Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, September 27, 2015

Rajinnya Mereka!

Gambar mereka yang rajin.














Khadija dan Fatihah yang rajin.














Sikap ringan tulang sebegini sebenarnya kena dipupuk daripada kecil seperti kata peribahasa 'Melentur Buluh Biar Dari Rebung'.














Sesi membersih laman dan membakar rumput kering ni bukan dilakukan semasa musim jerebu ya.  Abah Hakim memang amat jaga kualiti udara sekeliling sebab tugas dan tanggungjawab yang digalasnya sering bersama Jabatan Alam Sekitar, Negeri Selangor. Pantang sahaja berjerebu, bertubi-tubi pertanyaan daripada Pengarah dia masuk melalui 'whatsapp'.














Atuk Uteh yang juga rajin.  Ditanamnya orkid hutan dan digantungkannya di pohon hadapan rumah kami. Pertama kali kami melihatnya, memang teruja sebab nampak cantik sangat.  Itu belum lagi orkid-orkid tu mengeluarkan bunga.














Fatihah yang semakin bertambah songehnya.


Abah Hakim yang sangat rajin.  Penghargaan buat abah Hakim. Tanpa abah Hakim, semak-samunlah halaman kita.  Alhamdulillah, dikurniakan suami yang serba-serbi rajin, sama-sama membantu tugasan di dalam rumah dan di luar rumah, mengurus serta mendidik anak.  






Wednesday, September 16, 2015

Fatihah Bersukaneka @ PASTI Darul Ulum II

Alhamdulillah, walaupun cuaca berjerubu di tahap yang agak teruk di bawah bacaan IPU, sukaneka PASTI Darul Ulum II untuk tahun 2015 masih diteruskan mengikut tarikh yang dirancang pihak pengurusan pada 13 September yang lepas.  Majlis berjalan lancar dalam suasana yang penuh sederhana di padang Sekolah Rendah Agama Darul Ulum, Jalan Hassan, Klang.














Pelajar diberikan 'mask'.  Cuaca yang nampak ala berkabus seperti berada di pergunungan agak merimaskan kerana bukannya sejuk tetapi berbahang.  














Fatihah di bawah rumah kuning.  Dia nampak bersemangat.  Bila dah berjumpa kawan, agak ligat juga dia berlari ke sana ke mari.














Perarakan masuk ke tengah padang oleh kontigen rumah merah, kuning dan hijau.


Fatihah yang pakai kasut hitam.


Masa ucapan dari wakil pelajar, tiba-tiba teringat sukan PASTI tahun 2013 yang mana Khadija dipilih untuk menyampaikan ucapan. Walaupun kali ni bukan Fatihah yang dipilih untuk berucap, tapi kami tetap bangga dengan Fatihah yang sama-sama bijak macam kakak Khadija.














Fatihah hanya bermain 1 acara.  Apa yang kami lihat, Fatihah ni sikapnya kalau diberi apa-apa tugasan sama seperti Khadija, memang memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya.


Fatihah disusun di giliran yang terakhir sebab dia pantas.














Semangat yang ditunjukkan oleh Fatihah. 


Berkobar-kobar menunggu giliran.















Kasihan rumah kuning.  Lain-lain acara mendapat pingat emas.  Untuk acara ini hanya mendapat gangsa. Bukan kesilapan Fatihah. Kesilapan beberapa pelajar yang disusun di barisan tengah yang kurang agresif berlumba.  Menurut ustazah, Fatihah laju sebab itu dia disusun di belakang.  Tapi apakan daya, bila giliran sebelum-sebelumnya dah tertinggal, makanya rumah kuning terus tertinggal di belakang.  Apa pun, kami bangga dengan kamu Fatihah sebab tetap bersemangat dan teruskan juga perlumbaan walaupun rumah kuning dah jelas mendapat nombor 3.














Fatihah dengan pingat gangsanya.  Untuk acara ni, rumah kuning dapat gangsa.  Tapi untuk keseluruhan rumah kuning merangkul juara.














Abah Hakim diberi penghormatan oleh pihak pengurusan PASTI Darul Ulum II untuk menyampaikan pingat kepada pemenang untuk salah satu acara.














Barisan pelajar lelaki.  Insya'Allah, lagi 4 tahun giliran Muhammad Harraz pula.














Kami menunggu sehingga selesai acara sebab Khadija nak bermain untuk acara kakak.














Acara berjalan membawa bola ping pong dalam sudu.  3 peserta yang terawal sampai di garisan penamat dikira pemenang.














Walaupun Khadija kalah tapi jelas dia berpuas hati kerana dapat turut serta dan mencuba.  

Secara keseluruhannya, Fatihah juga seperti Khadija sama-sama terang hati baik dalam akademik dan sukan.  Alhamdulillah.






Saturday, September 5, 2015

Mereka @ Setia City Mall Park

Aktiviti mereka 3 beradik di Setia City Mall Park.


Muhammad Harraz yang puas hati ada mama depan mata.  Tapi bila dah terlalu lama dalam 'stroller' mulalah dia merengek nak minta diangkat keluar.













Kakak Fatihah yang tak tau duduk diam.














Khadija yang masih keanak-anakan.  Pantang nampak 'playground'. Masih berlari dan memanjat walaupun telah berimejkan muslimah. Bermainlah kamu sepuasnya sementara di alam kanak-kanak ini.













Mereka yang akrab.














Bagi makan ikan dengan makanan ikan yang ada dijual di laluan dari Setia City Mall ke arah padang.














Teruja sebab tengok ikan besar-besar berkerumun menanti makanan yang dicampak mereka.













Abah cukup sabar melayan kerenah anak-anak.   














Muhammad Harraz seronok dapat merangkak bebas.  Kami tak ragu-ragu nak lepaskan dia bila melihat keadaan padang yang bersih.
  













Perkembangan 'handsome boy' mama yang dah mula lepas tangan dan bertatih nak berjalan.  Lain kali ke sini, Insya'Allah dia dah boleh berdiri dan berjalan sendiri.


Abah yang tak pernah menghampakan anak-anak.  Apa yang anak-anak minta, Insya'Allah dia akan penuhi. 


Sebelum balik, bagi can mereka berdua baring di atas rumput.  

Memang 'best' Setia City Mall Park ni, sebab apa semuanya ada untuk hiburkan anak-anak.  Ada 'giant bubble', ada sewaan 'roller blade', basikal dan kalau hujung minggu menjadi lokasi pasangan bertunang atau pengantin buat 'outdoor photography'.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...