Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, May 17, 2016

Menghargai Guru

Sejak anak-anak di tadika lagi, saya biasakan mereka dengan membelikan hadiah untuk diberikan kepada guru @ ustazah mereka.  Walaupun Khadija dan Fatihah tidak pernah meminta-minta tapi atas kesedaran sendiri, saya rasa pemberian hadiah wajar kepada guru mereka sebagai tanda penghargaan ke atas ilmu yang telah diajar kepada anak-anak saya. 























Bunga-bunga ni saya beli seawal bulan Februari.  Masa tu kami jalan-jalan di AEON Mall, Shah Alam tiba-tiba mata tertarik dengan bunga ni.  Bila tengok harga yang amat-amat berbaloi, terus sahaja 15 kuntum saya beli.  Masa tu belum kira berapa bilangan guru @ ustazah mereka.























Belian kali kedua, set 'brooch'.  Saya terus beli sepapan.  Dan seterusnya frame gambar untuk ustaz.  Keseluruhannya, 29 hadiah saya peruntukan untuk diberikan kepada guru mereka sempena sambutan Hari Guru tahun 2016.














Mereka berwajah 'excited'. 














Fatihah sebenarnya tak ambil tahu pun pasal Hari Guru.  Suruh sampaikan hadiah pada ustazah @ ustaz cepat-cepat dia tak nak, malu kata dia.  Jadi tugas beri hadiah kepada guru Fatihah pun serah kepada kakak Khadija.  Kakak pula memang suka 'exposed', dia secara sukarela nak agih-agih hadiah kepada ustazah @ ustaz adik.














Bukan sebab nakkan markah lebih atau perhatian lebih dari guru tetapi untuk penghargaan kepada mereka sebab mengajar anak-anak saya.  Saya sendiri tak mampu untuk memberi tunjuk ajar kepada anak-anak saya.  Dengan bantuan guru-gurulah anak-anak saya mengenal huruf dan angka, belajar doa, solat, Al-Quran dan diasuh dengan peribadi yang mulia.

Terima kasih Cikgu @ Guru @ Ustaz @ Ustazah @ Teacher yang pernah mengajar saya satu ketika dahulu.  Tanpa kalian, siapalah saya pada hari ini.  Semoga kalian diangkat darjat tertinggi olehNya.







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...