Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, September 13, 2017

Aidiladha 1438H

Alhamdulillah.  Masih dapat meraikan sambutan Aidiladha tahun ini.  Aidiladha kami seperti tahun-tahun sebelumnya.  Meriah dalam kesederhanaan sebab ada juga menu seperti Aidilfitri.
 













Menu rumah sendiri.  Ayam rendang digandingkan dengan lemang.


Puas makan dan berbual kosong di rumah mak, kami ke rumah mak usu @ wan usu untuk menjamu selera sebab mak usu masak banyak hari tu.  Baju raya haji tiada baru, cuma pakai baju raya tahun lepas.

Raya kedua kami ke kampung abah Hakim, Kampung Bukit Kerayong untuk menyempurnaka ibadah korban.  Tahun ni di kebanyakan surau atau masjid menyempurnakan ibadah korban pada hari kedua Aidiladha, atas faktor kesuntukan masa disebabkan 10 Zulhijjah 1438H jatuh pada hari Jumaat.  Masa untuk melaksanakan proses korban mungkin terhad sebab perlu juga disempurnakan solat Jumaat.  Tu yang kebanyakannya memilih hari kedua atau ketiga selepas itu.

Syukur, tahun ni dapat juga buat korban untuk diri sendiri.  Alhamdulillah, saya diberi rezeki dan kelapangan setiap tahun untuk buat korban dengan menabung setiap bulan khusus untuk tujuan tersebut.  Pada saya, jika kita mampu untuk yang lain kenapa tidak berkorban wang ringgit untuk tujuan ini.  Selain daripada penghayatan maksud sebenar korban, bahagian yang dikorbankan juga dapat dikongsi rasa oleh orang lain.  Nasihat saya, buatlah setiap tahun sekiranya mampu.  Doa saya semoga ibadah ini diterima Allah dan dapat menampung kekurangan saya di hari pertimbangan kelak.























Harraz tunjuk 'power' tembak lembu kononnya.













Mereka berdua ni dari kecil dah didedahkan dengan program korban. 


Abah Hakim pun tak kurang 'power'.  Di surau kariah sendiri dia membantu, program korban di tempat bekerja juga dialah orang kuatnya.  Syukur.  Semoga ibadah kami ini diterima olehNya.





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...