Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, April 4, 2017

Fraser Hill ~ Part 1

Cuti sekolah seminggu pada bulan Mac lepas, abah Hakim putuskan bercuti ke Fraser Hill.  Alasannya, sebab dalam banyak-banyak tempat, Fraser Hill kami tak pernah sampai lagi.  Puas saya mempertahankan supaya jangan ke Fraser Hill tapi ianya tak dilayan, malahan percutian kali ini abah Hakim sendiri yang booking hotel.  Dan disebabkan itu juga, akhirnya kenalah saya akur walaupun Fraser Hill bukanlah lokasi percutian yang saya 'rasa' nak pergi.  Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan walaupun rasa serik sebab pening melalui jalan yang kecil dan bersimpang siur sebelum sampai ke Fraser Hill.













Percutian kami selama 2 hari 1 malam bermula pada hari Jumaat.  Kami bertolak dari rumah sekitar jam menghampiri 9.00 pagi.  Singgah makan terlebih dahulu di Seksyen 7, Shah Alam.















Harraz yang banyak songeh.  Abah Hakim ada kalanya sabar melayan kerenah anak, adakalanya 'angin' juga kalau anak tak dengar cakap.  Apa pun abah Hakim memang abah yang terbaik untuk anak-anak mama. 

















Perjalanan pergi ke Fraser Hill kami melalui jalan Kuala Kubu Baru yang mana tujuannya untuk merasai panorama indah, hutan hijau kata abah Hakim.  Jalan ni juga merupakan jalan yang dilalui geng motosikal retro abah Hakim yang ber'camping' bulan Januari lepas.

















Berhenti sekejap di tapak yang tersedia untuk mengambil gambar berlatar panorama indah empangan Sungai Selangor di Hulu Selangor.  

















Suasana yang nyaman, redup dan lembap menambahkan lagi rasa seperti dah hampir-hampir sampai je Fraser Hill.

















Selesai berswafoto dengan pelbagai aksi, kami teruskan perjalanan dan masing-masing dah tak sabar nak sampai Fraser Hill.  Sangkaan kami yang rasa dekat je lagi nak sampai Fraser Hill ternyata tidak sebab dari kawasan Sungai Selangor tu sahaja kena teruskan perjalanan dalam 1 jam lagi dengan melalui jalan  bersimpang siur untuk sampai ke Fraser Hill tu.

Sampai di puncak Fraser Hill, hujan turun selebat-lebatnya dan kebetulan azan Zohor berkumandang di satu-satunya masjid di situ.  Alhamdulillah, walaupun bermusafir, abah Hakim sempat menunaikan solat Jumaat di sana.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...