Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, September 30, 2016

Bertemu Anak Cucu Atuk Meor & Opah Halimah

Sabtu lepas, kami memenuhi undangan Az (sepupu) dan Mak Yang (adik bapak) ke kenduri aqiqah di rumah Az di Puchong.  Mereka ini saudara sebelah bapak, orang Tanjung Malim, Perak. 





4 orang budak ini generasi ketiga anak cucu sebelah Perak.

Puteri Hasya ni masih kuat darah keturunan 'Meor'.














Mak tak henti-henti bercerita sebab dah lama tak jumpa ipar dan biras dia.














Bapak dengan 2 daripada adik-beradiknya.  Ayah Nyah dan Mak Yang.  Alhamdulillah, mereka masih sihat dan kuat walaupun masing-masing telah pun memasuki usia 60-an.














Bergambar sebelum balik.  Ramai lagi sepupu-sepupu sebelah Tanjung Malim yang tak dapat datang ke majlis ni.  Kalau dikumpulkan mesti lagi seronok sebab memang bertahun lamanya tak jumpa kecuali kalau ada kenduri-kendara.

Semoga ukhuwah ini berpanjangan.  Amin.






Tuesday, September 27, 2016

Sambut Birthday Beramai-Ramai

Sehari sebelum Hari Raya Aidiladha, kami adik-beradik sepakat nak buat makan-makan.  Saja suka-suka untuk meraikan birthday anak-anak yang dah lepas.  Seronok budak-budak bila dapat berkumpul dan main bersama.  Menu pula, boleh katakan 90% beli yang selebihnya disediakan bersama.
















































Alhamdulillah.  Yang penting budak-budak semuanya 'happy'.






Thursday, September 22, 2016

Raya Haji @ Aidiladha 2016

Sekejap sahaja, pejam celik, pejam celik dah Raya Haji.  Rasa macam baru sahaja memasuki tahun 2016, macam baru sahaja hantar anak masuk sekolah, macam baru sahaja sambut Raya Puasa.  Ni dah Raya Haji.  Beberapa hari lagi, masuk pula tahun Islam yang baru.  Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia saya dan ahli keluarga yang saya sayangi untuk bersama-sama lagi.

Syukur, tahun ni saya dapat menunaikan ibadah korban.  Alhamdulillah, saya dan abah Hakim sejak beberapa tahun yang lepas dilapangkan rezeki dan dipermudahkan kami untuk berkorban setiap tahun.  Mudah-mudahan, ibadah yang kami lakukan ini diterima olehNya dan menjadi bekalan untuk timbangan amal kami kelak.

Hari Raya yang 'happy' dah tentunya budak-budak.  Makanya, hanya gambar anak-anak dan sepupu mereka yang dapat saya rakam tahun ini.  Itupun, susah betul nak kumpulkan mereka sebab budak-budak ni 'moody'. 







Semoga keakraban mereka ini sehingga ke anak cucu nanti.  Insya Allah.






Wednesday, September 21, 2016

Khadija Ikut Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka

Pertengahan Ogos yang lepas, Khadija tersenarai untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Melaka untuk pelajar tahap 1.  Bukan main 'excited' dia bila abah Hakim bagi kebenaran.














Dengan kawan dia, Iffah.














Harraz ikut hantar kakak, suka sangat dia pakai kasut terbalik.














Fatihah 'jealous' sebab tak dapat ikut.
 












Banyak pesanan yang mama bebelkan untuk dia ingat.  Jangan leka @ cuai, ikut cakap ustazah dan sentiasa ada dalam kumpulan.














Budak 'handsome', bijak kesayangan mama.














Beratur nak naik bas.

















Bergambar bersama semua peserta rombongan.  Alhamdulillah, tahun depan kalau ustazah 'offer' lagi mungkin boleh dipertimbangkan untuk bagi Khadija dan Fatihah turut serta dalam rombongan sekolah.  Kami percaya pengalaman yang diperolehi bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan akan menyimpan kenangan yang mahal dan berbeza.





Friday, September 9, 2016

Us @ Cameron Highlands

Alhamdulillah.  Syukur, percutian yang berjalan lancar.  Percutian sebagai 'reward' kepada diri sendiri dan kepada anak-anak di atas keputusan cemerlang dalam peperiksaan UP2 baru-baru ini.  Kegembiraan kami tak dapat diluahkan dengan kata-kata..... biarlah gambar sahaja yang berbicara. 

 
























































 
 























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...