Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, December 25, 2016

Melaka ~ Part 2 @ Hotel Hatten

Percutian kami di Melaka kali ni selama 3 hari 2 malam.  Malam pertama di sana, kami memilih untuk menginap di sekitar Bandar Hilir.  Beberapa minggu sebelum tarikh yang kami rancang ke Melaka saya telah mula membuat tempahan melalui Booking.com.  Saya memang bukan jenis bercuti tanpa jadual perancangan.  Saya sukakan percutian yang terancang.  Makanya, setelah persetujuan dicapai.... kami memilih Hotel Hatten yang betul-betul lokasinya di tengah Bandar Hilir.  Berdekatan dengan Shopping Mall, Dataran Pahlawan, Kota A Famosa, Rumah Merah dan sungai Melaka yang mana untuk ke lokasi-lokasi tersebut, kami hanya berjalan kaki sahaja.














Kami sampai di hotel sekitar jam 1.30 tengahari.  Agak awal walaupun masa 'check in' 3.00 petang.  Awal sebab kecewa tak dapat masuk Zoo Melaka yang mana terlalu ramai yang beratur untuk masuk ke Zoo Melaka membuatkan kami membatalkan hasrat untuk ke sana.








Dah penat berdiri, maka duduklah mereka berdua sementara menunggu abah Hakim uruskan 'check in' bilik. Bagi saya apa yang bagusnya dengan tempahan awal ni.  Kita akan diberi keutamaan untuk memasuki mana-mana bilik yang telah 'ready' sepertimana masa yang telah kita maklumkan semasa kita buat tempahan.   Jadi proses nak masuk bilik tu memang sekejap dan lancar.  Tak perlu tunggu sehingga jam 3.00 petang. 














Sungguh kami berpuashati dengan hotel ini, bilik yang luas, menghadap kolam renang dan pusat bandar Hilir seperti yang kami kehendaki.  Dengan bayaran RM300.00 untuk semalam, bagi saya amat berbaloi. 



Harraz seperti biasa, teruja dengan suasana bilik hotel.  Mulalah dia meneroka di setiap inci bilik.



Ruangan yang dipisahkan dari katil.  Ada 2 televisyen.



Televisyen yang 1 lagi kat depan katil.  



Mereka yang teruja.


Ambil kenangan berswafoto atas katil.

















Kami pun nak swafoto juga!


Satu perkara lagi yang 'best' kat hotel ni, kami diberikan minum petang percuma sebagai penghargaan.  Ada jus buah, mee goreng, sosej, nugget, kek dan buah.  Kami minum petang sekitar jam 4.00 petang sebelum meneruskan aktiviti berjalan kaki ke Dataran Pahlawan.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...