Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, December 31, 2017

Kem Remaja Super Muslim @ Sungai Lopo, Hulu Langat

16 dan 17 Disember 2017, Khadija dan Khairin ikut serta sebagai peserta Kem Remaja Super Muslim yang dianjurkan oleh Ustaz Hairulnizam dan Ustazah Nisa yang juga ibu dan ayah BFF Khadija iaitu Khairunnadia.  Kem ni sebenarnya untuk pelajar umur dari 12 tahun hingga 17 tahun.  Mujur atas budi bicara ustaz dan ustazah, Khadija dan Khairin boleh turut serta sebagai sebahagian daripada peserta.

Hantar dia orang berdua ke Surau di Rantau Panjang untuk menaiki bas dengan peserta lain.
















Kami turut serta untuk melihat mereka dari jauh.















Peserta kem ditempatkan di Lopo Blue River Chalet & Kem.  Kadar harga yang saya lihat berpatutan kalau nak adakan kem/bengkel/hari keluarga.

















Disebabkan kem tempat peserta menginap dah penuh, kami yang tak tempah mana-mana chalet dari awal terpaksalah mencari-cari mana-mana chalet sekitar yang masih kosong.















Setelah 'survey' dan melihat beberapa chalet/bilik yang ada, akhirnya kami ambil chalet/'rumah' 2 bilik ini.  Lebih selesa sebab ada tandas di setiap bilik dan ada TV channel astro.  Harga untuk 2 hari 1 malam pula yang diberi RM150.00 sebab tuan rumah tahu kami cuma akan gunakan 1 bilik sahaja.  Alhamdulillah, rumah yang disewa ni hanya di sebelah kem yang peserta menginap.




Mujur ada gerai makan berhampiran chalet/rumah yang kami menginap tu.  Hanya berjalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai.
















Selepas solat Isyak, kami ke dewan/surau peserta kem dikumpulkan untuk lihat apa aktiviti mereka malam tu.  Ada slot Malam Kesenian yang mana peserta dibahagikan beberapa kumpulan dan diberi tugasan persembahan lakonan berkaitan akhlak.



Keesokan pagi pula, ada aktiviti riadah.





Selesai aktiviti berkumpulan dalam dewan, pukul 10.00 pagi baru mereka mandi sungai.





























Selepas solat Zohor berjemaah, upacara perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta dilaksanakan.  Kami turut serta melihat perjalanan program penutup ni sebab Khadija dan Khairin balik ikut kami dan bukan menaiki bas.






Khadija dengan BFF, Khairunnadia.



Bila ditanya pada Khadija dan Khairin, serik ke pergi kem sebab tak cukup tidur, tempat tidur dan mandi tak selesa, jawab mereka berdua......'best' nak lagi kalau ada kem-kem macam ni pada masa akan datang. Alhamdulillah, lega dan tak risau dah sebab dari pemerhatian kami dari jauh pun mereka berdua boleh berdikari dan berdisipilin mengikut arahan.  'Next time', mama dan abah tak payah lagi ikut serta kalau mereka masuk mana-mana kem.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...