Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Saturday, December 31, 2016

Aktiviti Cuti Sekolah ~ Outing Dengan Mama

Kali ni aktiviti ni hanya kami bertiga, Khadija, Fatihah dan mama. Menjalankan aktiviti rutin pemeriksaan dan rawatan gigi setiap 6 bulan sekali di Klinik Pergigian Pandamaran.














Gigi mereka berdua masih ada banyak lagi gigi susu yang belum luruh. Oleh kerana tiada yang goyang, nurse cuma periksa dan tampal sekiranya ada yang berlubang.























Dalam bilik rawatan tak dibenarkan mengambil gambar.  Fatihah yang dah selesai diperiksa gigi.























Alhamdulillah.  Dah selesai.  Hanya gigi Khadija ditampal sebab ada lubang.  Oh ya, kaunter Klinik Pergigian ni dah berwajah baru. 























Selesai sahaja urusan di klinik gigi, kami ke Pasar Jawa mencari Buku Iqra' yang baru untuk Fatihah.  Bagi semangat kat dia sebab buku yang lama dah koyak.  Fatihah dah lancar mengaji sebenarnya.  Tapi masih kena ikut proses sebelum dapat masuk kelas Tilawah.  Moga tahun 2017, Fatihah dapat masuk kelas Tilawah.  Insha Allah.























Nasi lemak untuk mereka.  Mengambil peluang cuti hujung tahun, mama masakkan khusus untuk mereka yang sukakan nasi lemak.  














Sarapan pagi depan televisyen.  Makan sampai bertambah-tambah nasi sebab sedap.














Khadija dan Fatihah, mama sayang kamu berdua.  Walaupun selalu kena marah, tapi ketahuilah ianya untuk menjadikan kamu anak yang solehah.  Mama sayang anak-anak syurga mama.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...