Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, July 30, 2015

Gelagat Kami ~ 2 Syawal

Susah nak dapatkan 'mood' dan gambar yang betul-betul sempurna sekeluarga.  Ada sahaja kerenah yang ditimbulkan mereka bertiga.
















































Alhamdulillah, dapat juga kami bergambar bersama sekeluarga pada Syawal ke-2.







Tuesday, July 28, 2015

Kami Di 1 Syawal 1436H @ 2015

Alhamdulillah, saya masih dapat lagi meraikan 1 Syawal bersama-sama keluarga tersayang tahun ini.  Sambutan Syawal @ Aidilfitri kami tahun ni agak sederhana.  Agenda beraya kami sama seperti tahun-tahun sudah yang mana selesai solat Subuh kami sekeluarga beraya terlebih dahulu di rumah mertua @ keluarga abah Hakim di Kampung Bukit Kerayong. 














Tiada warna tema khusus untuk tahun ini.  Saya berbaju kurung berlatar merah, Khadija dan Fatihah pula berjubah dengan rona warna 'maroon'.  Muhammad Harraz pula dipakaikan jubah yang dibeli kak Ti @ mak long semasa mengerjakan umrah beberapa bulan lepas.


Mereka berdua yang kemas dipakaikan 'instant shawl'.  Mama dan abah dah jatuh hati dengan 'instant shawl' ni sebab selain nampak kemas, elok sahaja terletak di kepala dia orang sampai ke tengahari.  Tak perlu nak dibetulkan macam tudung lain.


Abah Hakim dan mama.


Gandingan anak-anak abah.














Anak-anak syurga kami.  Bergambar di rumah nenek di Bukit Kerayong. 


Sepupu lelaki @ anak buah sebelah keluarga abah Hakim yang meriuhkan suasana pagi 1 Syawal dengan dentuman meriam.  Memang bingit bunyinya.


Geram dengan kecomelan Muhammad Harraz.













Ada sahaja kerja dia dalam diam.













Sebelah tengahari kami di rumah atuk dan wan di Telok Gadong.  Seronok bertemu 2 pupu mereka.


Yusuf, Fatihah, Khadija dan Nurdeen yang jarang-jarang berjumpa.

Alhamdulillah, 1 Syawal yang ditunggu-tunggu berlalu dengan indahnya setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.







Tuesday, July 21, 2015

Berdeko-Deko Sempena Aidilfitri

Deko-deko atau hiasan rumah sempena Aidilfitri tahun ni agak sederhana selaras dengan ekonomi yang tidak menentu di luar sana.  Sebagai rakyat dan isi rumah yang peka dengan perkembangan ekonomi global, saya kenalah bijak menguruskan ekonomi keluarga juga.

Berbalik kepada cerita mengenai deko-deko, ia sebenarnya satu perkara yang amat memenatkan kerana selagi belum menjelang 1 Syawal, selagi itulah saya akan terus membersihkan habuk dan memvakum segenap ruang yang ada di rumah kami.  














Dalam pada berjimat, ada juga perabot bertukar baru tahun ni.

Set meja makan 6 kerusi daripada kayu jati.  Set meja makan ini merupakan model yang lama.  Kalau diikutkan memang saya tak berapa berkenan dengan rekabentuknya tetapi disebabkan harga yang ditawarkan dibawah bajet yang ada dan setelah ditimbangtara bersama, kami sepakat mengambil set ini bagi menggantikan meja makan 4 kerusi yang lama.













Bagi menaikkan seri, saya tambahkan alas di bahagian kerusi.













Ada beberapa perubahan dari segi kedudukan kerusi pada tahun ini.














'Table runner' yang dijahit oleh mak usu.  Biji-biji kristal yang dibeli di KK Home diletakkan di dalam balang kaca bagi menaikkan seri di meja ini.














Pandangan dari sudut berlainan. 



Tahun ni lebih bertemakan warna 'pink' dan 'maroon'.














Kedudukan kerusi rotan yang berubah setiap tahun.


Kerusi panjang yang diubah ke tepi dinding diserikan dengan pemasangan permaidani kecil yang pertama kali dipakai setelah hampir 3 tahun dibeli di Ikea.


Langsir dapur juga berwajah baru tahun ini.

