pilihan makanan ada disini.  Bagi saya kalau ada nasi lemak, mee goreng, telur separuh masak, bubur nasi, roti canai dan pelbagai pilihan 'pastry', dah cukup terbaik bagi saya. 














Mereka berdua cukup 'enjoy' dengan pilihan makanan yang ada.  Tapi biasalah budak-budak, benda pertama yang dicari adalah bijirin + susu.














'First round' saya merasa roti canai dulu. 























Masih 'maintain' dengan berat badan 48 kg.  Syukur Alhamdulillah.























Selesai makan sepuas-puasnya, kami berjalan menuju ke hujung bangunan untuk mendapatkan 'shuttle bus' @ 'tram' yang disediakan untuk mereka yang menginap di hotel ini untuk ke Japanese Village dan Botanical Garden.  














Mama dan abah.























Abah Hakim dan anak-anak.























Lengkap sekeluarga.














Mereka di dalam 'tram'.  Sebenarnya saya dan Muhammad Harraz tak ikut serta.  Memikirkan perlu berjalan dan memanjat tangga di taman-taman tersebut, adalah lebih baik kami berdua tidak turut sama.














Merakam detik dan panorama indah di sana.























Bergambar lagi.














Lagi ..........























...... dan lagi.























Ni kat rumah Jepun agaknya.


Kakak-kakak Muhammad Harraz yang sangat bijak dan comel. Seronok dapat jalan.














Sekembali mereka ke hotel, abah Hakim sibuk menguruskan daftar keluar kami, saya pula mengawasi aktiviti mereka berdua yang sedang menunggu untuk mendapatkan belon dari abang badut.














Maskot garfield.














Main kejar dan tangkap belon buih.  Nampak 'happy' sangat dia orang berdua.























Selesai daftar keluar, kami berjalan sekali lagi di "pekan" ini sebelum bertolak balik.  Rupanya ada program menyediakan roti sepanjang 80 meter yang disusun atas meja sempena sambutan Hari Krismas keesokan harinya.























Suka-suka merakam gambar bersama wanita French barangkali yang didatangkan khas sempena dengan program Hari Krismas di situ (agaknya).














Sebelum meninggalkan Bukit Tinggi, singgah dulu di Rabbit Farm. Walaupun hujan gerimis, tetap diteruskan juga membawa mereka ke sini.  Mama dan baby terpaksa duduk dalam kereta sahaja.  Disini bayaran sebanyak RM3.00 seorang dikenakan. 














Selain arnab, ada juga rusa dan kura-kura di situ.  Sesuai untuk mereka yang ada anak-anak kecil di bawah usia 7 tahun sebab ada juga 'playground' di dalam kawasan ladang ini.























Percutian yang singkat bersama mereka bertiga.  Walaupun tak banyak aktiviti di sini dan agak mati kutu sebab tak ada tempat shopping yang best, tapi dapat juga saya beli 'fridge magnet' bagi menambah koleksi yang ada.

Yang penting mereka yang saya sayang 'happy'.

*** Dalam pada 'happy', ada juga yang merungut dan mengungkit-ungkit (Khadija) sebab tak dapat mandi kolam.






Saturday, January 17, 2015

Day 1 @ Hotel Colmar Tropicale

Hotel Colmar Tropicale ni kami tempah secara 'online' di booking.com. Dengan harga RM270.00, agak berpuashati juga kerana kami diberikan "bilik" yang luas bersekali dengan ruang tamu, ruang makan dan 'pantry'.  














Mereka yang 'happy' sebab dah dapat masuk bilik.














'Pantry'.














Meja solek juga terletak di luar bilik.














'Toilet' yang jubinnya pada saya agak klasik.  Khadija dan Fatihah suka sebab ada 'bathtub'.














Bilik dengan hiasan ala-ala Inggeris.














Ruang makan bersebelahan 'pantry'.  

Pada saya yang telah berkali-kali tidur di hotel dan masih di dalam bilangan ahli keluarga yang kecil sebenarnya tidak sukakan ruang yang luas untuk kami.  Saya lebih suka bilik yang bersekali dengan sofa, televisyen dan ruang 'pantry'.  Bila terlalu besar, rasanya agak janggal, saya di dalam bilik keseorangan dan anak-anak dan abah Hakim di luar menonton televisyen.  Maklumlah, saya ni penakut dan suka fikirkan yang bukan-bukan.  



