Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, July 14, 2016

Dekorasi Menjelang Syawal @ Teratak Kami

Gambar-gambar yang saya rakam untuk dekorasi ruang terbuka rumah kami untuk lebaran tahun 2016.  Dekorasi tak banyak beza seperti tahun-tahun sebelum ini, masih mengekalkan perabot yang sediada.  Alhamdulillah, dengan kerjasama abah Hakim suasana bersih, kemas dan tersusun dapat dikekalkan walaupun Muhammad Harraz agak lasak meneroka setiap inci ruang rumah.













Ruang santai @ menonton kami.  Boleh dikatakan selain dari bilik, kami banyak habiskan masa di ruang ini.


Alhamdulillah, ada rezeki lebih dapat tukar sofa yang ada kepada sofa baru tahun ini.


Kedudukan kerusi rotan ditukar ke laluan dari ruang menonton ke dapur.














Tahun ni bertukar daripada menggunakan karpet 'patchwork' kepada karpet berbulu pula.


Lapik meja seolah-olah kait yang saya beli di GM Klang tetap digunakan walaupun bila dipasang agak pendek.  Saya memang sukakan apa-apa sahaja lapik meja dari hasil kait.  Di rumah mak, ada beberapa lapik meja berkait hasil tinggalan arwah wan yang tersimpan rapi.  Dah lama sebenarnya saya menyimpan hasrat untuk memiliki lapik kait dan disebabkan tak pandai nak mengait, nampak sahaja lapik meja ini, terus sahaja saya membelinya.


Ruang makan bagi saya perlu dijaga kerana ruang inilah yang menyatukan hubungan kekeluargaan.


Penyeri rumah kami.














Langsir rumah kami bertukar baru tahun ini.  Langsir 'eyelet' yang saya tempah dengan mak usu.  Mak usu hanya bantu jahitkan lurus.  Tebuk lubang dan pasang 'ring' saya serahkan kepada kenalan yang juga mengambil tempahan jahitan.














Ruang tamu yang tidak digunakan pada hari-hari biasa tetap saya pastikan dalam keadaan tersusun.










'Table runner' dan sarung kusyen hasil daripada sulaman riben.  Saya sangat sukakan sulaman riben ini sehinggakan rasa sayang nak gunakan.





Hiasan dinding yang masih sama seperti tahun-tahun sebelum.























Rak hyllis Ikea yang saya beli 'online'.  Sungguh berbaloi pada saya sebab dengan 4 baris para yang ada dapat membantu memperkemaskan lagi susunan barang di dapur saya.  Ruang ni juga saya serikan dengan pemasangan 'wallpaper' corak batu-bata merah supaya sepadan dengan konsep dapur saya.

Gelas dan bekas kuih raya yang hendak digunakan saya keluarkan lebih awal untuk dicuci bersih dan lap sebelum digunakan.  Setahun sekali baru digunakan, pasti sudah terlekat habuk walaupun disimpan di dalam kabinet.

Dapur saya walaupun punya kabinet atas bawah di kedua-dua belah dinding, namun tetap tidak cukup untuk memuatkan perkakasan dapur yang ada.  Atas alasan ini jugalah, saya dapatkan rak hyllis tu.














Langsir dapur yang ada dalam simpanan silih ganti digunakan setiap tahun.

Alhamdulillah.  Syukur.  Pada saya, suasana bersih, kemas dan tersusun adalah penyumbang utama kepada kebahagiaan, keselesaan dan kesihatan yang baik dalam sesebuah keluarga.  Bukan hanya untuk keselesaan penghuni rumah tetapi juga kepada tetamu yang bertandang.







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...