Memang puas walaupun hanya dekorasi yang serba ringkas pada tahun ini.  Rasanya tahun ini saya lebih berjimat berbanding tahun-tahun sebelum ini.  Alhamdulillah.






Iftar Di Akhir Ramadhan 2015 @ 1436H

Alhamdulillah, dapat juga kami iftar di luar walaupun hanya di AEON Bukit Tinggi.  Syukur kepada Ilahi kerana dipanjangkan usia kami dan diberi kesihatan yang baik sehingga ke akhir Ramadhan tahun ini.














Mereka yang 'excited'.  Seawal jam 6.00 petang kami dah berada disini disebabkan khuatir tiada tempat duduk nanti.  Kami memang dah 'plan' awal nak berbuka di McDonald's.  Mungkin terpengaruh dengan iklan di kaca TV untuk set Ramadhan - Mashwi dan Lazeez. 














Mereka berdua yang berpuasa penuh tahun ini.  Alhamdulillah, Fatihah juga boleh habis berpuasa sebulan.














Fatihah yang banyak cakap.  Boleh pula dia buat-buat tanya, 'Abah, kenapa kita makan McD?  Kan ke dia Israel?  Kenyataan yang benar tetapi agak poyo...... hehehe.  Bukannya selalu, boleh dibilang setahun berapa kali sahaja kami ke McD.














Muhammad Harraz yang tersangatlah bijak.  Serba-serbi dia bijak.  Pantang nampak makanan, dia pun nak jugak.


Disebabkan nak lekakan dia daripada mengganggu kami menikmati juadah berbuka kami yang 'sempoi', dia kami berikan kentang goreng.














Bersyukur sepanjang Ramadhan abah Hakim tak pernah tinggal solat Tarawikh.

Semoga abah Hakim dan kami semua diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki untuk bertemu Ramadhan tahun-tahun yang akan datang.  Amin.







Monday, July 20, 2015

Kek Hari Raya

Bagi menaikkan 'mood' raya tahun ni, di awal puasa lagi saya dah 'plan' nak buah kek buah kukus.  Kek yang mudah penyediaannya tetapi mengambil masa yang lama untuk mengukus.  Namun, berbaloi-baloi disebabkan rasanya yang agak 'moist' berbanding kek buah yang dibakar.














Kek buah ni dibuat beberapa hari sebelum raya.  Al-maklumlah, tahun ni sehari sebelum raya tak dapat cuti.  Kalau ikut resepi asal, kek buah kukus boleh tahan berminggu-minggu jika dikukus selama 4 jam.  Alang-alang dah buat, saya buat 2 bancuhan sekali.  Dapatlah menghasilkan 5 bekas bersaiz seperti digambar untuk diberikan kepada mak dan mertua.  Mujur juga ada pengukus bersaiz besar milik mak, kalau tak memang tak boleh buat sekaligus juga.














Rupa paras kek buah kukus yang menjadi pujaan abah Hakim.  Alhamdulillah, kek buah ni pun menjadi kesukaan mak dan mertua.














Petang menjelang raya, sempat juga buat 'brownies'. 














Resepi yang mudah dan menjadi.  Tak sia-sia juga saya membuatnya sebab anak-anak pun suka.






Rambut Raya ~ Muhammad Harraz


Rambut anak-anak saya, baik Khadija, Fatihah mahu pun Harraz masa baby memang lebat.  Rambut semasa dilahirkan dan selepas dicukur botak sama sahaja lebatnya.  Oleh kerana baby Muhammad Harraz ni 'boy', makanya kenalah rambut dia dipendek dan dikemaskan. 














Pertama kali selepas dicukur botak oleh abah Hakim, rambut Muhammad Harraz dipotong di kedai gunting rambut.  Terpaksa dikemaskan sebab dia nampak comot.  Tambahan pula, Muhammad Harraz ni kalau panas mudah sangat berpeluh dan bila dah berpeluh tu habislah penuh satu kepala basah.














5 minit pertama, kerja memotong rambut Muhammad Harraz berjalan lancar dan mudah.  Masuk sahaja 5 minit yang kedua, agak rumit sebab dia dah mula rimas.  Makanya, hanya bahagian tepi dan belakang sahaja yang dapat dikemaskan oleh tukang gunting.  


'Handsome' tak saya?  Siap ada jambul lagi.  Inilah rambut raya Muhammad Harraz. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...