Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, February 12, 2016

Bila Demam Tak Baik-Baik @ Sri Kota Specialist Medical Centre

Paling terkesan dengan perubahan cuaca sekejap panas, sekejap hujan dah tentunya kakak Nur Khairin Fatihah.  Ditambah pula dengan waktu persekolahan yang berubah 100%.  Dulunya tadika, Fatihah balik paling lewat pun pukul 12.00 tengahari tapi tidak lagi bila dah masuk sekolah rendah.  Setiap hari jam 6.30 petang barulah Fatihah sampai ke rumah.  Mungkin disebabkan penat dan kurang minum, Fatihah diuji dengan demam.  Demam yang berlarutan, on and off'.  Namun dalam demam-demam tu juga, Fatihah bersemangat ke sekolah setiap hari sebab katanya nak kehadiran penuh macam kakak Khadija.























Setelah masuk hari ke-6 Fatihah demam beserta keluar darah daripada hidung, mama ambil keputusan untuk bawa Fatihah ke Klinik Kesihatan Pandamaran bagi menjalani ujian darah untuk pastikan samada dia dijangkiti demam denggi atau sebaliknya.  Fatihah ke sekolah seperti biasa dan hanya diambil mama setelah waktu rehat.  Ujian darah menunjukkan Fatihah bukan dijangkiti demam denggi sebaliknya disyaki demam virus kerana platlet darahnya rendah.  Makanya, doktor minta keesokan hari Fatihah dibawa semula ke klinik untuk mengambil bacaan darah semula.

Keesokan harinya, Fatihah ke sekolah seperti biasa walaupun dalam keadaan demam dan lemah.  Ujian darah di klinik tetap dilakukan dan hasil laporan juga menunjukkan platlet darahnya rendah.  Doktor hanya nasihat banyakkan minum air kosong dan minta keesokan hari datang lagi untuk mengambil bacaan darah.  Tapi 'on the way' balik ke rumah, mulut Fatihah berdarah.  Apa lagi, mama terus call abah Hakim dan kami putuskan untuk bawa Fatihah ke Hospital Sri Kota untuk rawatan lanjut. 























Hasil pemeriksaan Doktor Anne di Sri Kota menunjukkan Fatihah kena demam virus dan perlu dimasukkan ke wad.























Kakak Khadija tawar diri untuk jaga adik kat wad.























Selain demam, Fatihah juga batuk.  Menurut Doktor Anne, sekiranya demam beserta batuk bukanlah tanda-tanda pesakit dijangkiti demam denggi.  Pesakit demam denggi tidak akan disertai batuk.























Kakak Khadija yang menjaga adik siang malam di wad.  Seronok kata dia.  Sebelah siang, mama dan kakak Khadija jaga adik di wad.  Pada sebelah malam, giliran abah Hakim pula yang menjaga adik di wad.























Fatihah betul-betul berehat.  Duduk di wad selama 4  hari 3 malam, dari hari Jumaat hingga ke Isnin.























Sementara menunggu untuk discaj dari hospital.  Kalau ikutkan Doktor Anne, adik kena duduk sehari lagi di wad.  Tapi mama dan abah Hakim mohon adik dikeluarkan awal sebab dia dah ok sepenuhnya.























Doktor Anne bagi MC selama seminggu.  Tapi disebabkan adik dah betul-betul sihat dan bertenaga, hanya sehari sahaja adik tak ke sekolah.

Alhamdulillah, kos di hospital ini ditanggung sepenuhnya oleh insurans CuepacsCare yang kami ambil untuk perlindungan kami sekeluarga.














Sabtu, 6 Februari 2016, kami ke Sri Kota Specialist Medical Centre sekali lagi untuk pemeriksaan susulan oleh Doktor Anne.














Sementara nak menunggu giliran, mereka bermain di ruangan yang disediakan.














Alhamdulillah.  Secara keseluruhannya, kami berpuashati dengan perkhidmatan samada daripada pihak insurans dan hospital.  Kalau diberi pilihan, kami tak nak masuk hospital tapi untuk kebaikan Fatihah dan kemudahan yang ada kami memilih untuk mendapatkan rawatan disini.

Sihat atau sakit, semuanya itu ujian daripada Allah.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...