Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, April 24, 2016

I Am A Secretary

Alhamdulillah.  Tahun 2016 dapat kembali menghadiri program sempena Minggu Setiausaha.  Terima kasih bos, tanpa kelulusan bos tak dapatlah saya turut serta program kali ni.  Oleh kerana diberi pilihan, saya dan teman sekerja memilih seminar anjuran Utusan Publications & Distributors kerana berdasarkan pengalaman yang lepas, kami berpuashati dengan program  yang dianjurkan oleh pihak Utusan.

Bercerita mengenai kerjaya sebagai seorang Setiausaha @ di dalam nama dan gred sebagai seorang penjawat awam adalah Setiausaha Pejabat.  Alhamdulillah, dengan gred N28 setakat ini.  Setiausaha tidak langsung menjadi cita-cita saya semasa di alam persekolahan. Mengikuti kursus setiausaha selepas mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM juga bukanlah di atas kehendak sendiri. Lebih kepada mendengar kata-kata kakak dan mak saudara yang pada ketika itu juga seorang PA @ setiausaha di Kementerian. Malah bila mendengar kata-kata, kursus inilah yang paling senang dan 'guarantee' tamat pengajian akan dapat kerja, terus buang perasaan 'tak minat' kepada 'minat' dan Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya bersyukur dengan kerjaya ini.  

Sehingga ke hari ini, saya boleh berbangga dengan kepakaran yang saya ada di dalam kerjaya ini. Kepakaran saya boleh menulis trengkas @ shorthand, menaip dengan kepantasan 120 patah perkataan seminit dengan kesalahan kurang 0.01% dan mengambil minit mesyuarat. Kepakaran mengambil minit mesyuarat ini perlu sinonim dengan saya kerana saya bukanlah seorang Setiausaha yang menjaga hal ehwal bos tetapi saya adalah seorang Setiausaha yang mengendali dan mengambil catatan di dalam mesyuarat di Majlis.  Cumanya tugasan ini memerlukan pengorbanan dari segi masa sekiranya mesyuarat diadakan di luar waktu pejabat.  Apa pun, saya 'enjoy' dan mencintai kerjaya ini.


Bertempat di Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Pada pemerhatian saya, tahun ini agak kurang dari segi tajaan dan penyertaan peserta tidak seperti tahun-tahun sebelum ini.













Program dihoskan oleh Dee memang tak rasa bosan sampai ke penghujungnya.  Slot bersama Ustaz Ridhuan Tee Abdullah agak 'hidup' dengan jenaka Ustaz.


Tak sangka dapat bertemu PA Timbalan Setiausaha MBSA, Kak Sumaryati.  



Slot bersama doktor pakar sakit puan.














Kami.






Saya nampak tembam pulak!


3 kali slot makan diberikan.  Alhamdulillah.





Yang ditunggu-tunggu.  Jam 2.00 petang, Nurul Wahab Deep pun muncul dengan persembahannya.



Sunguh mantap suara dan persembahan Nurul.


Seterusnya persembahan oleh Jay Jay.  Suara beliau masih mantap dan sama walaupun telah berumur 59 tahun.  Dan paling tak sangka, Jay Jay ni pandai berjenaka dan berkomunikasi dengan penonton rupanya. 


Terus jatuh cinta dengan suara dan lagu-lagu Jay Jay yang sebelum ni saya tak berapa nak layan.



Pujian kepada mereka berdua di atas persembahan yang berjaya menambat hati saya.



Sesi beramah mesra dan soalan daripada penonton.


Bergambar beramai-ramai setelah selesai persembahan oleh Nurul dan Jay Jay.













Slot akhir program seminar yang bermula jam 4.30 petang oleh Penganalis Jenayah dan selebriti, Kamal Effendi.  Gimik beliau menyanyikan lagu Peranchis semasa masuk ke dewan seminar telah memukau kami.  Rupa-rupanya ianya hanyalah 'miming'.


Slot oleh Kamal Effendi juga tak bosan, banyak tips menghadapi situasi jenayah diberikan.  Cumanya, masa agak terhad kerana program menjangkau melebihi masa di dalam aturcara.  Bila tengok jam dah melebihi 5.00 petang, mulalah resah bila memikirkan keadaan jalan yang sesak untuk balik nanti.

Alhamdulillah.  Berseminar sambil berhibur.  Apa lagi yang hendak saya rungutkan.  Syukur dengan kerja ini. Punya rakan-rakan sekerja, bos yang 'sporting' dan boleh bertolak ansur bagi saya juga merupakan rezeki yang perlu saya syukuri.  Walaupun saya tidak punya kerja yang sehebat kalian, saya berbangga dengan kerjaya saya ini.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...