Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, June 6, 2016

Membiasakan Yang Baik

Berjaya juga saya merutinkan pemeriksaan gigi Khadija dan Fatihah setiap 6 bulan sekali.  Lokasi pemeriksaan gigi sudah tentu di Klinik Pergigian Pandamaran.  Dengan hanya bayaran RM1.00 setiap seorang dan menunggu sekitar 30 minit, gigi mereka berdua diperiksa.  Masa pemeriksaan tu, barulah tahu jika ada gigi yang perlu ditampal atau dicabut.























Sebatang gigi susu Khadija di bahagian bawah dicabut sebab dah bergoyang.























Fatihah pula gigi susu di bahagian atas hadapan dicabut.























Muka boring sebab mama paksa 'posing'.  Kos yang dikenakan untuk perkhidmatan cabut gigi ialah RM1.00 selain daripada RM1.00 yang telah dibayar semasa pendaftaran tadi.














Rutin abah Hakim pula, menderma darah.  Setakat ni abah Hakim menjadikan rutin beliau setiap 3 bulan sekali untuk menderma darah.  Kali ni abah Hakim derma darah terus di HTAR, Klang.

 





















Terus terang saya katakan, saya tidak pernah menderma darah.  Mungkin faktor berat badan yang tidak mencukupi suatu masa dulu menjadikan saya sekarang seorang yang takut untuk menderma darah walaupun berat badan dah melebihi 45 kg.  Kalau dibiasakan dan menjadi rutin mungkin hilang rasa takut agaknya.  Apa yang saya tahu, banyak nilai positif penderma darah iaitu orang yang rajin menderma darah ni bukanlah orang yang kedekut, dapat menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan dan badan lebih sihat.  Insha Allah, saya akan usahakan untuk menderma darah kelak walau sekali dalam seumur hidup.  






Thursday, June 2, 2016

Sempena Birthday Khadija Ke - 9 Tahun

Sempena ulangtahun kelahiran kakak Khadija yang ke - 9 tahun, dia sendiri 'request' nak sambut dengan kawan-kawan kelas 3 Bestari.  Disebabkan usia Khadija dah memasuki 9 tahun, saya rasa tak sesuai lagi buat bungkusan 'goodies' untuk diberikan kepada kawan-kawan.


Paling mudah, saya tempah sahaja kek.  Kek coklat 'moist' seperti yang diminta oleh 'birthday girl'.























Bila tengok saiz kek ni agak comel, takut pula tak cukup.  Tapi bila diselidik dengan Khadija, kata dia kek cukup, semua kawan dapat rasa.  Paling tak percaya, siap diagih kepada ustazah @ ustaz kata dia.























Extra menu, 'brownies, air kotak, mee dan mihun goreng.























Permintaan birthday girl, nak makan KFC.  Permintaan di 'support' 100% oleh Fatihah.  Siap bagi lokasi, nak KFC kat Jusco Bukit Raja.  Ikutkan je, janji mereka 'happy'.























Paling 'happy' bila dapat keluar jalan-jalan, Muhammad Harraz.  Tak cukup tanah kami nak kawal dia bila tak letak dalam 'stroller'.  Kadang tu, rasa tak tenang nak makan sebab Harraz dah pandai tak nak duduk dalam kerusi 'baby'.

Mama doakan Khadija menjadi anak solehah yang cemerlang dalam akademik, akhlak dan ibadah.  Sentiasa jadi insan yang merendah diri, berakhlak mulia dan berbuat baik kepada semua orang.  Semoga anak-anak syurga mama menjadi sebaik-baik umat manusia serta bidadari dan bidadara di syurga abadi kelak.  Amin.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...