Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, November 22, 2015

Majlis Ihtifal 2015 @ Sekolah Islam Al-Farabi

Alhamdulillah, mama dan abah Hakim berpeluang lagi mengikuti Majlis Ihtifal Sekolah Islam Al-Farabi buat tahun yang kedua Khadija menuntut ilmu di sana.


Majlis yang diadakan bersekali dengan majlis graduasi pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Islam Al-Farabi dan juga bagi meraikan pencapaian cemerlang keputusan UPSR dan PSRA murid darjah 6 tahun 2015.  Difahamkan majlis agak meriah tahun ini disebabkan lonjakan peratusan pelajar yang mendapat mumtaz untuk PSRA agak ramai. 














Majlis disempurnakan oleh Y.B. Dr. Hajjah Halimah binti Ali. 














Pelancaran tabung pembangunan Sekolah Islam Al-Farabi, Kampung Delek, Klang.


Persembahan nasyid dengan lagu tema majlis tahun ini 'Taman Ilmu'.














Khadija yang tak berapa nak sihat.  Seminggu sudah demam dan batuk.  Alhamdulillah, masih komited dan gagah dia ke sekolah setiap hari.  Ditegah supaya tidak ke sekolah kerana tidak sihat tidak dihiraukan.  Apa yang dia tahu, sebagai pelajar dia kena datang ke sekolah setiap hari.  Tahniah! mama dan abah sangat bangga dengan sikap kamu yang komited dengan sesuatu.  Diharap ianya berterusan sampai bila-bila.














Persembahan oleh murid sekolah rendah.  Pada mulanya Khadija turut serta dalam salah satu persembahan, tapi terpaksa menarik diri di saat akhir kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk dia membuat latihan.   














Tahun ini, Khadija membawa pulang 4 anugerah.  Anugerah pertama yang diperolehinya, tempat ketiga untuk kelas Pra-Tahfiz (Tilawah).














Mama dan abah doakan semoga tahun depan Khadija dapat masuk kelas hafazan pula.   














Anugerah seterusnya, tempat kedua di dalam kelas 2 Bestari dan keseluruhan kelas serta skor 8 A (Mumtaz).














2 hadiah disekalikan untuk kategori ini.














Anugerah keempat yang diperolehi ~ kedatangan penuh.  Tahniah! ini memang betul-betul perlu mendapat pengiktirafan.  Sakit pening pun tetap nak ke sekolah.














Bertambah lagi hadiah Khadija.  Sampaikan salah seorang ibu kepada kawan Khadija kata, semua hadiah Khadija dapat.   


Agak 'moody' sebab badan tak berapa nak sihat lagi.  Majlis pun selesai agak lewat sehingga melepasi jam 1.00 tengahari.  Puas mama pujuk nak diambil gambar dengan hadiah yang diperolehi, dia mengelak.























Dapat juga abah Hakim ambil gambar kami berdua.














Barisan hadiah yang kakak Khadija perolehi.  Alhamdulillah.  Harapnya pencapaian ini berterusan di tahun-tahun hadapan.  Kejayaan kakak Khadija juga diharap menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada adik-adik untuk terus berusaha untuk sama-sama cemerlang dunia dan akhirat.  

Ketiga-tiga anak kami hebat! Sama cerdik dan pandai.  Anak-anak syurga yang soleh dan solehah yang bakal mendoakan kami nanti. Insya Allah.






Nur Khairin Fatihah Berkonvokesyen

Alhamdulillah, Nur Khairin Fatihah dah menamatkan pembelajaran di tadika PASTI Darul Ulum II. Makanya pada 14 November 2015, bertempat di Dewan Putra, Kampung Delek, Klang tercatat dalam lipatan sejarah Fatihah berkonvo untuk kali pertamanya.


Bersedia di luar dewan sebelum berarak masuk ke dalam dewan.


Fatihah, graduan cilik yang tersangat-sangat comel walaupun muka susah nak senyum sebab kebanyakan gigi depannya dah rompong.














Berarak ke dalam dewan.


Majlis disempurnakan oleh ADUN Selat Klang, Y.B. Dr. Hajjah Halimah binti Ali.


Beratur sebelum menunggu giliran dipanggil ke atas pentas.














Melangkah dengan penuh yakin.  Mama doakan ini titik permulaan kamu berkonvo.  Insya Allah, akan ada beberapa siri konvo lagi yang akan kita sama-sama raikan nanti.


Tahniah! Anak kebanggaan mama dan abah.  Walaupun kamu tak terima sebarang anugerah, mahupun tempat teratas di dalam kelas, mama dan abah tetap berbangga dengan kamu Fatihah.


Fatihah yang mempunyai kelebihan tersendiri.  Walaupun kurang menonjol buat masa ini di dalam akademik, tetapi markah yang diperolehi tidak kurang hebatnya.  Fatihah dah pandai membaca dengan lancar, mengira dengan betul dan agak meminati Bahasa English.  Tangannya agak berseni, suka melukis @ melakar mengikut imaginasinya.  














Persembahan oleh pelajar perempuan kelas Fatihah.  Menurut ustazah, Fatihah agak 'moody' dan kuat merajuk sepanjang latihan.


Muka susah nak senyum.  Tapi tetap comel.


Persembahan kedua hasil gabungan dengan pelajar lelaki.  














Kami dan ustazah kelas Fatihah.  Terima kasih, Ustazah Rasyidah. Tak terbalas ilmu yang dicurahkan kepada Fatihah.  Semoga mendapat ganjaran pahala yang berterusan hendaknya.























Puteri kedua mama yang jelita.

Doa mama dan abah, semoga Fatihah cemerlang ilmu dan agama serta berjaya di dunia dan akhirat.  Mama dan abah yakin Fatihah bijak, cerdik dan pandai.  Amin.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...