Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, February 12, 2016

Unplanned Holiday ~ Hotel Awana, Genting Highlands, Pahang

Bercuti ke Genting Highlands ni memang tiada dalam perancangan kami.  Pagi Sabtu, 6 Februari 2016 sebelum membuat pemeriksaan susulan mengikut tarikh temujanji yang diberikan oleh Doktor Anne di Sri Kota, abah Hakim tiba-tiba terus minta 'packing' baju untuk bercuti.  Percutian singkat 2 hari 1 malam di lokasi yang akan diputuskan kemudian, kata dia.

Selesai sahaja urusan di Sri Kota lebih kurang dalam pukul 11.30 pagi.  Singgah sebentar makan tengahari di Seksyen 7, Shah Alam dan kemudiannya meneruskan perjalanan sekitar jam 12.30 tengahari menuju ke destinasi yang abah Hakim cenderung nak pergi iaitu Genting Highlands.  Percutian sempena cuti panjang Tahun Baru Cina dan cuti sekolah selama seminggu.  Makanya, dalam keadaan tak berapa nak merancang perjalanan, terpaksalah kami menempuh kesesakan lalulintas di sepanjang jalan bermula dari Plaza Tol Gombak sehinggalah memasuki ke susur masuk Genting Highlands.  Bayangkan perjalanan yang mengambil masa kebiasaannya kurang 2 jam dari Klang untuk sampai ke Genting Highlands mengambil masa sehingga 4 jam pada hari tersebut.  Kami sampai di Hotel Awana hampir 5.00 petang dan rezeki kami untuk menginap di hotel tersebut dipermudahkan kerana masih banyak kekosongan walaupun kami tidak membuat tempahan awal.  Alhamdulillah.  








Sukar merakam gambar mereka bertiga dalam keadaan mengikut arahan.  














Kakak Khadija dan Fatihah yang teruja melihat persekitaran hotel terutamanya kolam renang.














Muhammad Harraz yang tak duduk diam.  Teruja barangkali dengan persekitaran bilik yang memang selesa bagi kami.  Bilik yang menghadap pemandangan luar yang berbukit-bukau diliputi pepohon menghijau dan kolam renang menambahkan lagi keterujaan kakak Khadija dan Fatihah.























Ada sahaja kerja si Muhammad Harraz ni.  Terpaksa abah Hakim alihkan telefon dari kedudukan asal ke atas meja yang lebih tinggi.

Petang kami di Hotel Awana berlalu begitu sahaja tanpa sempat mereka bermandi-manda di kolam renang.  Cuaca tidak mengizinkan dengan hujan ditambah angin yang agak kencang sehingga boleh mendengar tiupan angin dari dalam bilik hotel.  Kasihan dengan Khadija dan Fatihah, kecewa tak dapat mandi kolam.  Namun kekecewaan terubat dengan diganti projek berendam dalam 'bathtub' pada petang tersebut.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...