Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, December 28, 2016

Melaka ~ Part 6 @ Muzium Kapal Selam, Pantai Klebang

Lokasi seterusnya yang kami tujui selepas 'check out' Hotel Hatten adalah ke sekitar Pantai Klebang.  Hajat dihati nak merasa 'viral' air coconut shake Klebang, tapi sebelum tu kami singgah ke Muzium Kapal Selam terlebih dahulu.

Lokasi ini memang saya sarankan untuk dikunjungi atas faktor kawasan yang luas, tak perlu bersesak-sesak macam nak masuk Zoo Melaka, rumah terbalik atau Melaka River Cruise.  Tambahan pula berjalan di ruang terbuka yang anginnya memang kencang sentiasa, memang menyeronokkan bagi saya.














Bayaran masuk yang dikenakan juga teramatlah murah, RM3.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak.  Cumanya, kemudahan di sini belum lengkap sepenuhnya.























Mereka berdua teruja bila dapat tahu lepas ni sambung lagi tidur di Melaka.


Masa ni susah sikit nak rakam gambar sebab angin terlalu kuat dan Harraz tak nak bagi kerjasama.














Dapat pun gambar semua dalam keadaan 'ready'.


Masa ni kami duduk menonton tayangan video mengenai kapal selam ini.  Tak senang nak berswafoto seorang, tiba-tiba ada pula yang menyibuk.























Berswafoto di dalam kapal selam.























Ruang di dalam kapal selam yang mana agak terhad dan sempit.  Kena jalan berhati-hati takut kalau-kalau kaki tersadung dengan objek di dalam kapal selam ini.























Minta tolong orang yang berada sama dalam kapal tolong ambilkan gambar kami.


Kami tinggalkan abah Hakim meneroka ke seluruh bahagian kapal selam ini.  Apalagi bergambarlah kami di luar banyak-banyak.























Mereka dah turun setelah puas berada kat dalam.  Rugi kata abah Hakim kalau tak tengok semua bahagian kapal ni.























Saya memaksa mereka untuk bergambar.


Kami pun nak juga bergambar berdua.  Masa ni angin bertiup agak kencang.  Habis terbang-terbang tudung satin pucci saya.

















Kami lagi.























Hanya Khadija seorang berani bergambar dengan patung.  Fatihah jangan harap.  Penakut yang amat.














Kami yang comel.


Kami lagi.

















Mereka berswafoto sendiri.  Bila 'check' handphone banyak gambar mereka yang dirakam sendiri.























Puteri-puteri kesayangan kami.























Suri hati Mr. Hakim.























Sang Pria di hati Mama.














Walaupun persekitaran Muzium Kapal Selam ini masih belum sempurna sepenuhnya, tapi saya sukakan keadaan luas dan lapang begini sebab tak bersesak-sesak.

Gambar makan-makan di Pantai Klebang dan air coconut shake lupa nak rakam sebab masing-masing kelaparan barangkali.  Apa pun, memang kami 'enjoy' disini.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...