Anak yang baik, tak banyak kerenah.  Baring atas sofa pula.  Dah penat dipegang dan duduk dalam 'stroller'.























Pemilihan lokasi bercuti juga mengambilkira kemudahan kolam renang yang "mesti ada" di lokasi tersebut. Lebih kurang pukul 4.00 petang, mereka berdua tuntut janji daripada abah Hakim.  Minta dibawakan mereka mandi di kolam renang.  Mulanya mereka berdua nak keluar dari bilik dengan baju renang. Mujur abah Hakim minta mereka pakai baju renang di dalam sebab lokasi kolam renang berada di hujung bangunan hotel dan kena melalui "pekan" ini.  

Mama dan Muhammad Harraz tinggal dalam bilik sahaja disebabkan lokasi kolam renang yang agak jauh dari bilik dan perlu menuruni anak tangga.























Mereka berdua yang 'frust' tak dapat mandi kolam sebab cuaca terlalu sejuk dan hujan renyai-renyai. Fatihah agak tidak kisah, berbeza dengan Khadija yang merungut katanya tak 'best' sebab tak dapat mandi kolam.  Bak kata Fatihah, "Frozenlah kakak, air sejuk dan beku."  Balik bilik, terus sahaja abah Hakim penuhkan air dalam 'bathtub' dengan harapan dapat memenuhi hajat mereka nak berendam dalam air.  























Hanya mereka bertiga yang keluar berjalan di "pekan" ini pada sebelah malam.  Mulanya jalan untuk 'survey' kedai makan selain restoran makanan barat, tapi agak hampa sebab kedai makan yang ada mengambil masa 20 minit perjalanan dari sini.  Disebabkan khuatir berdepan dengan risiko sekiranya kedai makan yang dituju tutup, maka kami putuskan sahaja untuk dapatkan 'Room Service' bagi makan malam kami.






Cuti-Cuti ~ Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian 2 hari 1 malam di Colmar Tropicale ni bersempena dengan dah lama kami tak bercuti.  Ianya juga hadiah buat Khadija kerana berjaya tunaikan janjinya untuk dapat nombor 1 dalam peperiksaan akhir tahun. Dalam masa yang sama, apalah salahnya ada rezeki lebih, kami raikan diri kami yang telah penat bekerja dengan menghabiskan percutian dengan bermalam di hotel.  Disebabkan saya baru habis berpantang, percutian kami anjakkan ke akhir bulan Disember 2014.

Lokasi ini kami pilih kerana ianya tidak terlalu jauh atau terlalu dekat dengan Klang.  Kalau diikutkan memang nak bercuti ke lokasi 'favourite' saya iaitu Langkawi atau Melaka yang rasanya memang tak jemu-jemu walau dah beberapakali menjejakkan kaki ke sana. Namun, memikirkan yang kami turut membawa baby Muhammad Harraz yang baru masuk 2 bulan ketika itu, kenalah cari lokasi yang terhampir.

Colmar Tropicale merupakan 'French Themed Resort' yang dimiliki oleh Berjaya Hills Bhd.  Masuk ke kawasan ini dikenakan bayaran iaitu RM12.00 untuk dewasa dan RM8.00 untuk kanak-kanak.  Bayaran meliputi bayaran masuk ke Colmar Tropicale, Japanese Garden dan Botanical Garden.  Manakala untuk ke Animal Park setiap pengunjung dikenakan bayaran RM3.00.  Jika menginap di hotel Colmar Tropicale, bayaran masuk boleh dituntut semula sewaktu 'check out'.


Oleh kerana sampai awal, sedangkan belum masanya untuk 'check in', kami lepak di ruangan lobi hotel. Cuaca di luar juga hujan ketika ini.  























Pertama kali bawa baby Muhammad Harraz bercuti.  Alhamdulillah, langsung tak meragam walaupun cuaca teramatlah sejuk.  Masa ni musim hujan lebat sedang melanda kawasan pantai timur semenanjung.  


3 harta akhirat kami.  Amanah yang perlu dipelihara.

Kami ke sini sehari sebelum sambutan hari Christmas.  Kawasan sekitar hotel agak 'happening' dengan hiasan sempena Christmas dan nyanyian lagu ala-ala Disney.  Terasa seperti kami berada di luar negara pula.


