Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, December 26, 2016

Melaka ~ Part 5 @ Kami Di Hotel Hatten

Aktiviti kami sebelah malam di Melaka, agak hampa sebab apa yang kami rancang tak kesampaian.  Kami rancang nak menyusuri sungai Melaka menaiki bot tetapi disebabkan terlalu ramai yang beratur menunggu untuk membeli tiket dan pihak berkaitan mengambil langkah untuk menghentikan jualan tiket buat sementara waktu pada seawal jam 7.30 malam disebabkan terlalu ramai orang pada malam tersebut.  Inilah risiko dan senario bila bercuti dalam cuti kelepasan negeri dan cuti sekolah.  Disebabkan juga Harraz dah tidur dalam dokongan abah Hakim, maka kami putuskan malam tersebut hanya berjalan di 'shopping mall' berdekatan hotel dan makan malam.

Sebelah pagi pula, seperti biasa 'breakfast' di hotel.  Ini antara waktu yang anak-anak suka selain dari berendam dalam kolam renang. Maklumlah, banyak pilihan makanan tanpa sekatan, siapa yang tak sukakan?















Selesai 'breakfast' ambil angin di ruang terbuka di bahagian Cafe. Mereka seperti biasa, meneruskan aktiviti berendam dalam kolam renang selepas itu.


Bergambar kenangan sebelum 'check out'.  Kali ni kami memang memanfaatkan masa di hotel ni sebab 'check out' ikut masa yang diberikan oleh pihak hotel.

















Saya boleh bagi 4.5/5 bintang untuk hotel ini.  Cumanya bagi saya hotel ini terhad dari segi tempat letak kereta dan ruangan di kolam renang.  Lain-lain semua terbaik.


Harraz akhirnya diam bila abah Hakim bagi air tin yang pihak hotel bagi sebagai penghargaan kepada pengunjung.


Kami yang 'cute'.


Kekasih hingga ke syurga.  Amin.  Mudah-mudahan.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...