Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, December 28, 2016

Melaka ~ Part 7 @ Pantai Pengkalan Balak

Seterusnya di Melaka, kami menginap di hadapan pantai Pengkalan Balak.  Kali ni memang tak buat sebarang 'booking'.  Kami main terjah je.  Sebelum kami memilih challet ni, kami 'survey' hingga ke hujung pantai Pengkalan Balak.  Tengok mana-mana yang berkenan di hati, dekat dengan pantai dan yang penting pada pandangan mata 'bersih'.














Akhirnya setelah berhenti di beberapa challet, kami putuskan untuk memilih Seraya Challet Inn.  Ada juga challet yang berkolam renang tapi tengok kolam renangnya kotor macam tak diselenggara je.  Daripada nanti sakit hati mendengar rengekan anak-anak yang nak mandi kolam, lebih baik pilih challet yang tak ada kolam.














Seraya Challet Inn ni terletak berhampiran dengan deretan gerai makan.  Pantai di hadapan challet ni juga agak bersih.  Dengan pilihan harga serendah RM80.00 untuk bilik di rumah kayu dan setinggi RM150.00 untuk bilik di bangunan 2 tingkat, saya putuskan untuk memilih bilik RM150.00 yang lebih besar dan selesa.  Sesuailah dengan kami yang ada anak 'Super Clever' Muhammad Harraz.















Challet rumah kayu penuh berbanding rumah batu.  Mungkin bukan hujung minggu.























Jalan-jalan di petang hari sebelum kami makan malam.























Air laut kat pantai ni ombaknya agak tinggi, tak sesuai sebenarnya nak mandi.  Budak-budak ni dah teruja nak mandi laut.  Pujuk mereka, petang tu cuma main-main air sahaja, esok pagi-pagi baru boleh mandi laut.























Harraz paling susah nak kawal.  Pantang lepas, nak terjun dalam air.  Tersangatlah berani dengan air.























Kadang-kadang baik, kadang-kadang gaduh.  Bila baik, gelak mengekek bersama, bila menangis pun bersama.  Itulah adik-beradik namannya.  Semoga menjadi kenangan indah buat mereka berdua.







Malam sebelumnya hujan hingga membawa ke subuh hari.  Suasana memang sejuk sangat.  Mula-mula rasa tak sesuai untuk mereka mandi laut, tapi disebabkan dah berjanji dan mereka tuntut selagi tak dapat mandi laut, akhirnya kami turutkan.


'Happy faces'.  Alhamdulillah.  Macam biasa, mama hanya sebagai pemerhati yang akan bertindak 'menjerit' jika nampak mereka di luar kawalan.























Bagi peluang mereka main pasir sepuas-puasnya.














Mula-mula Harraz macam takut-takut, bila dah 'join' tak nak berhenti pulak dia main pasir.














Fatihah yang pertama 'offer' diri nak kena timbus.















Kiranya aktiviti berendam dalam air dan main pasir kena dengan jiwa Fatihah.  Muka memang 'happy' je.
























Lepas tu Harraz.  Harraz ni kira kena paksa.  Mula-mula nampak sangat dia cuak.  Lepas tu dia paling 'over'.


Sukanya dia.















Suka sampai tak nak keluar dari pasir.


Lepas tu giliran kakak Khadija pulak.  Harraz masih tak nak keluar dari pasir.  Kami nak korek dan angkat dia keluar dari pasir, punyalah dia marah.















Masa ni lebih kurang dah nak pukul 11.00 pagi.  Mama dah mula ingatkan suruh naik.  Alhamdulillah, mereka pun tak banyak bantah sebab dah puas main air lebih dari sejam.

Indahnya ciptaan Allah, besarnya keagungan Dia.  Cantik pantai Pengkalan Balak ni.  Cumanya dicemari oleh tangan-tangan manusia yang buang sampah merata-rata.  Tapi sepanjang saya duduk di tepi pantai tu, pagi tu je lebih dari 5 kali jentolak kaut sampah lalu membersihkan sampah kat atas pasir pantai.  Usaha pihak berwajib untuk memastikan kawasan tersebut terpelihara memang ada.

Boleh datang lagi pada masa-masa akan datang sebabnya saya sudah 'jatuh hati' dengan pantai ni.  Pantai yang tak ramai sangat orang, banyak gerai makanan dan yang pasti kalau nak menginap pun banyak pilihan challet di tepi-tepi pantai ni.







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...