Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, December 26, 2016

Melaka ~ Part 3 @ Jalan-Jalan Cari Penat

Sekitar jam 4.00 petang, selesai semua urusan di bilik dan minum petang, kami teruskan jalan-jalan cari penat tanpa menaiki kenderaan. Dari Hotel Hatten kami hanya berjalan kaki ke Dataran Pahlawan, Rumah Merah dan Kota A Famosa.  














Penat nak ikut kerenah Muhammad Harraz.














Hari pertama kami di Melaka, hari Isnin tapi ramainya pengunjung sama seperti hujung minggu.  Faktor cuti sekolah dan cuti Maulidur Rasul mungkin.














Abah Hakim mengawasi pergerakan Harraz.  



Kalau dah terlalu jauh Harraz merayau, kakak-kakaklah diharapkan untuk mengejar Harraz.














Harraz tak nak dipegang.  Banyak gambar dia meronta minta dilepaskan.  Sabar sahajalah.


Kami akhirnya putuskan menaiki beca untuk bagi pengalaman pada anak-anak.  Disebabkan tak muat, kenalah sewa 2 unit beca untuk bawa kami 'round' sekitar kawasan tu.  Kadarnya kalau tak silap RM50.00 untuk 2 beca ni.  Kadar mungkin berlainan megikut pembawa beca.


Bergambar kenangan.


Harraz muka agak cuak dan takut-takut.  Abah Hakim kata dia duduk kaku sahaja sepanjang beca bergerak.














Mereka berdua dah ada rasa 'malu'.  Muka 'control' bila beca bergerak. Pada hal bila berhenti, masing-masing kecoh bercerita.  Pada saya, memang seronok pengalaman naik beca.  Rugi rasanya kalau datang Melaka tak naik beca.



Swafoto jugak.


Kami.


Di kawasan rumah merah yang banyak terdapat deretan kedai-kedai menjual cenderahati.


Kenangan mereka pernah ke sini.


Susah betul nak dapatkan gambar Harraz fokus pada kamera.


Kali ni Khadija pula ambil gambar kami.


Dah nak masuk remaja dah 2 orang anak syurga ni.  Sekejap sahaja masa berjalankan?


Berjalan lagi.  Masa ni abang beca tunggu kami di beca dan bagi kami 10 minit untuk turun berjalan dan bergambar sekitar kawasan ni.














Lokasi akhir abang beca turunkan kami di Kota A Famosa.  Khadija beria-ia minta nak masuk dan jalan kat Kota A Famosa ni.  


Susah betul nak berswafoto bila Harraz buat perangai.


Bergambar tanpa Harraz.  Kami dah susun elok-elok, tiba-tiba dia duduk kat bawah.  Suka hati kamulah Harraz.

Perjalanan diteruskan balik ke bilik Hotel sebab Khadija dan Fatihah dah mula merengek tanya banyak kali bila boleh mandi kolam.  Hampir jam 6.00 petang kami tiba di bilik Hotel, solat Asar dan terus ke kolam renang.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...