Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, December 28, 2016

Aktiviti Cuti Sekolah ~ Belajar Berkebun

Alhamdulillah, masih ada bahagian tanah yang boleh dimanfaatkan untuk bercucuk tanam.  Projek tanam 30 anak pokok pisang tanduk ni merupakan aktiviti mengisi masa cuti abah Hakim.  Kali ni jadi sebahagian aktiviti cuti sekolah Khadija dan Fatihah juga. 














Khadija sahaja yang boleh diharapkan menolong abah.  Fatihah dan Harraz lebih kepada 'menyibuk' dan 'mengacau' sahaja.













Anak-anak pokok pisang tanduk ni abah Hakim beli dari Sijangkang dengan harga RM1.00 satu pokok.  Projek tanam anak pokok pisang ni bermula seawal jam 8.00 pagi.  Tu yang Harraz tergaru-garu tu sebab mungkin ada nyamuk.


Fatihah pula hanya boleh jadi penghibur jelah, mulut dia tak berhenti-henti menceceh dan menyanyi lagu entah apa-apa.













Abah Hakim buat lubang, Khadija letak anak pokok pisang dalam lubang.  Kemudian, dia orang timbus balik lubang sama-sama.













2 budak si penglipur lara.













Sebelah petang pula, projek angkut tanah untuk timbuskan lubang-lubang tanaman.  Bagi kukuh sikit pokok yang ditanam.  Khadija dan Fatihah pula dengan aktiviti berbasikal mereka.  Lupa nak bercerita di blog yang mana Fatihah dah pandai bawa basikal sejak beberapa bulan lepas.  Akhirnya....... setelah penat abah Hakim latih dia dengan sabar.  Bila dah pandai kayuh basikal ni, bukan main lagi dia.  Pantang buka stor, mesti nak bawa keluar basikal dan ronda-ronda sekitar kawasan rumah.













Orang kuat projek tanaman pisang yang diharapkan akan membuahkan hasil yang lumayan satu hari nanti.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...