Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, August 25, 2015

Fatihah Dah 6 Tahun!

Alhamdulillah.  Fatihah dah memasuki usia 6 tahun dengan rasminya pada 16 Ogos yang lepas.  'Birthday' Fatihah kami raikan dengan sederhana di Restoran KFC atas pilihan Fatihah sendiri.














Fatihah yang banyak songeh.  Ada sahaja kerenah dia nak cari pasal. Masih bahasakan dirinya adik.  Tapi bila tersedar terus dia bahasakan dia kakak Fatihah.


Kek mini chocolate indulgence yang rasanya setaraf kek Secret Recipe.  Kek yang ditempah khas dengan Zihan.  Memang sedap dan amat berpuashati dengan rasa dan harganya.  














Sayang Fatihah.














Sekali-sekala kami mengubah lokasi makan-makan di KFC Setia City Mall pula.  Dapat juga ber 'window shopping'.


'Handsome boy' yang sangatlah baik.  Disuapkan makanan, duduk diamlah dia di dalam 'stroller' tanpa mengganggu kami.


Hadiah buat 'birthday girl'.  Dengan meletakkan syarat, kena belajar rajin-rajin untuk peperiksaan akhir tahun nanti, tak nak degil-degil dan ikut cakap mama dan abah.

Doa dan harapan kami semoga Fatihah menjadi khalifah yang berjaya di dunia dan di akhirat.  Diterangkan hati, dilapangkan dada, dianguerahkan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Amin.





Friday, August 21, 2015

Masjid Negeri dan Dataran Shah Alam

Gambar-gambar yang dirakam semasa aktiviti kami bersantai di Shah Alam.


Sebelum aktiviti bersantai, kami tunaikan solat asar di Masjid Negeri dahulu.


Muhammad Harraz yang teruja dengan keluasan masjid.


Hasrat kami untuk tanamkan aura cintakan masjid di jiwa mereka bertiga.













Kedua-dua kakak memang hati mereka dekat dengan surau @ masjid sebab sering ikut abah Hakim.













Santai duduk-duduk menikmati suasana petang yang redup di dataran Shah Alam sambil bermain 'giant bubble'.













Sungguh seronok mereka berdua.













Kami biarkan Harraz bebas tanpa kongkongan di padang yang luas terbentang.













Kakak yang baru sedar kehadiran Harraz.













Duduk dalam ribaan abah Hakim.


Memang 'enjoy' bila berada disini.


Mereka bebas bergumpal di atas padang.  Biarkan, sekali sekala.   

Alhamdulillah.  Masih dapat menikmati masa-masa berharga bersama.






Tuesday, August 11, 2015

Kami Ke Hulu Langat

Cerita kami ke Batu 23, Hulu Langat ni sebenarnya bersempena dengan sambutan 'birthday' Aqilah Anis yang ke 6 tahun. 
 


Rumah baru siap didirikan dan telah diduduki 2 bulan lepas Saleha @ mak lang Leha.  Rumah yang didirikan di atas tanah milik sebelah keluarga pak lang Aswadi.  Memang cantik dan kemas buatannya.  Kami tertarik dengan ruang dapur rumah ini yang agak luas berbanding rumah kami.













Mak dengan Muhammad Harraz.


Kek butter dan kek cawan hasil tangan wan usu untuk Aqilah.  Tuan rumah sediakan pulut kuning, rendang daging dan soto untuk tetamu.  Mak pula siap masakkan lauk ayam masak merah, sayur campur dan udang masak tempoyak sebagai lauk tambahan.  Biasalah, orang tua bimbang makanan tak cukup sebab kunjungan ke sini bukan hanya kami, tapi turut disertai oleh waris arwah Haji Hashim yang lain.













Khadija dan mak cik Ain yang tertarik dengan bilik Aqilah.  Tak nak balik katanya sebab seronok banyak mainan ada dalam bilik ni.


Fatihah dan Faris yang juga tak duduk diam sebab teruja dengan keluasan rumah mak lang Leha mereka.














'Birthday girl', Aqilah Anis yang tersangatlah comel.













Acara potong kek.


Sebahagian daripada yang hadir dapat bergambar bersama.


Muhammad Harraz yang seronok dapat naik buaian.  Masa ni kami di rumah Atuk Anjang di Taman Desa Haras, Hulu Kelang.


Dah mula bosan dan rimas sebab seharian beraya.






Wednesday, August 5, 2015

Warna-Warni Aidilfitri

Aidilfitri mama dan abah Hakim berwarna-warni bak pelangi dengan kerenah mereka bertiga.  Keriangan mereka umpama kebahagian kami.  Alhamdulillah.























































Makan-Makan Sempena Aidilfitri

Masa buat makan-makan di rumah kami sempena Aidilfitri tak sempat saya nak rakam banyak gambar disebabkan sibuk nak melayan tetamu, sibuk nak memastikan juadah sentiasa tersedia dan sibuk memantau Muhammad Harraz.  Memang tak cukup tangan dari pagi hinggalah ke malam.













'Brownies' dan kek buah yang disimpan sehingga ke 9 Syawal.













Menu pada hari tersebut semua daripada air tangan sendiri.  Sup tulang seperiuk besar.













Nasi impit dan mee digandingkan dengan sup tulang.  Memang meletup bila diperasakan lagi dengan cili kicap.

Nasi arab yang digandingkan dengan ayam panggang dan sos.


Antara tetamu yang sampai awal.  Untung mereka yang sampai awal sebab dapat makan puas-puas.

Alhamdulillah, juadah mencukupi untuk semua tetamu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...