Anak soleh yang baik.  Tidur, jaga, menyusu itu sahajalah kerja Muhammad Harraz.



Disebabkan terlupa bawa payung, sedangkan cuaca di luar hujan tak berhenti walaupun tidaklah lebat, terpaksa jugalah abah Hakim beli payung.  Sementara nak tunggu masa 'check in' mereka bertiga 'survey' dulu tempat-tempat yang ada di "pekan" ini.  


Latar belakang dan suasana di sini memang cantik.  Rugi kalau tak ambil gambar mereka banyak-banyak.























Macam berada di luar negarakan?























Waktu dah masuk tengahari tapi suasana macam awal pagi, nampak segar sangat.


Di kedai makan.  Satu yang tak 'best' kat Colmar Tropicale ni adalah susah nak cari tempat makan.  Dengan ramai pengunjung yang datang, restoran yang ada agak terhad.  Yang ada cuma menjual roti dan makanan 'western' yang harganya rata-rata RM20.00 ke atas. Harga bagi saya masih ok seperti di tempat lain, cumanya takkan nak makan 'western food' 2 hari disini.  Nak tak nak, sebelum 'check in' kami makan dulu di salah satu restoran yang ada.  Mujur ada bawa banyak juga stok makanan ringan untuk kudap-kudap dalam bilik hotel nanti. 


'Enjoy our precious time together'.  Alhamdulillah.






Friday, January 16, 2015

Cerita Muhammad Harraz Pula

Anak mama yang baik dan bijak Muhammad Harraz dah 3 bulan. Alhamdulillah, Muhammad Harraz sihat, tak banyak ragam dan mudah untuk menjaganya.  Sedihnya mama nak tinggalkan Muhammad Harraz untuk kembali bekerja. 




Seawal jam 7.00 pagi dah kena hantar ke rumah wan.  Alhamdulillah, wan masih nak jaga Muhammad Harraz.  Mama harap Muhammad Harraz tak buat kerenah bila ditinggalkan dengan wan.  Kesian wan nanti.






Tuesday, January 13, 2015

Kami Tak Sabar Nak Sekolah!

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2015 dah pun bermula.  Terdengar perbualan mereka berdua 2 minggu sebelum persekolahan, "Adik tak sabarlah kakak nak pergi sekolah."  Balas si kakak pula, "Ha'ahlah, kakak pun, best dapat jumpa kawan-kawan." 

Tahun 2015, Khadija memasuki darjah 2 dan masih berada di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Farabi. Fatihah pula masih di tahun akhir di tadika.  Cumanya, Fatihah kami tukarkan ke Tadika PASTI Darul Ulum II yang bertujuan untuk mengenalkan dia dengan asas tulisan jawi dan bahasa Arab sebagai persediaan di sekolah rendah nanti. 














Hari penerangan untuk ibubapa di PASTI hanya dihadiri oleh mama dengan ditemani kakak Khadija.














Fatihah yang 'cool'.  Mujur dia tak  buat perangai bila tengok pelajar lain dalam pakaian seragam PASTI sebaliknya dia memakai baju biasa.  Mungkin dia teruja dengan suasana pembelajaran yang baru. 














Fatihah tak keseorangan di tadika baru ini.  'Surprised' juga mama sebab rupa-rupanya Ahmad Hafiz pun bertukar tadika ke PASTI.  














Anak mama yang 'cute'.














Fatihah ni tak berapa pandai berkawan jika dibandingkan dengan kakak Khadija.  Semasa di tadika lama dahulu, boleh dikira kawan Fatihah yang rapat hanyalah satu iaitu Inas.  Nampak sangat berat mulut dia nak bertegur sapa dengan kawan-kawan di sebelah dia.














Hari penerangan diserikan dengan kehadiran ADUN Selat Klang, Y.B. Dr. Halimah Ali yang turut memberikan nasihat dan tips kepada ibubapa dalam mendidik anak-anak.














Mereka berdua sebelum dihantar ke sekolah.  Agak teruja nak bersekolah terutama kakak Khadija yang tak sabar-sabar nak jumpa kawan-kawan.

Mama doakan anak-anak mama dilapangkan dada, diterangkan hati untuk menerima ilmu dan diberi kesihatan yang baik serta rajin ke sekolah.  Semoga kecemerlangan terus menjadi milik anak-anak mama. Amin.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...